BAB 8 - PERTELINGKAHAN BERLAKU

3 0 0
                                    

Dalam persahabatan, pasti ada pertelingkahan. Manusia sering kali mahu mencari kesempurnaan dalam diri orang di sekelilingnya. Namun hakikatnya, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dalam keadaan sedar mahupun tidak. Adakalanya, diri kita nampak sahabat kita itu yang melakukan kesilapan. Adakalanya juga kita yang melakukan kesilapan tapi kita tidak sedar.

Setelah Nina berada di Perth, Nina tidak akan lupa akan sahabat-sahabatnya mahupun kawan-kawannya di Malaysia. Dia beremesej dengan semua yang dia rindui. Walaupun masa di Malaysia dengan Australia sama sahaja tetapi suasana negara bukan bawah pimpinan Islam akan nampak perbezaannya. Atas perkara itu, Nina selalu merindui semua sahabatnya di Malaysia.

Dia selalu mengutamakan untuk bermesej dengan Kak Sha kerana Kak Sha merupakan sahabat karibnya. Tambahan pula, Kak Sha merupakan naqibahnya sewaktu ketika dahulu. Seseorang yang sering memberi nasihat yang terbaik buatnya walaupun kadang kala Nina mengendahkan nasihatnya. Nina sangat menghargai atas segala jasa Kak Sha itu.

Kisah persahabatan antara Nina dengan Kak Sha bagaikan melihat manisnya persahabatan mereka tapi sebenarnya hampir setiap bulan mereka akan bergaduh. Perbezaan umur Nina dengan Kak Sha dalam 5 tahun. Oleh itu, perangai Nina agak tak matang berbanding Kak Sha.

Telefon Kak Sha selalu silent dan berjauhan darinya. Nina seorang yang penyabar walaupun kadang kala perangainya agak tak matang lagi. Nina seringkali sabar atas tindakan Kak Sha yang selalu membalas mesejnya sangat lambat.

Suatu hari, Nina merajuk dengan Kak Sha kerana sangat lambat membalas mesej. Biasalah, manusia ada hadnya untuk sabar. Tak pandai kawal sabar itu, merajuk tak pun tengking dengan penuh ego. Kak Sha meminta maaf kepada Nina atas sebab selalu membalas mesejnya sangat lambat dan adakalanya mesej Nina hampir seminggu tidak berbalas. Namun, Nina tidak membalas sepatah apapun.

Nina sangatlah merajuk dengan Kak Sha. Akhirnya, Kak Sha bertekad untuk membuat WhatsApp video call kerana itulah satu-satunya cara untuk dia contact Nina yang berada berjauhan di luar negara. Alhamdulillah... Walaupun Nina tidak mengangkat call itu, Nina menjawab mesej Kak Sha itu.

"Akak, sampai bila akak nak balas mesej saya sangat lambat? Abaikan sahabat akak yang berjauhan dan melewatkan mesej saya walaupun akak dah baca. Macam inikah sahabat? Sahabat yang hanya mampu memberi janji kosong. Saya tak tahu kenapa dengan akak. Saya contact akak sekali sebulan dan jikalau akak tak jawab, saya consider akak busy sampai terlupa membalas mesej saya. Sudah hampir setengah tahun kita berjauhan. Perkara yang sama akak ulang-ulang setiap kali saya mesej akak. Saya tak tahu nak cakap apa. Moga kita refleks diri kita selalu." -Nina-

Setelah mendapat mesej itu, Kak Sha meminta maaf kerana selalu mengabaikan hak Kak Sha terhadap Nina.

"Maafkan Kak Sha. Akak tahu, akak bersalah dalam hal ini. Akak abaikan hak-hak Nina. Maafkan akak. Insya Allah, akak akan cuba menjawab mesej Nina secepat mungkin. Akak selalu abaikan perkara di depan mata akak. Jazakillah kerana sudi menjawab mesej akak dan kerana sudi menegur diri akak yang lemah ini."

Sebulan setelah itu, Kak Sha pula memulakan mesej antara mereka berdua. Selalunya, Nina akan memulakan mesejnya. Pada kali ini, Kak Sha ingin menebus kesilapannya dengan memulakan mesej. Sejak dari itu, mereka mula berbaik semula.

......................

Pada pagi tadi, Kak Sha dengan sengaja meninggalkan telefonnya dibilik kerana telefonnya belum lagi dicas sampai habis pada saat dia ingin keluar. Turns out Nina tiada kelas pada pagi tadi. Menjadi kebiasaan bagi mereka untuk bermesej setiap bulan.

Kali ini, Nina menelefon Kak Sha kerana dia tahu bahawa Kak Sha sedang cuti. Kak Sha tidak menjawab call Nina itu kerana tidak membawa telefon bersamanya. Nina meninggalkan lima missed call dan satu mesej yang berupa suatu pertanyaan cemas.

Friendship Where stories live. Discover now