Bab 21

637 94 8
                                    

Aku terus berjalan mengikuti Ryuu daripada belakang. Ryuu mengeluarkan Soulnya , gunblade. Dia menggunakan gunbladenya untuk memotong ranting - ranting yang menghalang laluan kami. Aku tidak perlu buat apa - apa memandangkan dia yang sukarela untuk mengalas tugas itu. Aku memegang erat bendera biru aku .

"Ryuu, kau kenal abang Jeremy ke?" Perasaan ingin tahu aku membuak - buak.

"Tak," ringkas sahaja Ryuu menjawab. Mata dia masih lagi fokus ke hadapan. Aku ingat boleh lah nak berbual - bual dengan dia memandangkan keadaan sekarang hanya ada aku dan dia. Aku mula rasa bosan.

"Eh tapi kau kata jangan risau. Apa maksudnya?" Aku masih lagi tidak berputus asa.

Dia memandang sekilas ke arah aku yang berada di belakangnya.

"Tuan Kyle selalu cerita mengenai Jerry sebelum aku datang ke akademi," aku terkejut. Bukan sebab Jerry tetapi Ryuu.

Aku menarik bahu dia supaya menghadap aku. Perjalanan kami terhenti.

"Ka- kau tak datang sekali dengan generasi kedua ke?" Ryuu hanya mengeleng.

"Generasi ketiga?" Aku masih lagi tidak berpuas hati. Ryuu mengetuk kepala aku dengan gunblade dia. Nasib baik bukan bahagian bilah yang dia guna. Dia meneruskan perjalananya. Aku mula mengikutinya sambil memanggil namanya berulang kali sampai dia bersuara.

"Kau ni kan annoying sangat," kata dia.

"Siapa suruh bagi cerita tergantung," balas aku.

"Aku generasi pertama."

"Eh?! Tapi aku tak pernah nampak kau pun? Lagi satu kenapa mereka cakap aku generasi pertama yang aktifkan Soul sedangkan ada kau?" Bertubi - tubi soalan aku tanya.

"Mereka tak tahu dan kau boleh diam tak? Kau tak tahu ke pantang larang dalam hutan ni. Macam mana kalau diorang tahu kedudukan kita," tegas Ryuu.

"Maaf," aku tersengih menayangkan barisan gigi aku yang cantik ini.

Krak! Kruk! Krik!

Ryuu menekup mulut aku lalu memerhatikan keadaan sekeliling. Aku menarik tangannya yang menutup mulut aku.

"Apa tu?" Bisik aku.

"Entah yang pasti bukan bunyi manusia," kata Ryuu. Ryuu sengaja buat aku semakin risau.

Ding! Dong! Ding!

"Perhatian ! Perhatian !" Suara Federick mula bergema di selirih ruang colosseum yang telah di'zone' kan.

"Maafkan saya. Saya terlupa ingin beritahu yang game kali ini akan diserikan dengan beberapa ekor makhluk yang direka khas oleh pihak atasan. Semoga bergembira!"

"Makhluk apa?" Aku mula cuak. Mata aku masih fokus memandang Ryuu.

"Aku rasa makhluk kat belakang kau tu," kata Ryuu dengan tenang.

Aku yang rasa tak sedap apabila bau busuk menerjah hidung aku. Aku cuba memandang kebelakang aku dan..

"Grrr!"

******

Bang!

"Awas Kaira!" Jerit Jeremy sambil menolak Kaira untuk berlindung disebalik batang pokok yang besar. Jeremy mengintai siapa yang menembak mereka daripada belakang pokok itu.

"Tak guna kau sorok?" Kata Nana sambil meniup hujung pistolnya. Lagaknya tak ubah seperti seorang koboi kecuali Nana tidak ada topi.

IRISWhere stories live. Discover now