BAB 5 - CINTA

16 1 0
                                    

People always said that no matter how long your point if it is too many, we will not hear your point because we don’t like too many information. However, I as the writer want to give simple topic but many point. It’s up to the reader to skip this topic or not.

Apa aku tulis hanya sebagai perkongsian.

Ok..
Apa kalian tahu tentang cinta?
Hmmm… (mesti ada kata cinta tu.. Cinta antara lelaki dengan perempuan, right?)
......................
Ok.. Aku explain maksud”Cinta” dengan lagu Lima Cinta – Saujana.
(Lagu nostalgia buat aku)
Aku bagi intro sikit
Cinta kepada Allah,
Cinta Rosul,
Cinta Ibu, Bapa

Cinta kepada umat
Cinta kepada kecemerlangan
Mari (mari) kita semua cinta lima perkara (lima perkara)
......................
Untuk pengetahuan kalian, Cinta itu ada lima perkara.
**Kalau dah bersuami isteri, cinta kepada pasangan kita merupakan yang keempat. Jadi, cinta kepada umat itu yang kelima dan cinta kepada kecemerlangan itu yang keenam. Ok? Jadi, ia menjadi 6 perkara.. Hehe**

1) Cinta kepada Allah

Cinta kepada Allah itu apa?
Cinta kepada Allah itu ialah meletakkan segala perkara kita lakukan kerana Allah.

Sebab kenapa?
Kerana Allah SWT berkata tentang orang-orang yang dicintai-Nya : “Katakanlah : “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. “Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Ali-Imran [3]:31)

Allah SWT yang telah menciptakan kita semua dari tidak ada, lalu Dia menyempurnakan penciptaan kita dan memberikan anugerah dengan berbagai-bagai perkara sampai tak terkira.

Sebab Rasulullah SAW pernah berdoa agar dicintai Allah SWT. Dan baginda SAW adalah teladan kita, right? Jika kita cinta nabi saw, maka kita pun harus meraih cinta Allah SWT. Doa baginda SAW bermaksud :

“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu dan cinta terhadap amalan yang akan mendekatkanku kepada cinta-Mu”.
(HR. Al-Tirmidzi.)

Ok. Kalian dah tahu serba sikit kenapa perlu cinta kepada Allah. Tapi, kalian tahu tak macam mana nak tunjuk rasa cinta kepada Allah?

Cara untuk menunjukkan cinta kita kepada Allah dan meraih cinta-Nya adalah dengan:

Pertama, membaca Al Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya.
Pada zaman sekarang sudah ada terjemahan Al Qur’an. Untuk betul-betul memahami Al Qur’an, ada banyak tafsir-tafsir Al Qur’an macam tafsir ibnu kathir, tafsir fi zilal quran, tafsir hamka, dan sebagainya. Lebih baik rujuk tafsir supaya dapat memberi lebih penjelasan.

Kedua, mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib.
Utamakan ibadah wajib dahulu, baru ibadah sunnah. Dengan inilah seseorang akan mencapai tingkat yang lebih mulia yaitu menjadi orang yang mendapatkan kecintaan Allah dan bukan hanya sekedar menjadi seorang pecinta.

Ketiga, terus-menerus mengingati Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Keempat, lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.

Kelima, merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh kerana itu, mu’athilah,  fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

Keenam, memperhatikan kebaikan, nikmat dan kurniaan Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir maupun batin. Inilah faktor yang mendorong untuk mencintai-Nya.

Ketujuh, menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.

Kelapan, menyendiri dengan Allah pada sepertiga malam yang terakhir  (qiam) untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an). Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

Kesembilan, duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para ilmuwan.
Kemudian, memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian,  janganlah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahwa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

Kesepuluh, menjauhi segala sebab yang dapat mengahalangi antara diri kita dengan Allah Ta’ala.

2) Cinta kepada Rasul.

Siapakah Rasul?
Nak bercinta, kita kena kenal cinta kita itu seperti pepatah melayu, “Tak kenal, maka tak cinta.” Rasul adalah seseorang yang mendapat wahyu dari Allah dengan suatu syariat dan ia diperintahkan untuk menyampaikannya dan mengamalkannya.

Dalam hadis, nabi saw bersabda bahawa terdapat 312 orang Rasul. Namun, yang wajib kita ingati sebanyak 25 orang. Apa-apa pun, Nabi Muhammad saw adalah penghulu bagi sekalian Rasul dan Nabi.

Dari Abi Zar bahwa Rasulullah  bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi.” “Lalu berapa jumlah rasul di antara mereka?” Dia menjawab, “Tiga ratus dua belas (312)”
(Hadits riwayat At-Tarmizi).

Bagaimana untuk melahirkan rasa cinta kepada Rasul?
Ramai orang lupa untuk menunjukkan rasa cinta kepada para Rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Yang kita tahu, Rasulullah SAW yang patut kita cintai kerana baginda SAW telah berkorban untuk kita. Kita alpa terhadap Rasul-Rasul sebelum Nabi Muhammad SAW juga telah banyak berkorban untuk kita seperti Nabi Musa as. Di dalam Al Qur’an, kisah Nabi Musa as antara yang banyak diceritakan. Apa-apa pun, point aku ialah kita jangan lupa bahawa para rasul juga patut kita cintasebab…

Cuba ingat balik Rukun Iman yang keempat.

Rukun Iman ada enam, iaitu:
i) Beriman kepada Allah
ii) Beriman kepada Malaikat
iii) Beriman kepada Kitab
iv) Beriman kepada Rasul
v) Beriman kepada Hari Akhirat
vi) Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Tak lengkap keimanan kita kalau tak beriman dengan para rasul. Bahaya kalau tak cukup rukun iman sebenarnya.

Ok….
Kalau nak wujud rasa cinta kepada para Rasul, maka kita balik kepada pepatah melayu,
“Tak kenal, maka tak cinta.”

Macam mana nak kenal Rasul-Rasul?

Nak kenal Rasul-Rasul adalah dengan mengetahui kisah-kisah mereka daripada Al Qur’an dan sunnah nabi saw. Di dalam Al Qur’an banyak kisah kehidupan para rasul diceritakan. Tak semua perkara dalam Al Qur’an kita boleh faham melalui terjemahan sebab setiap isi kandungan Al Qur’an ada asbab nya ia diturunkan. Jadi, aku ingatkan kalian agar merujuk kitab-kitab tafsir seperti kitab tafsir ibnu kathir, kitab tafsir fi zilal Quran, kitab tafsir Al-Azhar dan banyak lagi. Jangan lupa rujuk seseorang yang betul-betul arif dalam bidang ilmu sejarah.

Sekarang aku sambung dengan cara membuktikan cinta kepada Rasulullah SAW, kekasih Allah dan jangan lupa bahawa Rasulullah SAW juga kekasih kita. Antaranya ialah:

Mendahulukan segala urusan Allah dan Rasulnya ke atas setiap urusan kita.
Firman Allah swt:  “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului sesuatu perkara itu ke atas urusan Allah dan RasulNya dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui”.
(Surah al-Hujurat : 1)

Daripada ayat ini dapatlah kita fahami bahawa sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Allah swt kita dilarang mendahulukan pandangan dan urusan kita ke atas ketetapan dan urusan Allah swt dan RasulNya. Al-Hafiz Ibnu Kathir telah menukilkan pandangan Ibnu Abbas ra tentang ayat ini dengan kata beliau : “Janganlah kamu semua mendahului apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah”.

Menjaga adab dengan Baginda.
Antara adab kepada Baginda adalah dengan memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda. Firman Allah swt: “Sesungguhnya Allah swt dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi , maka wahai orang-orang yang beriman berselawat dan salamlah kamu kepadanya.” (Surah al-Ahzab: 56)

Selain itu kita disuruh untuk menghormati Nabi saw dengan menyebut gelaran mulia kepada Baginda seperti Rasulullah, Nabiyullah, Habibullah dan lain-lain lagi. Firman Allah swt : “Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.” (Surah al-Nur:63)

Adab lain yang perlu diambil perhatian adalah memelihara hadith-hadith Nabi dengan mempelajarinya dan juga menolak sebarang pendustaan terhadap Baginda saw. Dalam hal ini Rasulallah saw telah bersabda: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka dia telah menempah tempatnya di dalam api neraka”. (Hadith muttafaqun ‘alaih)

Membenarkan sesuatu yang dituturkan oleh Nabi saw.
Sesungguhnya apa yang dituturkan oleh Rasulullah saw adalah merupakan suatu tuntan yang perlu diikuti. Firman Allah swt dalam hal ini : “Tidaklah dia (Muhammad) itu bercakap dengan hawa nafsunya kecuali dengan apa yang telah diwahyukan kepadanya”.
(Surah al-Najm: 3-4)

Daripada ayat itu jelaslah kepada kita bahawa setiap yang dinyatakan oleh Rasulullah saw itu perlulah kita percaya dengan sebenar-benarnya tanpa ada sebarang keraguan dalam hati. Namun dalam membenarkan segala yang disebut oleh Nabi saw perlulah dilihat juga kepada sumber pengambilan perkhabaran tersebut kerana hadith-hadith Nabi saw kadang kala direka-reka oleh sesetengah manusia atas kepentingan tertentu. Jika direka-reka sesuatu perkhabaran tersebut maka, perlulah ditolak dan tidak disebarkan kepada manusia kecuali untuk menerangkan kepalsuan perkhabaran tersebut.

Mengikut cara hidup (sunnah) Nabi saw.
Sesungguhnya manusia akan berada di dalam kesesatan jika mereka jauh dengan panduan al-Quran dan tidak menghiraukan arahan Rasulallah saw.  Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang hidup selepasku nescaya akan melihat perselisihan yang cukup banyak. Maka tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ al-Rasyidin yang telah diberikan petunjuk, dan genggamlah ia serta gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham kamu. Maka jauhilah kamu perkara yang diada-adakan kerana ianya merupakan perkara bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu membawa kepada kesesatan”. (Hadith riwayat Abu Daud)

Kita perlu mengikut gaya hidup Nabi saw kerana Baginda merupakan contoh terbaik kepada seluruh manusia dalam pelbagai perkara. Bagindalah contoh terbaik untuk segala perkara termasuklah dalam hal-hal berkaitan dengan pentadbiran negara, urusan rumah tangga, pergaulan sesama masyarakat dan lain-lain lagi.

Mempertahankan Nabi saw.
Seseorang muslim itu perlulah mempertahankan Rasulullah saw dalam segala perkara sama ada dengan nyawa mahupun harta benda. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan kesetiaan dan pengorbanan golongan Muhajirin yang berhijrah bersama Nabi saw ke Madinah al-Munawwarah.

Firman Allah swt : “(Pemberian itu hendaklah diperuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halaman mereka dan dirampas harta benda mereka (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia daripada Allah dan juga keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (iman dan amalnya).”
(Surah al-Hasyr :8)

Mempertahankan Baginda saw bolehlah dikategorikan dalam tiga perkara:
a)   Sanggup berkorban untuk menegakkan dakwah Nabi (risalah Islam) walaupun dengan harta mahupun nyawa.
b)   Mempertahankan hadith-hadith Nabi saw dengan memeliharanya dan menentang segala bentuk fitnah kepada Baginda.
c)   Menyebarkan sunnah Baginda saw kepada masyarakat berdasarkan
sabda Nabi saw: “Sampaikanlah tentangku walaupun satu ayat.”
(Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya)

3) Cinta kepada ibu bapa
Ibu bapa merupakan dua orang insan yang telah menjaga kita di waktu kecil sehingga larh sekarang. Kadang kala kita tak perasan bahawa ibu bapa sentiasa menjaga kita. Mungkin sebab mereka terlampau sibuk bekerja. Lagi-lagi, saat ekonomi negara sedang merudum. Ibu bapa kita sanggup melakukan apa sahaja supaya kita dapat menjadi insan yang cemerlang.

Yes, aku tahu bahawa tak semua orang merasai ibu bapa yang sama. Ada yang ibu bapa dia terlampau memaksa untuk kejar akademik. Ada pula ibu bapa dia sangat caring dengan dia. Ini aku tak nafikan.

Ada mengharap ibu bapa dia memahami dia, right? Sebabkan ibu bapa kalian tak caring dengan kalian, kalian meluahkan perasaan/masalah kalian kepada kawan kalian. Aku nak ingatkan bahawa agar pilihlah kawan/sahabat yang sentiasa mengingati kita kepada Allah. Kalau pun kita tak nampak yang dekat dengan kita pun tak apa, kita cari yang kita selesa untuk luahkan. Walau bagaimana pun kekurangan ibu bapa kita, janganlah kita alpa akan jasa mereka menjaga kita saat kita tak kenal dunia ini.

Janganlah bersedih saudarkaku.

Ok..
Islam amat menitikberatkan umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Allah SWT telah menyatakan betapa pentingnya kita sebagai anak menjaga hubungan baik dengan ibu bapa di dalam Al-Qur’an;

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).”
(Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

Allah SWT menegaskan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa dalam beberapa ayat Al-Qur’an yang lain:
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua IBU BAPA, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;” (Surah An-Nisaa’, ayat 36)

Oleh sebab itu, seorang anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ia merupakan penghormatan tertinggi daripada anak dalam membalas jasa ibu bapa mereka.

Tanggungjawab berbuat baik kepada ibu bapa juga tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia. Anak masih boleh berdoa supaya ibu bapa mendapat keampunan daripada Allah. Allah SWT berfirman, maksudnya:

“…dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”  (Surah Al-Israa’, ayat 24)

Selain itu, setelah ibu bapa meninggal dunia, anak perlu melaksanakan wasiat mereka seperti membayar hutang (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka.

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:

“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ok.. Aku nak cerita tentang seorang tabi’in yang di mana dikenali oleh penduduk langit tapi tidak dikenali oleh penduduk bumi iaitu Uwais Al-Qarni.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji. Di Mekah, ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni  tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.

Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta. Namun, atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.

Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja.Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais Al-Qarni menjawab:
“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi:
“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais Al-Qarni menjawab:
“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi:
“Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais Al-Qarni berkata:
“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah:
“Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan, beliau pergi kembali ke kota Makkah dan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:

“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:
“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”

Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.

Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.

Semoga dengan kisah ini, kita terinpirasi untuk berbuat baik kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup.









4) Cinta kepada ummah

Apa itu ummah?
Ummah itu ialah masyarakat.

Maksudnya, bukan larh kita syok sendiri melahirkan rasa cinta kepada diri sendiri dengan family kita sahaja. Tak akan larh kita tak ada kawan, right? Kita kena menzahirkan rasa cinta kepada jiran tetangga, kawan-kawan, sahabat, saudara seIslam dengan kita seperti saudara kita dekat Turkey, Syria, dan Palestin.


Jadi, macam mana nak lahirkan rasa cinta itu?

Mendoakan mereka
“Doa seorang muslim kepada saudaranya dalam keadaan di belakang saudaranya (saudaranya tak mengetahui) mustajab.” (HR Muslim)

Mengajak kawan-kawan kita pergi ke majlis ilmu

Memberi salam
“Orang yang paling kedekut, orang yang kedekut beri salam” (HR Abu Ya’la)

Share ilmu

Boikot barangan Israel

Sering memberi senyuman kerana senyum itu sedekah
“Senyum bukan segala-galanya tapi segalanya bermula dari senyum.”
-Ustaz Syaari Ab Rahman-

Menutup aib saudara seIslam dengan kita
Sabda Nabi saw yang bermaksud, “Siapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.”
dan sebagainya

Jangan terlampau pentingkan diri sendiri. Hanya fikir diri kita sahaja yang mahu masuk syurga dan orang lain tak perlu tolong. Biarkan orang lain diarus ombak keduniaan sebab dalam hadis nabi saw…..

Hadis Rasul saw yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir yang bererti:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam”. (HR. Muslim)





5) Cinta kepada Kecemerlangan

Kecemerlangan itu apa?
Kecemerlangan itu kejayaan. Kecemerlangan itu terbahagi kepada dua iaitu kecemerlangan dunia dan kecemerlangan akhirat.

Hopefully, kita ada kecemerlangan dunia dan kecemerlangan akhirat secara seimbang. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Ada orang fikir kecemerlangan akhirat itu perlu zuhud. Ish3x… memang tak larh zuhud sangat. Hehehe… Allah suka kita berpakaian cantik tapi jangan terlampau berlebih-lebihan (tabarruj).

Insya Allah dengan penyampaian aku, kita semua termasuk aku dapat amalkan kerana dunia hanyalarh sementara. Dunia ini persediaan untuk akhirat yang kekal selamanya. Marilah kita aplikasikan lima cinta tersebut ^_^.

Aku akhiri dengan sebuah kata-kata yang berhikmah:
“We have the best product (Qur’an) but we didn’t know how to use it.”

Maka, marilah kita amalkan setiap ilmu kita dapat agar Islam tertegak dalam diri kita dan agar Islam bakal berkembang lebih pesat.. Insya Allah

Friendship Where stories live. Discover now