BAB 4: BISIKAN

36 5 2
                                    


Masa pada ketika itu tersangat perlahan. Setiap orang yang berada di depan Siddiq semuanya dianggap sebagai musuh olehnya. Mereka semua pada ketika itu cuba menoleh ke arah Siddiq, tetapi pergerakan mereka terlalu perlahan.

Masing-masing lengkap dengan bersenjata. Malah, lelaki yang berambut putih itu juga memegang pistol yang diacukan ke arah ayahnya. Itu menambahkan lagi kemarahan Siddiq.

Oleh kerana musuhnya terlalu ramai, Siddiq menjadi agak kelam-kabut. Dia tidak tahu yang mana satu yang harus ditumbangkan olehnya. Jadi, pada ketika itu, Siddiq terlampau banyak berfikir mengenai situasi ini. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

Adakah dia perlu melepaskan tembakan ke arah semua orang? Ataupun, adakah dia patut berlari kesemua orang lalu memukul mereka?

Kalau dia melepaskan tembakan ke arah semua orang, bukankah mereka berkemungkinan besar akan cedera parah? atau mungkin yang lebih teruk, mereka akan mati? Bukankah kalau mereka mati, dia sudah menjadi seorang pembunuh?

Kalau itulah yang harus dilakukan, dia masih tidak dapat memikirkan jalan keluar. Ini kerana peluru yang dimilikinya tidak cukup. Atau, adakah dia patut melepaskan tembakan ke arah semua orang, kemudian berlari ke salah seorang musuh yang berada di situ, lalu memukulnya dengan kayu belantan dan seterusnya merampas senjata musuhnya itu? Dia masih tidak boleh berfikir dengan baik dalam masa yang sangat singkat.

Dia melihat sarung tangannya. Tak guna! lapan saat sahaja lagi yang tinggal. Dia langsung tidak boleh berfikir. Sebaliknya, dia hanya terus bertindak tanpa berfikir panjang. Pada saat itu, apa yang dia fikirkan hanyalah "kill or be killed".

Dia mengacukan pistol revolver miliknya ke sebelah kirinya. Disebabkan di sebelah kirinya terdapat empat orang termasuk yang memegang ayahnya, maka dia melepaskan tembakan ke arah setiap seorang yang berdiri di situ. Tembakan yang dilepaskan telah memakan masa selama lima saat.

Kemudian, dengan pantas dia berlari ke arah lelaki berambut putih itu lalu memukul mukanya dengan belantan. Seterusnya, Siddiq merampas senjata yang dipegang oleh lelaki itu dan terus memaut leher lelaki itu dengan lengannya yang sederhana besar.

Dengan serta-merta, masa kembali normal. Kelajuan peluru yang ditembak olehnya tadi juga kembali normal. Semua penjahat itu tadi terkena tembakan yang dilepaskan oleh Siddiq sebentar tadi.

Keempat-empat penjahat itu mengerang kesakitan. Yang lain tergamam, termasuklah lelaki berambut putih itu dan juga ayahnya. Joe juga mengerang kesakitan di pintu masuk.

Sambil memaut leher lelaki yang cuba membunuh ayahnya sebentar tadi, dia meletakkan muncung pistolnya di kepala lelaki yang menjadi tebusannya itu.

" SEMUA LETAKKAN SENJATA!" jerit Siddiq.

" SEKARANG!"

Terkesima dengan situasi yang berlaku, semua orang meletakkan senjata di atas lantai.

" WEI, BANGSAT! LEPASKAN BAPAK AKU!" tambahnya lagi ke arah seorang penjahat yang sedang memegang ayah di sebelah kiri ayahnya sendiri.

Penjahat itu memandang Siddiq dengan riak wajah yang tidak puas hati, namun dia akur. Ayah dilepaskan.

" Siddiq, apa yang kau buat dekat sini?!" tanya ayah dengan nada cuak sambil berlari ke arah Siddiq.

" Ayah lambat. Kita orang nak gerak dah ni. Baik kita ambik dan musnahkan cepat dokumen bodoh tu," terang Siddiq dengan nada geram.

Dimensi: Berpecah ( On Hold)Where stories live. Discover now