BAB 9: VISI

29 4 1
                                    



Siddiq membuka mata. Dia langsung tidak boleh bergerak. Dari sudut pandangannya, dia seperti berdiri di atas jalan raya. Pada masa yang sama, dia mengadap salah satu bangunan pusat beli belah yang sangat besar.

Akan tetapi, kawasan di tempat itu seakan-akan sunyi. Tiada langsung orang yang keluar masuk dari bangunan tersebut.

" Kau pasti ke kita nak buat ni?" tanya dirinya sendiri.

Dia keliru. Dia langsung tidak dapat mengawal dirinya. Suara yang terkeluar dari mulutnya pula agak spontan.

" Kau ni, kita dah shortage makanan ni," sahut satu suara yang berada di belakangnya.

Dia langsung tidak mengenali suara tersebut. Kemudian, tanpa kawalannya, badannya berpaling ke belakang.

" Aku tahu," balas dirinya sendiri.

" Honestly, aku malas nak buat job ni. Apa kata korang buat dan aku jaga kat luar? Dalam mall tu mesti banyak Dead," tambahnya lagi.

" Tak boleh. Kau ni, contribute la sikit kat community. Kita sekarang ni terdesak sangat. Bila-bila masa boleh mati," balas lelaki yang sama membalas dirinya sebentar tadi.

Siddiq melepaskan nafas dengan kuat. Kemudian, dia memandang kembali ke arah pintu masuk kompleks itu. Dia pergi menuju ke pintu masuk tersebut. Pada masa yang sama, dia mengeluarkan pistol yang terselit di pinggang belakangnya. Dia sudah berada dalam keadaan siap siaga.

Pintu masuk itu sebenarnya sudah pecah. Dia membuat tinjauan ke dalam kompleks ini dengan berhati-hati. kemudian, dia memandang ke belakang dan memanggil rakan kumpulannya.

Kesemuanya sekali terdapat lapan orang termasuk Siddiq. Masing-masing membawa senjata api.

" Kau lead," kata satu suara garau kepada Siddiq.

Dia memandang ke arah sumber suara tersebut. Kemudian, dia mendengus. Mereka mula melangkah masuk. Keadaan dalam bangunan itu sungguh gelap. Hanya bahagian-bahagian yang berdekatan dengan cermin sahaja yang terang. Hal ini kerana kawasan itu diterangi cahaya matahari.

Mereka berjalan dengan berhati-hati, tetapi pantas. Masing-masing menyuluh ke depan dengan lampu picit. Mereka sebenarnya sedang bergerak menuju ke kawasan makanan dengan pantas.

Sampai di kawasan makanan, mereka mula berpecah. Masing-masing cuba mencari makanan yang masih lagi elok. Sebenarnya, di kawasan makanan itu sangatlah bersepah. Banyak makanan-makanan yang berterabur di atas lantai.

Siddiq terus menuju ke kawasan minuman sejuk. Dia berjalan dengan berhati-hati sambil mengawasi kawasan yang berada di sekelilingnya. Kawasan di sekelilingnya itu sangatlah gelap. Tiada sebarang lampu pun yang menerangi pusat beli belah tersebut melainkan lampu suluh Siddiq dan rakan-rakannya. Sedang asyik menyuluh ke kawasan sekelilingnya, dia secara spontan tersuluh ke arah tempat minuman sejuk.

Di depan tempat minuman sejuk itu berdirinya seorang lelaki gemuk yang berpakaian lusuh. Dia pada ketika itu sedang mengadap ke arah tempat minuman itu tersusun. Dia juga mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan, bunyi seeperti harimau kelaparan.

Siddiq berjalan dengan perlahan. Dia menyisipkan pistolnya ke pinggang dan mengeluarkan parang yang berada di belakangnya. Dia merapati lelaki gemuk itu dengan sangat perlahan sambil memegang parangnya dengan kemas.

Dimensi: Berpecah ( On Hold)Where stories live. Discover now