Bab 6

688 104 11
                                    

Dushh!!

Peluru - peluru bazooka itu hanya beberapa saat sahaja bakal mengenai aku.

Aku membuka mata aku perlahan - lahan . Hati aku beriya - iya ingin hidup.

Dup! Dup! Dup!

Jantung aku mengepam dengan kencang. Pergelangan tangan sebelah kiri aku bercahaya.

Dalam keadaan separa sedara , sebuah pedang usang muncul dari tatu aku lalu aku memegang erat pedang itu dan menepis peluru daripada bazooka itu. Walaupun pedang itu berkarat namun dia mampu melindungi aku daripada terkena peluru - peluru itu.

Aku kembali sedar sepenuhnya. Zack tergamam. Liara berdiri kaku di tempatnya. Taka berhenti menggunakan teleportasinya untuk memindahkan Nana dan Nini.

Sorakkan terhenti dengan serta - merta.

Bunyi tepukkan mula perlahan.

Pelajar - pelajar lain terkejut dengan tindakan aku.

Kembali kepada aku, aku melihat pedang di tangan aku. Walaupun pedang itu buruk tapi pedang itu soul aku ke. Aku berjaya aktifkan soul aku ke? Aku mula mengelamun.

"Apa kau dah buat huh?!" Jeritan Zack mematikan lamunan aku.

Apa aku buat? Aku pun nak tahu. Tapi ada benda aku nak cuba.

Aku tersenyum nakal. Zack kembali mengambil tempatnya untuk menembak aku semula. Dia menyampah melihat senyuman aku. Aku menguatkan pegangan aku terhadap pedang

Aku melompat kearah Zack dengan pantas. Zack terkejut dengan tindakan aku.

Zap!

Pedang aku yang usang itu membelah bazooka Zack.

"Argh!"Zack mengerang kesakitan sebaik sahaja bazooka dia lenyap. Dia terbatuk - batuk dan mula memuntahkan darah.

"Professor Han pernah cakap dalam kelas yang soul merupakan sebahagian daripada tuannya. Jadi kesimpulan aku, kalau soul sakit maka tuanya pun sakitlah kan," Aku berkata dengan nada riak.

"Tak guna kau! Liara ambil alih... Taka cepat bawa Nana dan Nini kesini!" Jerit Zack kepada rakannya.

"Tak perlu kami dah ada kat sini pun," Kata Nana dan Nini dengan serentak.

Liara mula menarik tali busurnya dengan menetapkan aku sebagai sasaran. Nana dan Nini mula mengeluarkan soul mereka. Nana memegang pistol dan menghalakan kearah aku. Nini pula dah bersedia dengan bom - bom dia.

"Korang ambil alih dulu sementara aku nak bersedia," Zack cuba mengeluarkan Bazooka dia.

Empat orang sekali ingin serang aku. Mana adil.

Tiba - tiba aku berasa pening. Pandangan aku mula kabur. Peluh dingin mula mengalir daripada dahi aku. Kaki aku terasa lemah Badan aku tidak seimbang lagi lalu jatuh terduduk. Mungkin kali ini aku betul - betul akan mati. Badan aku terasa letih sebab kehilangan darah yang banyak.

Apabila mereka cuba menyerang aku. Suara yang lantang mula menerjah kami.

"Berhenti! Festival dah lama tamat," Mereka pun tidak jadi menyerang aku.

Seorang lelaki bersut hitam datang menghampiri aku. Aku tak dapat melihat dengan jelas kerana pandangan aku. Dia meletakkan jari telunjuknya pada dahi aku dan membaca sesuatu.

"Heal," dia meniup perlahan kearah aku.

Badan aku kembali segar dan bertenaga . Segala luka aku hilang.

"A-apa kau buat?" Kata aku kepada dia.

"Rahsia."

Aku dapat lihat wajahnya dengan jelas. Sebahagian wajahnya ditutup dengan topeng . Wajah sebelah kanan sahaja aku nampak. Dia juga memakai topi berwarna hitam dan sarung tangan berwarna hitam. Rambutnya pun hitam begitu juga topeng muka dia. Dia ahli gothic ke apa?

Aku berasa pelik apabila suasana colosseum itu menjadi sunyi. Aku melihat Zack dan rakannya melutut kearah lelaki itu. Tak bukan mereka sahaja tapi semua pelajar disitu melakukan perkara yang sama.

"Siapa kau?" Tanya aku secara mendadak.

"Woi hormat lah sikit!" jerit Zack. Dia memang suka menjerit.

Lelaki itu menghalakan tanganya kepada Zack supaya dia tidak masuk campur. Dia akur lalu menundukkan kepalanya semula.

"Kamu Iris kan? Aku pemilik Akademi Greech. Nama diberi Kyle,"katanya sambil tersenyum.

"Jadi apa tuan nak?"kata aku dingin. Tak akanlah aku nak berbaik dengan orang yang telah mengurung aku di sini. Mimpilah.

"Haha..Tak banyak. Saya cukup kagum dengan kamu yang dapat mengaktifkan soul kamu walaupun kamu generasi pertama," Dia berjalan mendekati aku .

"Selatan Akademi Greech bukan lagi tempat kamu. Jadi saya harap kamu boleh berpindah ke Utara Akademi Greech," Semua pelajar disitu segara mengangkat muka mereka. Mereka terkejut dengan apa yang pemilik Greech itu katakan tadi.

"Aku tak berminat. Aku tak berminat untuk bergaul dengan korang yang tak ada perikemanusiaan ini," Kata aku dengan jelas. Sememangnya aku tidak mahu tergolong daripada spesies mereka.

Dia masih lagi tenang.

"Kamu yakin?" Tanya dia sekali lagi.

"Sangat yakin," Kyle tergelak besar. Aku agak terkejut dengannya.

"Kamu masih lagi tidak dapat berfikir dengan rasional. Kamu masih lagi takut apa yang berlaku pada hari ini kan?"

Aku memalingkan wajah aku daripada bertembung dengannya.

"24 jam dari sekarang! Akan ada sebuah kenderaan yang akan menjemput kamu di Selatan Akademi Greech. Masa itu kamu fikirkan lah lagi. Sama ada kamu nak atau tak nak."

"Taka hantar dia semula ke Selatan Akademi," Arah kyle kepada Taka.

"Baik tuan."

Sebelum Taka menghantar aku dengan kuasa teleportasinya. Kyle membisikkan sesuatu kepada aku.

"Saya sentiasa nantikan kehadiran kamu di sana."

*****

Kyle memasuki ruang pejabatnya lalu dia duduk di atas meja kerjanya. Pejabatnya dibiarkan gelap . Dia sengaja tidak mahu menyalakan lampu tersebut. Apabila dia memastikan tiada sesiapa disekelilingnya. Dia membuka topengnya. Satu parut besar berada disebelah kiri wajahnya. Dia memegang parut tersebut.

"HAHAHAHAHAHAHAHA!" Kyle tergelak besar sehinggalah dia penat.

Dia memegang satu bingkai gambar yang berada diatas mejanya lalu dihempas kearah lantai. Bingkai itu berkecai. Kaca - kaca mula berteraburan.

Dia turun daripada mejanya itu lalu memijak gambar itu. Kakinya mula berdarah apabila terkena kaca itu.

"Mana kau sorok dia huh?!"

Bersambung...

IRISWhere stories live. Discover now