Emma hanya memandang ibu dengan wajah panik. Siapa pula yang dah jumpa kita ni, tanya hatinya.
" Wh-who?" tanya Emma.
" The CIA. Now, please pack up your cloth, we must get going now, Emma," balas ibu
Pada mulanya Emma teragak-agak, tetapi dengan segera, dia terus berlari ke biliknya untuk berkemas.
Dalam kepalanya, dia hanya terfikir satu benda sahaja. Mereka berdua sedang dalam masalah. Dia juga membuat kesimpulan bahawa CIA dapat menjejaki mereka melalui virus-virus yang dilepaskan ke dalam sistem CIA. Jadi, jika kesimpulannya ini betul, maka memang silaplah ibunya menggodam sistem CIA.
Setelah selesai mengemas, dia terus menuju ke ruang tamu sambil membawa beg bagasinya di sisi kiri. Ibu pada ketika itu sedang menunggu di ruang tamu dalam keadaan yang sangat gelisah.
" Why it takes you so long to pack up your things?"
" I have a lot of stuff, you know. Like my workpaper and research and all"
" That is so unimportant. You are wasting our time,"
" But-"
" Save your breath, we will get going. Take this," celah ibu sambil menghulurkan sepucuk pistol kepada anaknya.
" You know how to use this thing right?" tambahnya lagi.
" Yeah, of course," balas Emma.
" Good,"
Emma menyelitkan pistol di belakang pinggangnya. Ibu pula pada ketika itu memegang tombol pintu rumahnya.
Tiba-tiba, ibu dan Emma terdengar bunyi beberapa buah kereta seperti berhenti betul-betul di depan rumahnya. Pergerakan ibu terhenti. Dia menoleh ke arah anaknya. Emma pula memandang ibu dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya.
Ibu meletakkan jari telunjuk di atar bibirnya, menandakan bahawa mereka harus senyap. Kemudian, dia mengisyaratkan bahawa mereka berdua harus keluar mengikuti pintu dapur di belakang. Emma mengangguk dan mengundur ke belakang secara perlahan-lahan.
Ibu pula terus menuju ke rak kasut yang berada di sebelah kirinya di bahagian paling bawah sekali terdapat beberapa kotak kasut yang agak lusuh. Ibu mengambil kotak kasut yang berwarna hitam.
Dia mengeluarkan kasut sebelah kaki kiri dan meletakkan kasut itu agak jauh sedikit dari pintu. Kemudian, dia mengundur dengan perlahan-lahan dari pintu itu hingga ke dapur. Pada waktu yang sama, Emma hanya memandang ibunya mengundur.
Ibu berpaling ke arah anaknya. Dia mengisyaratkan bahawa mereka berdua harus keluar dengan senyap-senyap. Sementara itu, tiga orang berkot hitam sudah menghampiri depan pintu rumah mereka. Pada masa yang sama, tiga orang lagi sedang menunggu di belakang mereka bertiga dengan bersiap sedia. Dengan kata lain, terdapat enam orang kesemuanya yang berkot hitam.
Salah seorang lelaki yang berdiri di depan pintu itu mula mengetuk pintu.
" Ma'am Slovia, please open the door!" kata lelaki yang mengetuk pintu itu dengan kuat.
Tiada jawapan. Dia mula memandang ke arah rakan-rakannya. Masing-masing menganggukkan kepala. Emma dan ibunya pula sudah berada di luar rumah. Kemudian Emma menutup pintu itu secara perlahan-lahan.
Pada masa yang sama, lelaki yang berada di depan tombol pintu itu mengacukan pistolnya ke arah tombol tersebut. Kemudian dia melepaskan beberapa tembakkan ke arah tombol pintu itu.
YOU ARE READING
Dimensi: Berpecah ( On Hold)
Science FictionOrang-orang Yahudi ingin mencipta mesin masa untuk menghapuskan bangsa lain. Akan tetapi, seorang saintis yang terlibat dalam penciptaan mesin masa itu cuba menghentikan rancangan tersebut. namun begitu, cubaan menghentikan mesin masa itu telah menj...