“Nina, jom usrah!”, kata Kak Sha kepada Nina.
“Tapi boleh tak explain tentang usrah dulu?”, jawab Nina lalu meliat wajah Kak Sha.
“Baik, Nina.” Maka, bermulalah Kak Sha memberi sejarah usrah.
......................
Pada peringkat awal permulaan dakwah Islamiyah, Rasulullah SAW bermula dengan seorang diri berkongsi dan menyebarkan dakwah. Baginda SAW memulakan dakwahnya kepada keluarganya yang paling baginda rapat, seperti Khadijah, zaujah baginda dan Ali, anak saudaranya. Selain dari itu, beberapa sahabat Rasulullah yang terapat juga telah menerima dakwah Nabi Muhammad SAW, contohnya Abu Bakar as-Siddiq, Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.
Apabila dakwah telah sampai kepada orang yang terdekat dengan baginda SAW, mereka memulakan dakwah secara tersembunyi kerana ia merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah; penjernihan aqidah Islam kepada yang tulen. Rasulullah SAW pada ketika itu banyak berjumpa dan mengajar sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya penuh dengan kerahsiaan. Sebabnya mudah; kaedah dakwah yang dilakukan adalah dakwah fardiyah dan setiap orang ingin menjaga keselamatan masing-masing.
Ayat-ayat yang paling awal diturunkan pula agak pendek. Mesejnya jelas. Setiap hentian membawa seseorang kepada memikirkan keindahan ayat-ayat tersebut. Rentaknya pula sangat kena dengan hati yang berkarat, yang dipenuhi dengan anasir jahiliyah. Apa yang kita dapat perhatikan ialah kebanyakan ayat tersebut berada di dalam bahagian Mufassal al-Qur'an (dari Qaf, 50 hingga an-Nas, 114). Isinya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan pemikiran manusia dari cengkaman keindahan hidup yang merosakkan agar mereka mengetahui tujuan hidup mereka, ke mana mereka akan dikembalikan, siapakah tuhan mereka dan persoalan-persoalan asasi yang perlu diketahui oleh makhluk yang bernama manusia (juga jin).
Dalam konteks tersebut, Rasulullah telah membuat pertemuan-pertemuan di rumah beberapa sahabat. Antara yang paling masyhur sekali kisahnya ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Satu majlis yang kecil yang terdiri daripada beberapa orang sahabat tertentu dibuat untuk membentuk nilai-nilai Islamik ahlinya. Tetapi, pada ketika itu ia tidak disebut sebagai usrah.
Selepas berlalunya zaman tersebut, Islam kembali menjadi asing. Suatu janji yang disebutkan sendiri oleh Rasulullah SAW: "Islam datang dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali menjadi gharib (asing)..." (HR Muslim). Dan kita melihat jahiliyyah kembali berleluasa, lagi-lagi ia berlaku dengan lebih rancak lagi setelah kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir pada tahun 1924M.
As-Syahid Imam Hassan al-Banna (1906-1949) yang menyedari hakikat ini telah memulakan usaha-usaha untuk mengembalikan sistem Khilafah tersebut. Antara perkara yang diperhatikan ialah bagaimana institusi keluarga itu telah gagal di dalam membentuk peribadi muslim yang tulen. Ibu bapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah yang betul. Maka dari situ, lahirlah satu sistem yang mengumpulkan orang-orang yang ingin berubah dan mengubah di dalam satu kumpulan khusus bernama usrah. Ia merupakan usrah secara moden.
Usrah (baca: keluarga). Kenapa? Kerana ia bertujuan membawa fungsi membentuk individu muslim dengan tarbiyah Islamiyah yang tulen kepada ahlinya sementara institusi keluarga (baca: usrah) yang sebenar belum dapat menjalankan fungsi tersebut dengan baik. Ketuanya (baca: naqib/naqibah) umpama seorang bapa (bagi ikhwah ) atau seorang ibu (bagi akhawat ). Ahlinya yang lain umpama anak-anak. Seorang naqib/naqibah memainkan peranan yang sangat penting sebagai bapa/ibu untuk menjaga kebajikan ahlinya, dalam memberi pengisian ruhiyah, di dalam mendidik dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, dan di dalam memberi arahan yang perlu dilaksanakan.
Hasilnya ialah, sistem usrah itu bertujuan menjadi salah satu daripada wasilah tarbiyah untuk mendidik dan membina individu-individu muslim yang tulen lagi “tegar”.
Dan perkara ini hanya akan terhasil setelah menepati rukun-rukun usrah yang ada:
(1) Ta’aruf, iaitu saling berkenalan sesama ikhwah/akhawat hingga sampai tahap mengenali potensi dan kelemahan setiap individu di dalam kumpulan tersebut,
(2) Tafahhum, saling memahami hingga seorang akh itu dapat menegur dan ditegur oleh akh yang lainnya,
(3) Takaful, lalu memenuhi seruan Rasul; “Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan”.
Akhirnya, usrah yang berkesan itu adalah usrah yang mendapat sambutan yang hebat dari ahlinya di samping bimbingan dan panduan yang mantap dari naqib/naqibah nya. Tanpa kedua-dua ini, tidak mungkin wujud usrah yang muntijah .
......................
Sambung Kak Sha, “Akak teringat pada satu kata-kata Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna rahimahullah yang telah berpesan kepada ribuan ikhwan sebelum beliau ditembak dan mati syahid. Kata-kata ini sangat popular. Kata-kata masyhur ini akak petik sebagai yang berikut :
“…sistem usrah sangat bermanfaat bagi kita dan berguna bagi dakwah. Dengan daya dan kekuatan dari Allah SWT, sistem ini akan mampu menghimpun kalangan anggota Ikhwan yang tulus, memudahkan hubungan antara mereka kepada teladan dalam dakwah, memperkukuhkan ikatan persatuan mereka, dan mengangkat persaudaraan mereka daripada bualan kata-kata dan teori kepada tingkatan operasi..”
Nina telah mendengar setiap kata-kata Kak Sha. Dia memahami setiap sejarah bermulanya usrah. Lantas, jiwa dan raganya berkobar-kobar untuk join usrah. Bagi dia, usrah mungkin akan memberi kesan positif kepada dia.
......................
Setelah suasana menjadi sepi, azan solat Isyak dilaungkan. Mereka lantas bersiap-siap untuk solat Isyak bersama-sama. Pada kali ini, Nina menjadi imam di bilik Kak Sha. Selesai sahaja solat dan zikir, Nina bersandar di dinding. Kak Sha, Kak Fai dan Kak Tiq mengajak Nina untuk tidur di bilik mereka memandangkan esok merupakan hujung minggu. Nina menerima pelawaan mereka.
Nina bertanya kepada Kak Sha tentang usrah. “Akak, saya terima untuk join usrah tapi... layakkah bagi saya untuk terlibat dalam usrah??? Saya masih kurang ilmu agama. Banyak perkara saya tidak tahu.”
Kak Sha menjawab dengan lembut, “Nina, usrah tak mengira siapa ingin join usrah tapi usrah ingin memberi kekuatan untuk berubah. Usrah tak lah terlampau islamik. Ia selalunya islamik bersesuaian dengan tahap penerimaan kita. Setiap orang lain-lain penerimaannya. Sebab tu ada tahap-tahap usrah.”
“Baiklah, akak. Saya cuba join usrah.”, kata Nina dengan muka yang cutenya.
......................
Sepanjang berada di kolejnya, Nina berasa syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memilih dia untuk mengenali dan menyertai usrah yang memberi serba sedikit perubahan untuk dirinya. Dengan usrah, Nina mendapat pelbagai ilmu sama ada ilmu ukhrawi mahupun ilmu duniawi.
Pada kebiasaanya, usrah adalah tempat bagi mereka mendengar pengisian, berkongsi pengetahuan dan berbincang tentang pelbagai perkara – terutamanya tentang masalah yang mereka hadapi, cara melakukan dakwah, kewajiban menuntut ilmu dan sebagainya. Kadang kala, mereka melakukan permainan antara satu sama lain. Setiap mereka lakukan, Kak Sha sebagai naqibah memastikan semuanya membawa kepada pengajaran yang baik bagi setiap ahlinya.
Manakala waktu test / final, usrah tetap dijalankan. Semasa saat-saat genting semua sibuk belajar, usrah dijalankan seperti biasa. Namun, usrah dijalankan dengan cara yang berbeza. Apa yang berbezanya ialah naqibahnya dengan usrahmates bersama-sama belajar. Walaupun berbeza bidang antara mereka, namun mereka berjaya bersatu. Usrah mereka bagaikan bertukar menjadi suasana study group. Sebelum mereka mengakhirkan usrah mereka, mereka tidak lupa melakukan tilawah dan tadabbur Al-Quran.
Saat di usrah, Nina mengenal makna kemanisan ukhuwah. Baginya, “walau ukhuwah sekejap di mata, ukhuwah akan kekal selama-lamanya.” Wasilah islamiyyah ini telah memberi sedikit sebanyak perubahan kepada Nina. Daripada jahil tentang agama menjadi kenal serba sedikit tentang Islam. Kemanisan berukhuwah dalam jalan Ilahi telah menanamkan kebaikan dalam diri masing-masing.
.....................
.
Jalalaudin Rumi pernah berkata, “Andai gula tahu betapa manisnya cinta, pasti ia tersipu kerana manisnya tidak seberapa....”
YOU ARE READING
Friendship
Ficción GeneralUkhuwah terbina persis sekuntum bunga💞 Ketika seorang mahasiswi, Nina perlu berpisah dengan sahabat-sahabatnya (Kak Sha, Kak Tiq dan Kak Fai) atas urusan keluarga, Nina masih lagi berhubung dengan mereka. Dia percaya bahawa jarak tak dapat memisahk...