Bab 46

394 54 19
                                    

Suasana kembali senyap apabila aku berhenti bercerita. Encik Haren memandang aku seakan tidak percaya. Apa lagi yang mereka sembunyikan?

"Selepas tu?" soal Encik Haren. Pertarungan kami tadi kini menjadi perbincangan. Entah bila ia berlaku?

"Tak ada apa."

Dahi Encik Haren berkerut menandakan dia tidak berpuas hati. Aku menghela nafas panjang sebelum mula membuka mulut.

"Saya tak ada memori selepas itu sampai sekarang," aku menundukkan wajah aku. Kejadian yang sama berulang semasa Quick Game. Pada mulanya aku fikirkan Irine tetapi Irine dah tiada untuk mengawal aku. Ini bukan kerja Irine.

"Kau..," Encik Haren kehabisan kata - kata.

"Giliran saya untuk bertanya..."

"Encik Haren berada di pihak mana?" aku memandang tepat ke mata dia agar dia serius menjawab pertanyaan aku. Dia memandang Ryuu yang berdiam diri daripada tadi, mungkin menahan kesakitan dan kepenatan sebelum membalas pandangan aku.

Satu senyuman terukir sebagai balasan persoalan aku. Aku mengalihkan pandangan aku, hujung bibir aku gigit perlahan menahan perasaan kecewa.

Aku tak tahu apa disebalik senyuman itu tapi aku tahu , dia bukan berada di pihak aku. Encik Haren berdiri lalu mengusap lembut rambut aku.

"Buat masa ini mungkin tidak..," dia meninggalkan kami sebaik sahaja kawasan zon yang direka kian runtuh memaparkan keadaan sebenar. Bangunan sekolah yang megah kian terlihat jelas menunjukkan kami di hadapan pagar  utama Greech.

"Kembali pada realiti."

*****

Kyle yang sedang sibuk menulis sesuatu terganggu apabila seseorang menerjah masuk ke dalam biliknya. Senyuman pada bibir terukir seakan menandakan dia tidak kisah atas perbuatan kurang ajar orang itu.

"Aku nak hentikan semua perbuatan bodoh ini," dia memberi sedikit penegasan di ayatnya. Kyle masih tenang.

"Dah terlambat."

"Tak aku dah penat!" dia menghentak meja Kyle.

"Rizal? Kau tak ada apa untuk kau lindungi jadi apa gunanya berhenti sekarang kan?" kata Kyle. Dia bangun agar menyamai ketinggian Rizal. Rizal kaku.

"...jadi kau tak ada pilihan selain teruskannya," kata Kyle sambil menepuk perlahan kot makmal yang dipakainya. Rizal menepis tangan Kyle. Matanya mencerlung tajam kedalam anak mata Kyle namun sedikit pum dia tidak berasa gerun.

"Anak aku masih hidup..."

"Hahahaha!" kyle tergelak besar.

"Kau?" Rizal geram dengan reaksi Kyle.

"Kau rasa kenapa Arianna larikan diri daripada kita?" soal Kyle. Rizal terdiam

"Itu sebab dia memang tak nak kita tahu," tambah Kyle. Kyle mendekati Rizal.

"Kau tak ada sesiapa lagi...," bisik Kyle.

"Aku..." Rizal kaku.

"Tapi kau ada Ryuu...," Rizal mengenggam kot makmalnya.

"...dan kami," Kyle terus menghasut. Senyuman sinis mula terhias. Lelaki di hadapannya terlalu mudah jatuh ke dalam perangkapnya. Tidak seperti Ariana. Kenapa? Ariana memilihnya lebih daripada diri dia.

Bang!

Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Jun. Nafas Jun tercungap - cungap diikuti dengan peluh yang tidak berhenti.

Dia berjalan laju menuju ke Kyle lalu merentap kolar baju Kyle.

"Apa kau buat dengan Rin hah?!"

"Apa maksud Jun?" mata Jun mula berair. Dia menangis sebelum berbicara.

"Rin dia...dia tak bergerak dah, baru sahaja tadi," kata Jun sambil menangis teresak - esak. Bahu Jun ditarik kasar oleh Rizal agar menghadapnya. Riak wajah Rizal turut seperti tidak percaya akan kata - kata Jun.

"Jun! Kau serius?" soalnya meminta kepastian. Jun mengangguk laju.

"Tak tak ianya mustahil, kau tipu aku Kyle,"Rizal berlari keluar daripada bilik Kyle. Hanya satu destinasi sahaja menjadi tumpuan dia. Rin.

"Jun apa yang berlaku?" Fikiran Kyle agak terganggu. Selepas Jun beritahu keadaan Rin tadi baru dia sedar dia tidak dapat merasa aura Rin lagi. Rin terputus dengannya tanpa pengetahuan dia. Dia keluar mengikuti jejak Rizal. Dia perlu tahu.

*****

Aku memimpin Ryuu yang pengsan memasuki bilik kami. Setelah selamat mendaratkan Ryuu diatas katilnya lalu aku terus rebah ke dilantai. Penatnya tak mampu ditanggung lagi. Siling putih bilik kami ditenung lama. Agak lama aku tinggalkan bilik ini.

Aku bangun untuk membuka lampu, entah kenapa berada dalam keadaan gelap agak merimaskan aku. Seperti tersepit dan terkurung. Aku bencikannya.

Aku membuka tingkap seluasnya agar angin memasuki ruang bilik aku dan membuang bau yang kurang enak.

Saat itu, mata aku tertumpu pada seseorang yang turut memandang kearah bilik aku. Kaira? Dia kaku sebentar sebelum berlari masuk ke dalam asrama. Aku turut keluar daripada bilik , aku dapat lihat wajah dia seperti menahan tangisan.  Sebaik sahaja aku buka pintu bilik aku, dia terus melulu masuk lalu memeluk aku. Aku gagal mengawal keseimbangan badan aku lalu jatuh ke lantai.

"Kau pergi mana Iris?!" dia membenam mukanya ke dada aku dan menangis. Giliran aku pula kaku. Aku teragak - agak untuk mengusap lembut rambutnya.

"Maaf."

Aku membalas pelukkan dia."Maafkan aku sebab menghilang tiba - tiba."

Kaira berhenti menangis, dia melepaskan pelukkan aku lalu membetulkan kedudukannya. Dia mengenggam erat baju dia.

"Aku takut, sangat takut...," Kaira berhenti berkata - kata.

"Apa yang dah berlaku?" soal aku.

"Jeremy dia...," aku terdiam apabila Kaira menceritakan semula apa yang terjadi pada Jeremy semasa aku menghilang. Aku tak sangka Jeremy hampir mati.

"Tapi Iris, ini kali terakhir kau lihat aku seperti ini," Kaira berdiri lalu tersenyum. Aku dapat rasa sesuatu yang lain daripada Kaira.

"Kaira? Aku nak jumpa Jeremy."

Kaira bersedia untuk keluar dari bilik aku. Aku melihat Kaira yang pusing menghadap aku semula.

"Jumpa esok Iris," Aku tersenyum sebelum melambai kearah Kaira.


Bersambung...


IRISWhere stories live. Discover now