PROLOG

1.5K 133 43
                                    

'ONE TWO ONE TWO'

'WE ARE THE HUNTEER'

'ONE TWO ONE TWO'

WHERE ARE OUR PREY?'

'ONE TWO ONE TWO'

'WE . FOUND . YOU!'

MUAHAHAHAAHA!!!!

'BOOOM!!!'

Sebaik sahaja lagu itu berhenti , letupan besar berlaku di tempat persembunyian Iris.

BANG! BANG! BANG!

Tiga das peluru tepat mengenai kaki Iris.

'Tak guna! Aku mangsa untuk kali ini.'

Iris berjalan sambil mengheret kakinya yang ditembak. Darah mula mengalir laju disepanjang koridor tingkat 3. Iris cuba berlari sejauh yang mungkin.

Satu persatu letupan berlaku dibelakangnya membuatkan dia nekad untuk terjun dari tingkat 3.

"Apa pun jadi aku terima," dia berkata bersendirian lalu terjun dari tingkat tiga.

Tanpa dia sedar, dia telah pun masuk ke perangkap. Kelihatan seseorang menunggu dia di bawah. Orang itu mengeluarkan satu kain dari badannya dan menyelubungkan Iris yang sedang jatuh.

Dalam sekelip mata Iris telah pun berada di tengah - tengah colosseum.

Lampu spotlight mula dihalakan kearah dia. mata dia menjadi silau membuatkan dia menutup sebahagian wajahnya. Sorakan mula bergema memenuhi ruang tersebut.

Dia kini sedar dia telah pun dikelilingi oleh pelajar -pelajar yang ingin melihat hasil buruan ini. Dan hasil buruan itu ialah dia sendiri. Tapi bagaimana dia boleh sampai ke sini?

Satu bayangan manusia berada di hadapan dia. yeah seorang pelajar yang boleh menguasai teleportasi melalui kain itu. Dia tersenyum sinis kearah Iris.

Iris hanya terduduk lemah ditengah - tengah colosseum itu kerana dia kehilangan banyak darah.

"Selagi aku disini, kau tak boleh lari," dia tergelak seperti iblis mendapat habuannya.

Tak lama selepas itu, seorang pelajar lelaki berbadan besar berdiri dihadapannya.

"Selamat datang ke Neraka!"

Pelajar lelaki itu cuba mengeluarkan senjata dia. Dia menarik keluar Bazooka daripada badannya.

Pelajar lelaki itu menghalakan bazookanya kearah Iris.

Iris cuba melarikan diri namun beberapa anak panah mengelilingi dia. Seorang pelajar perempuan telah pun mengepung dia dengan anak panah yang baru ditembak olehnya disekeliling Iris . Perempuan itu tersenyum bangga sambil memegang busurnya.

Woahhhh!!

Sorakan demi sorakan. Tepukan demi tepukan.

Pelajar - pelajar yang lain hanya mengetawakan dia. Bagi mereka ini adalah hiburan akan tetapi bagi Iris inilah neraka dia.

Siapa kata Akademi Greech merupakan akademi terhebat dalam Bandar Zionees. Dia tak pernah berharap untuk masuk ke dalam akademi itu.

Disini hanya terdapat raksasa - raksasa bertopengkan manusia.

"Orang macam kami tak layak disini. Kami jadi mangsa kepuasan mereka hanya kerana mereka mempunyai satu kelebihan," Iris berkata sendiri.

Disaat pelajar-pelajar yang berada di tempat khas colosseum memulakan countdown..

5.....

Iris memeluk lututnya. Dia mengigil ketakutan.

4 .....

"Mungkin inilah takdir aku."

3......

"Aku akan mati. Pengakhiran yang cukup sadis."

2......

"Si pembelot...."

1.....

Iris hanya menanti saat - saat terakhirnya. Dia menutup matanya seakan - akan menerima takdirnya.

'DUSSSHHH' satu tembakan daripada bazooka dilepaskan.

IRISWhere stories live. Discover now