BAB 2 - SAHABAT

24 1 0
                                    


Pada pagi Jumaat, Nina tidak mempunyai kelas tetapi mahu pergi ke masjid untuk beriktikaf di masjid pada pukul 9 pagi. Samapai sahaja di masjid, Nina menunaikan solat dhuha. Setelah selesai, Nina sandar pada dinding. Nina teringat akan perbualannya bersama Kak Sha saat mereka di wakaf pada malam hari semalam.
......................
“Akak, kenapa susah sangat untuk istiqomah dalam melakukan perubahan? Setiap kali kita berjaya lakukan perubahan pun, ia tak akan kekal lama. Kenapa, ya?”

“Nina, jom lihat bintang itu. Subahanallah.. Cantik... Comel kan lihat bintang itu, Nina. Indah betul ciptaan Allah di sekeliling kita.....”



Belum sempat Kak Sha memberi jawapan Nina, Nina menyampuk. “Akak, saya nak tahu jawapan untuk persoalan saya bukan pasal bintang.”

“Baiklah, Nina. Nina perasan tak perkara yang berlaku pada bintang?”

Nina hanya menggelengkan kepala. Maka, Kak Sha sambung. “Bintang selalu sahaja bersinar di malam hari tetapi ada hari, bintang tak ada sebab hujan. Jadi... untuk berubah, sangatlah sukar untuk istiqomah (konsisten). Kita senang rebah saat ditimpa ujian. Jadi, untuk melakukan perubahan itu perlukan persekitaran yang baik dan perlukan sokongan dari orang lain.” Kak Sha berkata-kata dengan lembutnya kepada Nina.

“Kenapa persekitaran memainkan peranan? Kalau persekitaran kita memang buruk, macam mana nak elak?” Lantas Nina senyum setelah berkata-kata.

Kak Sha meletakkan tangannya pada bahu Nina. “Dear, persekitaran itu penting. Kalau kita kuat, persekitaran macam mana pun.... kita akan tetap kuat dalam melakukan istiqomah. Diri tak tergugat dengan apa pun pengaruh negatif. Apa kata, Nina lakukan satu perkara kecil yang awak boleh istiqomah. Sedikitpun tak mengapa sebab Allah sukakan hamba-Nya yang mampu istiqomah walau seberat manapun ujian pada hamba-Nya. Sokongan itu sangatlah penting.”

“Kenapa pula sokongan? Bukan kalau kita minta perhatian, perubahan kita tak kekal mana pun? Sokongan apa yang akak maksudkan?” Nina berkata-kata bagaikan penuh tanda tanya.

“Bukan minta perhatian tapi sokongan, dear. Sokongan yang akak maksudkan ialah saling mengingati antara satu sama lain. Dalam Islam, kita semua ini bagaikan saudara. Surah Al-Hujurat ayat 10,Allah berfirman yang bermaksud, ‘Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.....’ Hmmm... Awak tahu tak kenapa sahabat Rasulullah digelar sahabat?”

Nina menggelengkan kepalanya lalu berkata “Tak tahu.”

“Pada zaman Rasulullah saw, sesiapa yang pernah berjumpa (bersua muka) atau mendengar suara baginda (kerana terdapat beberapa sahabat baginda yang buta), mereka yang beriman dengan baginda iaitu mereka yang percaya dengan kenabian baginda dan juga mereka yang mati di dalam Islam (kerana terdapat beberapa orang yang hidup dan bersua dengan baginda serta beriman dengan baginda tetapi murtad apabila kewafatan baginda). Ketiga-tiga perkara itu membuktikan bahawa seseorang itu sahabat Nabi saw.

Nabi Muhamaad saw akan memperbetulkan kemusykilan mereka. Di antara sahabat, mereka saling mengingati di atas syiar Islam. Hebatnya iman mereka sehingga mampu membentuk empayar Islam tanpa rasa lelah.” , kata Kak Sha.

“Tapi apa kaitan sahabat nabi dengan sokongan?” Nina memandang Kak Sha dengan senyuman manis.

“Kaitannya ialah dengan kehadiran sahabat Nabi Muhammad saw, nabi mampu bersama-sama dengan sahabatnya mengembangkan syiar Islam. Dengan bantuan mereka, Islam telah sampai kepada kita. Dari firman Allah dengan Nabi Muhammad saw, sahabat mampu kekal semangat dalam syiar Islam. Nabi juga manusia macam kita. Nabi Muhammad saw juga manusia biasa. Nabi saw hadapi 40 tahun penuh dengan dugaan mengenal persekitarannya sebelum nabi saw diangkat menjadi Rasul. Jangan kita kata bahawa nabi maksum sebab nabi tak menjadi maksum begitu sahaja.” Kak Sha menepuk bahu Nina dengan lembut.

“Tetapi adakah semua yang pernah berjumpa dengan kita itu sahabat?”, tanya Nina.

“Sebenarnya, untuk diri kita ni... Tak semua orang kita jumpa itu sahabat sebab dalam muamalat (hubungan) kita ini ada peringkat yang tersendiri. Mula-mula, kenalan. Lepas tu, kawan. Then, teman. Last kali, sahabat.”

“Apa perbezaan antara kenalan, kawan, teman dan sahabat, akak? Ada beza, ya?”
Kak Sha melontarkan senyuman manis lalu berkata, “Kenalan, kawan, teman dan sahabat membawa istilah yang berbeza. Kenalan ini ibarat followers di Instagram, friends di Facebook, atau followers di Twitter. Kenal nama, pernah jumpa sekali dua atau tak pernah jumpa dan ada pernah chat tapi mereka juga menyumbang pahala dan juga dosa kita...”

Mendengar perkataan menyumbang pahala dan dosa, Nina bertanya, “Kenapa pula boleh menyumbang pahala dan dosa? Bukan mereka tak buat apa-apa.”

“Adik, akak bagi contoh mudah untuk Nina faham. Kawan Nina upload gambar tapi dalam gambar dia ada expose aurat dia. Nina tengok, Nina dapat saham dosa sebab lihat. Satu lagi contoh ialah apabila kawan kita ni post pasal hadis nabi yang palsu. Kita tak kaji status hadis tu dan kita main sebarkan, maka saham dosa akan bertambah. Sesuatu berita tak boleh kita sebarkan begitu sahaja.

Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa berbohong atas aku, maka siaplah tempat duduknya di dalam api neraka.” Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Takutlah kita akan amaran nabi saw kepada kita. Umat Islam perlu berhati-hati dalam menyebarkan berita agar tak berlaku fitnah atau bahaya kepada seseorang itu. Hadis Nabi itu membuatkan supaya lebi peka dalam melakukan sesuatu perkara dengan baik.

Untuk pengetahuan Nina, zaman sekarang ramai akan bercakap bohong. Mempergunakan periwayat hadis yang hebat-hebat untuk mempertahankan kehendak nafsunya. Hadis palsu senang jer akak cakap. Melalui kajian saintifik, nampak sangat bercanggah. Kalau hadis sohih, hadis dengan ilmu sains memberi persamaan.

Kalau sesuatu berita tu, agak susah nak tahu benar atau tidak tapi kita boleh rujuk tempat yang lebih arif atau SKMM tak silap akak. Baik kita jangan sebarkan sesuatu berita sampailah kita betul-betul dengar daripada kedua-dua pihak yang sebenar.”, sambung Kak Sha.

“Mengikut apa saya faham, kawan dan teman tu ialah seseorang yang selalu berada dengan kita dan mempunyai hobi yang sama dengan kita. Kawan dan teman tu jugalah membuat kita seronok apabila dia dengan kita. Betul tak?”

Kak Sha memandang Nina lalu Nina membuat muka comel. “Betul, Nina.... tapi, kawan dan teman tak setia dengan kita. Kita kongsikan kisah sedih, gembira, suka duka kita... di depan kita dia sangat lah baik tapi di belakang kita... boleh jadi dia mengumpat macam-macam tentang kita. Memang tak semua kawan ataupun teman macam tu. Kalau kawan kita di depan dia baik dan di belakang juga baik, maka dia boleh jadi sahabat kita.”

“Kenapa pula boleh jadi sahabat kita?”, Nina bertanya.

“Ya, lah. Tak akan kita nak lepaskan dia begitu sahaja atas jasa dia lakukan kepada kita, kan? Teman itu lah sahabat kita tapi tak semua teman boleh jadi sahabat kita. Definisi sahabat ialah orang yang memiliki hubungan tanggungjawab terhadap diri kita tetapi dia tidak mempunyai pertalian darah dengan kita. Punya lah caring nya sahabat kita sampai kita rasa selesa untuk meluahkan sedih gembira kita.”

“Ok... Saya faham tapi sahabat macam mana perlu kita pilih? Sekarang kan zaman dah berubah. Yang baik dianggap buruk dan yang buruk itu dianggap baik (bermanfaat) kepada kita. Susah betul kalau nak lakukan perubahan yang baik kalau sekeliling penuh dengan aura negatif. Nak pilih sahabat akan menjadi susah lah kalau macam ini, kan?”

“Betul tu. Memang dari pandangan kita kalau persekitaran negatif, pasti orang dalam persekitaran itu juga negatif. Percaya lah pada kata-kata akak. ‘Nothing impossible if we wanted the benefit’, ‘We’ve good product (Qur’an) who guide us towards right way’. Jadi, tak mustahil kalau persekitaran kita negatif tapi ada di kalangan kawan-kawan kita itu boleh bimbing kita ke jalan benar. Cari lah semampu yang mungkin. Don’t give up, my dear.”

Nina tak berkata apa-apa. Jadi, Kak Sha menyambung ayat nya. “Bukan semua persekitaran yang buruk menyebabkan seseorang itu tak kuat. Nina kuat, kan? Akak yakin Nina qowiyy (kuat). Sirah para rasul boleh jadi sokongan untuk Nina. Ok.. Untuk pilih sahabat, kita tengok definisi sahabat menurut Rasulullah saw. Akak beri beberapa hadis untuk Nina faham.

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)”

“Ok.. Saya dapat faham sedikit. Sahabat itu bagaikan satu tubuh. Dia akan merasa sakit jikalau kita sakit. Maksudnya, segala pahit manis sentiasa dikongsi dua dan tiada belah bahagi. Right?”

“That’s right, my dear.” Kak Sha senyum manis.

“Lagi satu, akak nak pesan pada awak. Dalam mencari sahabat, kita perlu menjalinkan ukhuwah kerana Allah. Maksudnya, walau seburuk-buruknya tindakan seseorang itu, kita perlu terima dan tegur dengan baik. Biarlah ukhuwah itu manis dan bukan penuh dengan duri sehingga memutuskan silaturrahim. Jangan kamu mendiamkan diri apabila dia melakukan kesilapan. Dia itu juga manusia seperti awak. Maka, terimalah dia dengan hati yang terbuka.

Jangan sakiti hati dia. Bila awak sakiti hati dia, sungguh sukar untuk memulihkan hatinya yang terluka itu. Jangan pernah putus dalam berdoa untuk sahabat awak. Hulurkanlah pertolongan apabila dia memerlukan pertolongan. Jangan tangguh untuk memberi pertolongan. Cuba sedaya upaya untuk bantu dia.

Haaa... Akak lupa sesuatu. Awak kan kadang-kadang sibuk, kan? Bila awak sibuk, jangan lupa meluangkan masa dengan Allah. Allah itu lebih penting dari segala-galanya. Berdoalah agar Allah permudahkan urusan awak. Insya Allah... Awak akan bahagia.”

“Masya Allah. Banyak betul. Susah nya. Haha...”

“Haha.. Manusia ni complicated kadang-kadang. Tak susah pun asalkan tujuan silaturrahim kita itu betul. Insya Allah... Allah permudahkan.”

“Baiklah, akak. Saya akan cuba Insya Allah. Hmmm... Akak, sudikah akak menjadi sahabat saya yang boleh sama-sama membimbing ke jalan Ilahi?” Nina senyum.

Kak Sha menjawab, “Kita kan saudara sesama Islam. Insya Allah.. untuk Nina, boleh sahaja. Hahaha.. Kita saudara dan kita juga sahabat.”
......................
Teringat akan kisah itu, Nina tersenyum. Dia merasakan saat itu merupakan saat paling manis mereka berdua berbual. Lantas, dia berdoa kepada Allah kerana dia teringat akan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud, “Doa seorang muslim kepada saudaranya dalam keadaan di belakang saudaranya (saudaranya tak tahu), mustajab.” [HR Muslim]
Setiap umat Islam itu saudara. Jadi, setiap saudara perlu membantu saudaranya yang lain. Islam itu indah. Tiada perbezaan antara kita.


Friendship Where stories live. Discover now