BAB 1: KEHIDUPAN SEHARIAN PART 2

61 9 7
                                    


Jam loceng berdering di atas meja tepi katil Siddiq. Bising. Mata Siddiq mula celik. Raut wajahnya masam. Dia masih lagi mengantuk kerana tidak cukup tidur. Pada mulanya dia ingin mengulang kaji pelajaran selepas melepak di taman pada pukul 3.30 pagi tadi. Namun, sampai sahaja di dalam bilik, niatnya mula berubah. Sahlah permainan syaitan.

Jam menunjukkan waktu 5.50 pagi. Waktu untuk solat subuh dan bersiap untuk pergi ke sekolah.

Ya, pergi ke sekolah. Perbuatan yang tidak disukai oleh Siddiq. Siapalah punya idea ni yang suruh budak-budak pergi sekolah pagi-pagi buta, kata hati Siddiq. Dia tidak suka pergi sekolah, tetapi dia masih mencintai ilmu.

Baginya, ilmulah yang dapat memajukan ketamadunan manusia. Ilmu jugalah yang dapat menjadikan manusia itu manusia, bukannya haiwan. Tetapi dia cukup tidak suka untuk pergi sekolah kerana pada pendapatnya, sekolah dipenuhi orang-orang yang tidak cerdik.

Orang-orang yang tidak cerdik inilah yang menyebabkan hari-hari Siddiq menjadi huru-hara. Dia sering bertanya kepada dirinya sendiri, apalah yang telah diajarkan oleh ibu bapa mereka sehingga mereka bersikap kurang ajar dan bodoh. Dan juga, apalah nasibnya yang sering di kelilingi oleh orang-orang bodoh seperti mereka.

Sepatutnya, sekolah adalah tempat suci kerana di situ tempat untuk anak-anak muda menuntut ilmu. Tapi, sekarang ini tempat-tempat begini tidak lagi dapat dinikmati sepenuhnya oleh orang-orang yang ingin belajar seperti dirinya. Hal ini kerana mereka ini sering diganggu oleh manusia-manusia yang bengap dan bebal.

Gangguan seperti inilah melunturkan semangat belajar anak muda ini. Mungkin, bagi kebanyakan orang, mereka menganggap hal-hal demikian hanyalah ujian semata untuk manusia seperti Siddiq. Mungkin juga. Tetapi adalah lebih baik tempat-tempat ini 'dibersihkan' kembali daripada manusia-manusia 'kotor' yang 'mencemarkan' tempat suci ini, sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh Siddiq.

Usai solat, Siddiq terus ke meja makan di ruang dapur rumahnya. Selalunya, kakak sulungnya akan menyiapkan serapan seawal jam 5 pagi lagi. Kakaknya masih muda sebenarnya. Dia baru sahaja diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara sebagai pelajar Asasi Sains.

Kakaknya pusing ke belakang apabila dia terdengar bunyi tapak kaki menuju ke meja makan. Dia ketika itu sedang memasak sesuatu untuk dinikmati ahli keluarganya sebelum mereka semua menuju ke destinasi masing-masing. Siddiq sedang menunggu di meja makan. Dia sudah sedia untuk ke sekolah.

" Hai, awal bersiap," tegur kakaknya.

" Saja aku siap awal," balas Siddiq ringkas.

Dia sebenarnya tidak suka sangat bercakap pada waktu pagi. Pada waktu-waktu begini, kerana hatinya sering-kali rasa bergolak dan panas. Tidak tahu kenapa. Mungkin kerana bila Siddiq bangun sahaja, fikirannya tiba-tiba terlintas yang bahawa dia terpaksa pergi ke sekolah. Mungkin itulah sebabnya dia selalu bangun dengan perasaan marah dan disebabkan itulah juga dia malas nak bercakap pada waktu pagi-pagi begini.

Kakak mengambil jag air dan juga cawan lalu diletakkan di atas meja makan. Siddiq mencapai cawan itu lalu menuangkan air yang berada di dalam jag itu untuk diminum olehnya.

Seorang remaja lelaki yang lebih muda daripada Siddiq keluar dari biliknya. Dia juga mengenakan pakaian sekolah yang sama seperti Siddiq. Dia pergi ke meja makan dan duduk berhadapan dengan Siddiq.

" Hai, awal bersiap bang. Gila ke apa kau ni?" katanya remaja ini sambil tersengih.

Siddiq memandang wajah lelaki muda ini dengan raut wajah tidak puas hati. Asal ada sahaja peluang, pasti lelaki muda ini akan mengenakan dirinya. Kakak segera memandang ke arah lelaki muda yang tersengih-sengih mengenakan abangnya.

Dimensi: Berpecah ( On Hold)Where stories live. Discover now