Pukul 7.45 pagi di bawah marhallah (kolej/asrama), Nina dan kawannya sedang menunggu dua orang kawan mereka untuk bersama-sama ke kelas. Mahasiswi yang lain juga menunggu rakan mereka ke kelas. Ada di antara mereka mukanya masih lagi mengantuk. Sudah hampir 10 minit mereka menunggu.
Intan (kawan Nina) bersuara, “Lama betul tunggu Aida dengan Mimi. Kita tunggu lagi 5 minit. Kalau mereka tak muncul, kita pergi sahaja kelas. Dah lambat kot nak ke kelas.”
“Sabarlah. Apa kata kita call Aida. Tanya dia kat mana. Ini baru kali pertama derang lambat.”, pujuk Nina.
“Ok. You call.”, jawab Intan dengan marah.
“Alright, no problemo.” Nina memberi senyum manis.
Nina menelefon Aida dan Mimi tiga kali. Namun, mereka tidak angkat telefon itu. Mungkin sebab dibuai tidur yang nyenyak. Akhirnya, Nina dan Intan pergi ke kelas tanpa Aida dan Mimi.
......................
Selepas habis semua kelas pada 2.30 petang, Nina bergegas ke masjid untuk menunaikan solat Zuhur. Kelas dia yang seterusnya pada pukul 6 petang. Sampai sahaja di masjid, Nina terus meletakkan beg dan mengambil wudhu’. Selesai sahaja menunaikan solat, Nina berehat di masjid sementara menunggu waktu Asar.
Sedang Nina berehat, dia terdengar suatu suara yang dia kenali. Suara itu ialah suara Kak Mas, kawan kepada Kak Sha. Dia selalu jumpa Kak Mas di masjid. Tempat mereka saling berjumpa ialah masjid. Pernah sekali Nina cuba contact Kak Mas tetapi tak angkat, maka dia terus ke masjid mencari Kak Mas.
(macam cerita cinta jer pertemuan mereka... Hahaha...)
Oleh sebab Nina terdengar suara Kak Mas, dia mencari di mana Kak Mas itu. Nina melihat sekelilingnya dengan teliti kerana mahu berjumpa dengan Kak Mas. Apabila dia jumpa akak itu, Nina pergi menujunya dan menyapa.
“Assalamualaikum, Kak Mas comel.”, sapa Nina. Kak Mas mengalihkan pandangannya lantas menjawab salam.
“Waalaikummussalam, Nina.” Kak Mas memberi senyuman manis kepada Nina.
“Hampa buat apa dekat sini? Dah lama kita tak jumpa.”, kata Kak Mas.
“Nina nak berehat kat masjid sambil tunggu waktu Asar. Akak kan selalu busy. Susah nak jumpa akak. Kalau saya free, akak busy. Kalau saya busy, akak pula busy. Hmm... Apa lah nasib saya.”, rungut Nina kepada Kak Mas.
Mereka berdua tertawa.
“Hmm... At least, kita ada gak masa bersama. Bila waktu kita nak solat, selalunya kita akan berjumpa. Ada hikmahnya Allah tentukan ukhuwah antara kita terjalin dalam bentuk yang berbeza dari kita dengan orang lain. Always be positive in any matters. Bukan kita yang mengurus masa depan kita tapi Allah. Kita hanya melakukan terbaik untuk hasil yang kita inginkan. Dengan usaha, doa dan tawakkal kita kepada Allah atas keinginan kita itu, Insya Allah... Allah permudahkan. Percayalah. Allah merupakan Tuhan sebaik-baik pengatur. Tuhan Yang Maha Esa.”, nasihat Kak Mas.
Nina berdiam diri dan cuba memahami kata-kata Kak Mas. Nina meletakkan kepalanya di bahu Kak Mas. Air matanya mengalir tanpa disedari kerana dia telah salah anggap terhadap Allah. Sering mengatakan bahawa Allah tidak mendengar kata-katanya. Kak Mas mengelap air matanya dengan tisu apabila dia menyedari bahawa Nina sedang menangis.
......................
“Ukhuwah terjalin dalam pelbagai bentuk. Believe what Allah had arranged for you.”
......................
Setelah itu, mereka mula berbual-bual tentang perkembangan masing-masing. Sedang asyik berborak, azan Asar berkumandang. Lantas, mereka segera mengambil wudhu’ dan menunaikan solat sunat rawatib sebelum iqamat berkumandang. Selesai sahaja solat asar berjemaah, Nina menyentuh bahu Kak Mas. Spontan Kak Mas mengukirkan senyuman di wajahnya.
“Maaf Kak Mas, kita tak boleh sambung berborak nampaknya. Saya harus pergi dahulu sebab ada janji perlu ditunaikan. Sekali lagi saya mohon maaf. Jikalau boleh, saya ingin berborak-borak dengan akak kerana kita sukar untuk berjumpa. Insya Allah, saya akan meluangkan masa bersama-sama dengan akak di lain hari dengan panjang lebar. Apa-apa pun, maafkan saya.”, kata Nina.
“Ouh.... Tak mengapa, Nina. Akak teringin juga meluangkan masa bersama-sama dengan Nina. Kadang reaksi Nina mengajar akak sesuatu. Setelah sekian lama kita berkenalan, akak berasa seronok berkenalan dengan Nina. Nanti jangan lupa mesej akak, ya. Assalamualaikum.” Jawab Kak Mas.
“Insya Allah. Nanti saya akan mesej akak. Waalaikumussalam, akak.” Jawab Nina. Setelah itu, Nina beranjak pergi dari situ.
......................
Pada malam itu, Nina tidak membuat apa-apa perkara. Dia tidak tahu ingin membuat apa-apa lalu terlintas di mindanya akan janjinya kepada Kak Mas. Lantas, Nina menghantar mesej kepada Kak Mas. Malam itu, Nina banyak meluangkan masa dengan bermesej-mesej dengan Kak Mas. Teman sebilik dan sekelas dengan dia berasa curiga akan perbuatannya kerana dia jarang memegang telefon sebegitu lama dengan penuh senyuman di mukanya.
Saat itu, temannya memanggil Nina beberapa kali. Disebabkan khusyuk bermesej dengan Kak Mas, suara temannya itu tidak didengari. Maka, temannya itu menepuk belakang Nina yang sedang duduk di atas lantai itu. Nina terkejut lalu berkata, “Masya Allah.... Terkejut aku. Ada apa, Intan?”
“Aku tengok kau sibuk main handphone dan asyik senyum sahaja. Dah ada orang lah tu.”, jawab Intan.
“Mana ada. Ok... Ok... Aku tengah mesej dengan akak. Haha...”. Nina memandang Intan dengan mengukirkan senyumannya.
“Hmmm.... Aku yakin mesti kau dah ada kekasih. Betul tak?” Intan berkata-kata dengan penuh curiga.
“Ada-ada je kau ni. Aku belum berpunya lagi. Huhu.. Nak tahu sesuatu tak?”
“Nak... Apa dia?” Intan dengan rasa teruja ingin tahu apa yang akan Nina beritahu.
“Sebenarnya, tahap macam kita tak perlukan kekasih. Namun, ada sahaja yang sudah berkahwin seumur dengan kita. Tak payah kekasih pun boleh membawa kepada bahagia dalam rumahtangga.” Kata Nina.
“Wuishhh... Dah pandai Nina sekarang. Hahaha...” Intan gelak kecil.
“Hahaha... Intan, selama kita berkawan, aku nak kata sesuatu pada kau.”
“Apa dia?”
“Aku sayang kau.”
Intan memandang Nina dengan pelik. Nina pula buat peace sambil senyum ke arah Intan.
“Jap... Kau dah kenapa?”
“Setiap umat Islam kan bersaudara. Apa salahnya? Dalam Riwayat Abu Daud, ada menyebut... ‘Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayangi sahabatnya itu.’ ”
“Hehe... Sweet gak kau ni kadang-kadang tu. Huhu...” Kata Intan.
“Hahaha.... Mana ada. Hmmm... Aku rasa sejak aku mula berkawan dengan kau, masu tu aku mula sweet. Hehehe... Apa-apa pun, kita adalah umat Nabi Muhammad SAW yang sering mengatakan bahawa kita cintakan Nabi SAW. Apa salahnya kita buktikan cintakan dengan ikatan ukhuwah. Betul tak? Berfikir di luar kotak itu penting, Intan.” Kata Nina.
“Yeah... That’s right. Dalam-dalam kita sering berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, kita perlu juga menjaga maruah Islam. Maruah Islam juga penting.” Kata Intan.
Mereka tersenyum.
......................
Islam itu memang seadanya indah. Namun, kita sebagai umat Islam perlu mencoraknya agar nampak indah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Friendship
General FictionUkhuwah terbina persis sekuntum bunga💞 Ketika seorang mahasiswi, Nina perlu berpisah dengan sahabat-sahabatnya (Kak Sha, Kak Tiq dan Kak Fai) atas urusan keluarga, Nina masih lagi berhubung dengan mereka. Dia percaya bahawa jarak tak dapat memisahk...