Setelah sekian lama Allah pilih aku untuk sibuk dengan pelbagai perkara, maka hari ini aku tulis semula. Aku bukanlah seorang penulis yang hebat mana pun tapi aku mengharapkan mungkin dengan penulisan aku, kalian terkesan.... Mungkin laaa.... Apa-apa pun, penulisan aku ada sedikit luahan hati yang ingin diceritakan kepada yang lain.
Ok. Aku terus kepada point.
Sejak dua menjak ini, aku rasa nikmat persahabatan jika dilakukan demi Islam itu manis. Dulu, pernah aku berharap agar Islam dapat bangkit semula walau dengan sangatlah sedikit usaha aku. Aku mengharapkan Islam kuat sepertimana kuatnya Islam pada zaman Nabi Muhammad saw.
Ya...
Aku percaya bahawa Islam akan menjadi kuat walau aku tak lakukan apa-apa. Aku percaya bahawa ini agama Allah yang akan bangkit dengan izin Allah dan bukan dengan usaha aku. Aku tahu bahawa tanpa izin Allah, Islam tak akan bangun.Semua itu aku tahu. Namun, aku tahu bahawa jika kita menjaga agama Allah, pasti Allah akan menjaga kita. Sehebat manapun aku pergi, aku cuba untuk lakukannya dengan sebaik mungkin. Aku bukanlah seorang yang hebat tapi aku masih berusaha menjadi hebat.
Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang muliaIngatkan saat kita jalinkan hubungan persahabatan dengan sahabat kita sendiri? Mesti kita rasa agak janggal untuk bertegur sapa tapi bila suda berkenalan, cerianya berkenalan dengan dia bagaikan ingin selalu bersama dengannya.
Hormat-menghormati antara satu sama lain kita lakukan dalam persahabatan. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Itulah pepatah melayu. Ini kerana orang muda masih lagi banyak perkara perlu belajar. Mereka perlukan kasih sayang dalam membesar. Manakala yang tua pula dihormati kerana orang yang lebih tua dari kita lebih lama berada di dunia ini. Mereka mempunyai pengalaman sama ada yang manis mahupun yang pahit. Ketahuilah... Hidup ini tak akan selalunya manis.
Sesungguhnya, jalinan yang berlaku itu suatu perkara yang manis buat aku mahupun kalian. Percayalah jalinan antara kita dengan sahabat kita suatu perkara manis. Lagi manis jikalau kita jalinkan hubungan silaturrahim di bawah panji Islam. Yes.. Di bawah panji Islam seperti apa yang diusahakan oleh sahabat nabi saw.
Aku tahu sangat payah untuk kuat seperti sahabat nabi saw tapi kita boleh cuba dan terus cuba sebab sahabat-sahabat nabi sendiri ada juga lakukan kesilapan. Mereka tidak kuat begitu sahaja. Moga persahabatan kita akan menjadi teguhnya persahabatan mereka itu. Insya Allah.. Persahabatan yang teguh ialah apabila bekerjasama dalam apa jua perkara. Islam akan teguh apabila umatnya bersatu.
Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanyaHai, awak.
Yes... awak.
Jom ta’aruf!!!
Nama saya ....... Ramai orang panggil saya Qayyah.
Awak pula?
(Rasa nak taaruf larh dengan pembaca... Hehehe...)
......................
“Kita ta’aruf (berkenalan) dengan seseorang bukan kerana agenda tersembunyi atau apa-apa tetapi berkawanlah dengan ikhlas dan jadilah seorang kawan!” –Muharikah-
......................
Marilah kita jalinkan hubungan sesama kita. Islam itu agama yang indah. Agama yang sukakan keamanan. Marilah kita jalinkan hubungan dengan kasih sayang. Moga jalinan ikatan silaturrahim yang telah dan akan terjalin akan kekal selamanya hingga ke jannah-Nya. Ikatan silaturrahim yang sentiasa ingat mengingati di jalan Ilahi, pasti akan membawa kita ke syurga-Nya. Moga ikatan persahabatan sentiasa berada di jalan-Nya. Saat kawan kita lemah, kita tegur dia dengan kasih sayang kerana setiap umat Islam itu bersaudara.Aku mengharapkan ikatan silaturrahim akan kekal walau ada pergaduhan berlaku.
Kerana apa?Kerna aku tahu bahawa kita, umat Islam yang suka bersatu demi agama Islam. Kita tak akan tumbang walau hanya dengan pergaduhan. Pergaduhan itu suatu perkara yang kita mampu selesaikan dengan penuh dedikasi.
YOU ARE READING
Friendship
General FictionUkhuwah terbina persis sekuntum bunga💞 Ketika seorang mahasiswi, Nina perlu berpisah dengan sahabat-sahabatnya (Kak Sha, Kak Tiq dan Kak Fai) atas urusan keluarga, Nina masih lagi berhubung dengan mereka. Dia percaya bahawa jarak tak dapat memisahk...