BAB 10: SEDAR

45 4 0
                                    

Siddiq dapat merasakan kesejukan yang nyaman di persekitarannya. Matanya tertutup. Dia hanya dapat mendengar bunyi kipas yang berpusing laju. Dia kini sedang terlantar di atas katil yang empuk. Dia masih lagi tidak membuka mata, sebaliknya hanya terus merasai kelainan persekitaran yang dialaminya pada ketika ini. Persekitaran ini lebih tenang daripada yang dialaminya sebentar tadi.

Siddiq terdengar bunyi tombol pintu dipusing. Akibat apa yang telah dialami olehnya sebentar tadi, dia membuka mata dengan luas dan bangkit dari pembaringannya. Dia memandang ke arah piintu dengan perasaan cemas. Pintu bilik itu dibuka.

Seorang perempuan yang umurnya dalam lingkungan 15 tahun ke atas memandangnya dengan terkejut. Dia terlepas bekas kecil yang dipegang olehnya ke atas lantai. Ini menyebabkan air di dalam bekas itu tetumpah di lantai.

" Ha-!" kata perempuan tersebut.

Siddiq juga terkejut dengan apa yang dilihat oleh dirinya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya pada ketika itu. Dia menjadi sangat keliru.

" Kenapa Sarah?" tanya seorang lelaki muda yang lebih dewasa dari perempuan tersebut.

Dia sebenarnya sedang berdiri di belakang perempuan itu. Sarah berpusing ke belakang untuk memandang lelaki itu. Lelaki yang menegurnya pula hanya mengerutkan dahi, dan kemudian memandang ke arah Siddiq.

Matanya agak terbeliak. Kini dia sudah tahu kenapa perempuan yang berada di depannya terkejut.

" Ayah!!!" jerit lelaki tersebut.

" Ya!" sahut seorang lagi lelaki dari dalam bilik tidur rumah itu.

Kemudian, muncullah seorang lelaki bertubuh agak gempal sedikit dan pendek. Dia hanya jalan terkedek-kedek ke arah anak lelakinya.

" Kenapa?" tanya lelaki gempal itu.

" Budak ni dah bangun," kata anak lelakinya ringkas.

Mata lelaki bertubuh gempal itu agak terbeliak menandakan bahawa dia terkejut. Kemudian, dia mencelah dari anak lelakinya dan perempuan muda itu untuk menuju ke katil Siddiq.

Siddiq dapat mengenal pasti lelaki bertubuh gempal itu. Mereka sering kali bertemu di majlis-majlis besar yang dianjurkan oleh organisasi yang disertai oleh ayahnya dahulu.

Lelaki itu tersenyum apabila melihat Siddiq memandang dirinya seperti yang selalu dilakukan olehnya ketika dia sering kali bertemu. Ya, Siddiq sering kali memandang dirinya seperti seorang lelaki yang agak tipikal.

" Kalau kamu boleh memandang pak cik macam tu, maknanya kau sihat la tu," kata lelaki itu dengan tersenyum.

" Sarah, pergi ambilkan air minuman," tambahnya lagi.

Siddiq hanya memandang Sarah dengan perasaan yang sangat keliru. Melihat keadaan itu, Sarah agak tersentak.

" Ha-!" kata perempuan itu sambil mengundur setapak ke belakang.

Dia kemudiannya berpaling dan berlari meninggalkan bilik itu. Lelaki bertubuh gempal itu hanya melihat situasi tersebut. Dia kemudiannya fokus dalam memastikan tubuh badan sihat Siddiq seperti biasa.

" Itu anak pak cik. Dia tu pemalu sikit," kata lelaki bertubuh gempal itu kepada Siddiq.

Siddiq hanya mendiamkan diri. dia sebenarnya sedang menghadam situasi yang berlaku kepada dirinya pada ketika itu. Setelah beberapa saat berlalu, anak lelaki pak cik bertubuh gempal itu masuk ke dalam bilik untuk bertemu dengan Siddiq.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dimensi: Berpecah ( On Hold)Where stories live. Discover now