BAB 2: PRE-APOKALIPS

51 8 2
                                    

Dentuman pintu bilik Siddiq menyebabkan dia terjaga daripada tidur. Hatinya mula membentak. Aduh, mangkuk mana buat bising ni, kata hatinya.

Dia ternampak ayahnya berdiri di depan pintunya. Muka ayahnya pucat, ibarat cat putih. Dadanya berombak, nafasnya tersekat-sekat. Ayahnya itu ibarat baru berlari pecut sejauh 400 meter, untuk orang yang tidak pernah bersenam.

" Apasal ni?" tanya anaknya dengan nada agak tinggi.

Ayah dia tidak menjawab. Dia kepenatan. Siddiq hanya menunggu dengan perasaan cemas. Setelah beberapa saat, baru ayahnya menjawab soalan anaknya itu.

" Kemas barang-barang kamu. Ambil yang perlu je. Kita kena pergi jauh dari sini." Terang ayahnya dengan cemas.

" Eh, asal ayah?" tanya Siddiq lagi.

" KEMAS JE LA!" tengking ayahnya.

Siddiq tergamam. Sudah la dikejut pada pagi-pagi buta, kemudian dia pula ditengking. Tengkingan ayahnya itu mengejutkan Maisarah. Dia keluar untuk melihat apa yang berlaku. Ayahnya terpandang Maisarah.

" Mai, kemas pakaian kamu dan bawa barang yang penting sahaja. Jangan banyak tanya," kata ayah kepada Maisarah.

Mula-mula dia nak bertanya apa yang berlaku, tetapi disebabkan ayah sudah mengatakan jangan banyak tanya, dia hanya menurut sahaja. Pada masa yang sama, ayah pergi mengejutkan dua orang anaknya yang masih tidur.

Selepas siap mengemas keperluan masing-masing, mereka berkumpul di ruang tamu. Ayah ingin menunjukkan sesuatu kepada mereka semua apabila mereka selesai mengemas pakaian.

Di atas meja ruang tamu terdapat empat sarung tangan mekanikal yang panjangnya separa lengan. Di bahagian separa lengan itu pula terdapat tiga suis dan wayar suis pertama pula bersambung ke kaca leper yang berbentuk bulat di belakang tapak tangan.

" Apa benda ni ayah?" tanya Saleh kepada ayah yang sedang duduk di atas sofa dengan wajah yang serius.

Untuk beberapa ketika, suasana sepi. Ayah seperti sedang berfikir. Hana, Siddiq, Saleh dan Mai masing-masing mengambil tempat duduk. Setelah mereka semua duduk, ayah mula berbicara.

" Sarung tangan ni satu-satunya yang ayah dapat buat untuk kamu semua," kata ayah yang kemudiannya berhenti sejenak.

" Sarung tangan ni boleh mengawal masa. Kamu boleh menjadikan masa di sekeliling kamu perlahan untuk beberapa saat dalam keluasan sejauh 500 meter," tambahnya lagi.

Hana tidak mengerti. Begitu juga yang lain. Siddiq dan Maisarah ternganga mendengar penjelasan ayah. Saleh pula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebelum semua bertanya, ayah terlebih dahulu bersuara sekali lagi.

" Macam ni. Pihak berkuasa tengah cari ayah, atas arahan kerajaan. Sebab tu ayah bagi sarung tangan ni kat kamu berempat sebagai perlindungan buat diri kamu semua,"

"Okeeeeyyyy, ada orang cuba tangkap ayah, Hana faham. Tapi apa kena-mengena dengan sarung tangan tu? Macam mana benda ni boleh bantu kita orang? Kenapa kita orang juga dalam bahaya?" sampuk Hana.

Ayah memandang Hana. Dia agak mengerti mengenai situasi yang dihadapi oleh anak-anaknya.

" Ambil dulu dan pakai. Kita kena bergerak sekarang,"

" Bergerak ke mana?" tanya Maisarah.

" Brunei. Situ tempat paling selamat buat masa sekarang,"

Dimensi: Berpecah ( On Hold)Where stories live. Discover now