Bab 27

568 84 29
                                    

"Takut?"

Aku hanya memandang kosong Zack yang berada beberapa meter sahaja dengan aku sambil memegang bendera biru aku.

"Kau...bagi balik bendera aku!" Jerit aku yang bercampur aduk dengan ketakutan. Tak mungkin Quick Game ini akan tamat begitu sahaja. Kerisauan mula menerjah masuk dalam ruang hati.

"Hahaha...jangan risau, kemenangan ini tak akan memuaskan aku selagi aku tak belasah kau cukup - cukup!" Jerit Zack. Zack menunjukkam isyarat agar mengikuti dia lalu dia melangkah ke kawasan lapang menara tinggi itu.

"Ryuu..," panggil aku apabila dia mula mengikuti Zack.

"Apa? Kita tak ada pilihan."

"Ya, kau pergi tolong Jeremy," aku mengeluarkan pedang aku lalu berjalan kearah kawasan lapang itu. Ryuu berhenti berjalan dan memandang aku.

"Kau yakin?"

Soalan dia aku abaikan sahaja. Aku tak nak menyesal sebab itu aku yakin demgan keputusan aku.

"Suka hati kau lah."

Aku tersenyum. Ryuu menukar hala tuju dia ke tempat Jeremy dengan wajah berkerut.

Aku dapat melihat Zack yang sedang berdiri bersebelahan dengan bendera merah dan biru yang dicacak keatas tanah.

"Di mana Ryuu?"

Aku melihat kesekeliling kawasan tersebut. Kosong. Tiada sesiapa melainkan aku dan Zack."Ryuu tak ada kaitan dengan kita."

"Hahaha..aku tak peduli! Masalah aku dengan kau!" Zack terjerit lagi.

"Jadi kau nak apa?" Aku memberanikan diri lagi. Pandangan aku menjadi kabur.

'Iris'

Suara itu lagi. Siapa dia sebenarnya ? Apa dia nak daripada aku?

"Woi! Kau dengar tak?"

"Ehh..Kau cakap apa?" Aku mengosok mata aku. Pandangan yang kabur itu menjadi jelas semula. Halusinasi?

"Aku cakap siapa antara kita masih hidup dia boleh ambil bendera ni!" Jerit Zack. Aku tersentak.

"Aku tak nak membunuh!!" Suhu badan aku naik mendadak.

'Iris.'

Dia menganggu lagi. Pandangan mata aku menjadi kabur dan jelas berulang kali.Aku cuba tidak mempedulikan suara - suara itu.

"Macam lah kau boleh bunuh aku," Zack mengeluarkan Bazooka dia lalu menembak tepat kearah aku. Aku mengelengkan kepala aku berulang kali untuk menjelaskan kembali pandangan aku.

Aku yang sedikit khayal tadi nyaris terkena peluru berasid milik Zack.

Bamm!

Tanah merekah dan rekahan tersebut semakin merebak.

"Aku tak peduli! Yang penting aku puas!!"

Dush! Dush! Dush! Dush!

Peluru berasid menghentam tanah menghasilkan lubang - lubang yang banyak pada tanah. Perkara itu memaksa aku berlari tanpa hala tuju dan semakin jauh daripada kedudukan Zack.

Satu kelebihan bagi Zack tetapi bukan Aku. Aku terpaksa menghilangkan pedang aku bagi memudahkan larian aku.

"Lari, Iris! Lari!" Jerit Zack bersama - sama tawanya yang besar.

IRISWhere stories live. Discover now