Hari yang cerah, Nina sedang bersama-sama dengan Kak Sha, Kak Fai, Kak Tiq, dan Kak Mas. Dia mendapat panggilan telefon dari ibunya. Ibunya memberitahu bahawa Nina perlu berpindah ke Perth, Australia. Di hatinya, Nina berasa sedih kerana perlu berjauhan dengan semua. Dirinya sudah mula sesuai dengan dakwah dan tarbiyah.
Saat dia melihat akak-akak disekelilingnya yang tiada lain tiada bukan merupakan sahabatnya dan juga sahabat yang sering menasihatinya. Maka, tidak mampu baginya untuk kehilangan semua sahabatnya yang banyak membimbingnya ke jalan Ilahi. Mereka lah antara insan yang paling bermakna bagi Nina setelah Allah, Rasulullah dan ibu bapanya.
Teringat Nina akan saat pertama kali mereka bertemu dan persahabatannya masih kekal sehingga kini. Namun, setiap persahabatan pasti melalui perpisahan. Nina menganggap bahawa perpindahan dia ke Australia merupakan perpisahan sementara di dunia. Dia juga percaya bahawa zaman teknologi sekarang dapat terus menghubungkan persaudaraan dari jauh.
Nina berasa berat untuk mengucapkan bahawa dia akan berpindah ke Australia. Dengan beratnya, mulut Nina mengucapkan kepada mereka, “Kak Sha, Kak Fai, Kak Tiq, dan Kak Mas..... Nina....”
Kak Sha, Kak Fai, Kak Tiq, dan Kak Mas tertanya-tanya apakah yang bakal Nina katakan lalu salah seorang dari mereka berkata, “Apa Nina? Bagi tahu sahaja kami apa yang Nina mahu katakan. Kami sedia mendengar.” Mereka memberi senyuman manis kepada Nina.
“Akak.... Kalau kita perlu berpisah, apa yang akan berlaku akan persahabatan kita?” Nina cuba menahan dirinya daripada menangis. Air mata Nina mula mengalir ke pipi.
“Nina... Walaupun kita perlu berjauhan, percayalah akan aturan Allah. Setiap perpisahan pasti ada maknanya. Kita boleh berdoa walaupun berjauhan. Yakin dan percaya akan aturan Allah. Allah akan menguji diri kita dengan bebanan yang setanding dengan kemampuan diri kita.”, kata Kak Fai.
“Kita boleh berdoa. Sesiapa yang kedekut berdoa, itulah orang paling lemah kerna kita ada Allah untuk segala perkara. Apa-apa yang terjadi dalam persahabatan kita, kita mestilah sandarkan kepada Allah. Akak percaya bahawa walau sejauh mana kita pergi, teknologi dapat menghubungkan diri kita. Tapi jangan pula abaikan orang yang berada di sekeliling kita.”, kata Kak Sha.
“Nina, memang berat untuk berpisah. Apa-apa pun, akak percaya persahabatan kita bakal membawa makna pada suatu hari. Akak tak risau walau perlu berpisah kerana pasti ada hikmah buat kita”, kata Kak Tiq.
Kak Mas hanya memberi senyuman.
“Jazakillah , semua. Nina perlu berpisah dengan akak semua atas sebab peribadi. Aseef...” Nina senyum memandang mereka.
“Waiiyaki , Nina. La ba’sa. Tak mengapa, Nina. Jangan bersedih. Hubungan kita tak akan berpisah begitu sahaja. Insya Allah.”, kata Kak Mas sambil menghulurkan senyuman manis.
“Buat pengetahuan akak semua, saya akan berpindah ke Perth, Australia untuk sambung belajar sebab parents saya akan berpindah ke sana. Insya Allah akan sambung belajar di University of Western Australia, Perth.”, kata Nina sambil air matanya mengalir jatuh ke bumi.Kak Mas mengambil tisu lalu mengelap air mata Nina. Nina tidak berasa selesa. Nina mengambil tisu tersebut dan mengelap air matanya. Setelah itu, Nina berundur diri kerana tidak tahan menahan tangisannya.
Sebelum dia berundur, Kak Sha berkata, “Nina... Walau jarak kita berjauhan, doa akan saling mengeratkan silaturrahim kita.”
Nina tersenyum mendengarkan itu.
......................Sebelum Nina bersama-sama dengan parentsnya bertolak ke Perth, Australia. Kak Sha berada di KLIA untuk berjumpa dengan Nina sebelum dia bertolak. Pesanan Kak Sha masih sama seperti saat dia berundur diri pada hari itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Friendship
Ficción GeneralUkhuwah terbina persis sekuntum bunga💞 Ketika seorang mahasiswi, Nina perlu berpisah dengan sahabat-sahabatnya (Kak Sha, Kak Tiq dan Kak Fai) atas urusan keluarga, Nina masih lagi berhubung dengan mereka. Dia percaya bahawa jarak tak dapat memisahk...