Bab 8

650 110 14
                                    

Aku menguap sebesar - besarnya. Lepas apa yang jadi buat aku betul - betul penat. Aku berada didalam van yang menuju ke bahagian utara. Diruang pemandu, seorang lelaki berjubah hitam dan berbadan tegap serta besar tapi pemanduannya ...Alahai kenapa perlahan sangat. Bertambah penat aku tunggu . Disebelah aku pula ialah Encik Haren yang sedang sibuk dengan gadgetnya. aku hanya memandang ke luar sahaja. Bosan tambah ngantuk.

"Agak menakjubkan untuk akak prihatin terhadap seseorang," Encik Haren mula berbicara setelah kian lama. Matanya masih lagi tertumpu pada gadgetnya. Kerja kot.

"Akak?"

"Ehhh,dia tak beritahu kamu pasal saya ke? Sampai hati dia"

Aku hanya mengeleng laju. "Lagi satu siapa akak Encik Haren?"

"Hahahaha!Saya adik Professor Han lah," Giliran aku pula terkejut.

"Tapi tak boleh salahkan dia. Dah banyak benda dia buat untuk saya," katanya lagi dengan nada yang agak sayu.

Aku hanya mendiamkan diri sebab aku malas nak masuk campur. Dia meletakkan gadgetnya dan memandang aku. Wajahnya cuba diseriuskan tapi dia tak nampak tegas macam Professor Han.

"Setahu saya kamu tak nak pindahkan? Apa yang buatkan kamu ubah fikiran?"

"Err...."

"Kongsilah dengan saya, saya tengah bosan ni," rengek dia. Personaliti dia dengan Professor Han memang berbeza macam mana lah aku nak percaya yang dia ni adik Professor Han.

"Sebenarnya..."

*****

Pagi itu.

"Iris sebenarnya saya pun orang terpilih," Kata Professor Han dengan mendatar.

"Hah ? Maksudnya Professor Han pun ada soul?"

"Nak tengok?"

Aku mengangguk perlahan. Dia berdiri dengan tenang ditempatnya lalu tapak tangannya bercahaya dan mengeluarkan soulnya yang agak panjang dan besar. Dia menghayunkan soulnya kearah aku.

Aku hanya mampu menelan air liur aku apabila bilah soulnya hampir mengenai leher aku. Dia tersenyum melihat reaksi aku.

"Banyak benda lagi yang kamu tak tahu pasal soul ,Iris."

"Sa-saya ingat remaja terpilih je yang ada."

Dia menarik soulnya dan meletakkan disebelahnya. Soulnya menyamai ketingian dia. Aku menarik nafas lega. Soul Professor Han berbentuk seperti death sycthe. Dia bukan lagi seperti witch tetapi dah macam grim reaper.

"Macam mana saya boleh mengajar tentang soul kalau saya tak ada soul."

"Betul juga,"aku tersengih. Professor Han mula menghilangkan soulnya.

"Bukan saya sahaja, pihak atasan juga mempunyai soul," Aku terdiam. Aku tengah memikirkan sesuatu. Sesuatu yang betul - betul menganggu aku.

"Tunjukkan soul kamu pula," aku terkejut dengan permintaan Professor Han. Tunjukkan soul aku yang usang dan berkarat tu.

" Tapi prof saya..er..," aku tersentak apabila Professor Han memberikan jelingan tajam ke arah aku.

"Baiklah..."

" Tenangkan diri kamu dan fikirkan apa kamu inginkan," Professor Han cuba membimbing aku.

Aku memejamkan mata aku dan tenangkan diri aku. Fikirkan sesuatu! Fikirkan sesuatu! Fikirkan sesuatu! . Otak aku tengah serabut aku tak boleh memikirkan sesuatu melainkan masalah aku.

Aku mengeluarkan soul aku dan membuka mata aku dengan perlahan -lahan.

"Arghhh!!" aku terjerit kuat dan melepaskan soul aku. Professor Han tergelak kecil.

"I-itu soul saya ke?" Aku memandang kearah SOUL aku yang berada di atas tanah.

"Soul siapa lagi."

"T-tapi ,semalam soul saya hanya pedang usang yang dah berkarat," aku melihat semula soul aku yang terlantar diatas tanah. Pedang yang berwarna putih dan saizya agak besar dari semalam. Bilah pedang tersebut kelihatan berkilat dan menunjukkan dia tersangat tajam.

"Saya dah kata soul itu sebahagian daripada hati jadi apa yang kamu fikirkan?"

1 saat , 2 saat , 3 saat , 4 saat , 5 saat , aku kekal diam.

" Jawapan," kata aku dengan nada perlahan. kepala aku ditundukkan mengadap ke lantai.

"Jawapan? Maksud kamu?"

Aku duduk diatas tanah secara tiba - tiba dan mengambil  soul aku.

" Jawapan kepada setiap masalah saya. Semuanya tak masuk akal dari mula lagi. 15 tahun saya hidup normal tup! tup! je saya dikatakan sebagai remaja terpilih dan dikurung disini. Kemunculan generasi kedua pula yang boleh mengaktifkan SOUL mereka telah jadikan kami mangsa buruan. Dan seperti mana yang prof cakap bukan remaja sahaja ada soul tapi pihak atasan juga. Dan apa sebenarnya tujuan akademi tak guna ni!" Aku membebel. Jarang untuk aku membebel macam ini.

Professor Han datang menghampiri aku lalu mengusap kepala aku.Aku mendongak untuk melihat wajahnya, sekali lagi dia tersenyum dengan aura yang memukau.

"Kamu ada hak untuk memilih. Sama ada kamu ingin menunggu jawapan itu datang kepada kamu selepas terlambat atau kamu cari jawapan itu sendiri sebelum terlambat."

Aku hanya memandang kosong ke arahnya. Tiba - tiba reaksi wajahnya dia berubah.

"Ah! saya terlupa ada kelas. semua ini salah kamu lah," Professor Han terjerit kecil dan segera melangkah pergi namun dia sempat melambai kearah aku.

"Jawapan huh? hanya ada satu tempat sahaja yang aku boleh cari jawapan," aku berkata sendiri.

*****

"Masa itu lah saya terfikir untuk datang ke Utara Akademi Greech," Aku menamatkan cerita aku. Aku memandang karah Encik Haren yang tidak ada apa- apa respon pun sejak tadi. Rupanya dia dah pun selamat tertidur apabila mendengar cerita aku.

"Ceh tadi dia yang beriya - iya nak tahu," Aku merungut lalu membuang pandangan aku ke luar tingkap.

Sebenarnya timbul lagi satu soalan dalam fikiran aku. Kenapa Professor Han yang bukannya mesra alam terhadap orang , sanggup mendengar dan meluangkan masanya dengan aku?

Datuk,

Siapa sangka raksasa bukan lagi benda yang menakutkan Iris tapi mahkluk yang mengelar dirinya sebagai manusia ialah apa yang Iris paling takut.

Bersambung...

IRISWhere stories live. Discover now