BAB 5: APOKALIPS

41 6 1
                                    


Muncul satu lubang hitam yang sangat pekat sebesar duit 10 sen di dahinya. Kedua-dua matanya menjulingi ke atas. Mulutnya ternganga dengan separa luas. Air liurnya pula keluar tanpa henti dari mulutnya. Lubang hitam itu pula berpusing-pusing mengikut arah jam.

Semua orang di situ menjadi panik, termasuklah Siddiq. Dia berganjak ke belakang sampai tersandar di dinding. Apa yang aku dah buat ni, kata hatinya.

Lubang hitam pekat itu pula mengeluarkan sedikit kilat ketika sebesar 10 sen. Lubang hitam ini pula makin lama makin membesar. Kilatnya bertambah kuat. Muka Alex pula berpusing-pusing disedut ke dalam lubang hitam itu. Lama-kelamaan lubang hitam itu menelan keseluruhan badan Alex.

Setelah lubang hitam itu menelan keseluruhan badan Alex sambil mengeluarkan kilat yang sangat banyak, lubang hitam ini juga menyedut semua benda yang berada berdekatan dengannya.

Kilat yang berada di sekeliling lubang itu pula terus-menerus menyambar ke serata tempat. Seorang penjahat pula cuba mengelak dari disambar kilat tersebut, tetapi dia pula terlanggar suis mesin masa sehingga menyebabkan suis mesin masa itu dihidupkan. Keadaan bertambah panik.

Semua penjahat itu cuba berpaut pada sesuatu yang tegap namun tidak sempat. Mereka semuanya disambar kilat dan akhirnya ditelan ke dalam lubang hitam tersebut.

Siddiq menjadi panik. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia menoleh di sekitarnya mencari sesuatu. Dia akhirnya ternampak sesuatu yang boleh dipegang untuk bertahan. Tetapi pada masa yang sama, dia sendiri telah berputus asa. Dia sudah mengalah. Dia sudah tidak sanggup lagi menghadapi ujian ini.

" Putus asa lagi? Haish lemah la kau ni. Cuba check poket kau tu," bisik suara itu lagi.

Sementara dia berpaut itu juga, dia meraba poketnya. Benda ni....

Pada masa yang sama juga, mesin masa di tempat dia sedang berpaut itu sedang disedut oleh lubang hitam yang menakutkan itu. Dengan pantas, Siddiq mengeluarkan benda yang berada dalam poketnya itu. Dia dapat mengenal pasti objek yang dipegang olehnya. Objek ini adalah partical difussion disk. Dia membawa keempat-empat cakera ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Tanpa membuang masa, dia terus mencampakkan cakeranya itu ke arah lubang hitam tersebut. Ketika mencampakkan cakera itu ke arah lubang hitam tersebut, kilat yang dihasilkan oleh lubang hitam itu menyambar mesin masa.

Ini menyebabkan mesin masa itu mempunyai tenaga elektrik yang banyak. Sambaran itu juga menyebabkan Siddiq terkena renjatan elektrik. Dia mengerang kesakitan. Namun, dia bernasib baik kerana renjatan elektrik itu sekejap sahaja. Oleh itu dia mampu memegang pemegang yang dimaksudkan itu dengan kuat.

Lubang hitam itu makin mengecil. Tarikan graviti yang dihasilkan oleh lubang hitam itu pula makin berkurangan. Tetapi, kilat yang dihasilkan oleh lubang hitam itu pula masih tidak berkurangan.

Salah satu kilat yang menyambar terkena pada suis yang berfungsi untuk menghasilkan worm hole. Walaupun mesin tersebut sudah dimusnahkan separuh oleh lubang hitam itu, namun entah bagaimana, mesin itu tetap berfungsi kerana suis pengaktifan worm hole belum dimusnahkan.

Pengaktifan mesin tersebut menyebabkan Siddiq berasa pening, tambahan lagi dia baru sahaja terkena renjatan elektrik. Mungkin ini kerana mesin itu menghasilkan radiasi yang agak kuat pada peringkat awal ianya diaktifkan.

Bunyi dengungan mula kedengaran. Siddiq bertambah pening. Dia berpeluh dengan banyak. Mukanya seperti ditarik-tarik ke depan. Lengannya juga begitu. Siddiq mengetap giginya ketika mukanya ditarik-tarik.

Dimensi: Berpecah ( On Hold)Where stories live. Discover now