Bab 24

639 92 43
                                    

Aku hanya memerhati kearah menara tinggi itu disebalik semak samun yang berdekatan. Kawasan menara tinggi itu tersangat lapang dan bersih daripada sebarang pokok - pokok. Ryuu memerhati kawasan sekitar, takut - takut kelihatan musuh disitu. Buat masa ini keadaan selamat, jadi kami berniat untuk menyorok disebalik semak itu sementara menunggu ketibaan seseorang sama ada musuh atau kawan.

"Argh!" Jeritan seseorang yang aku cukup kenali menerjah kami yang sedang duduk disebalik semak itu.

"Jeremy?"Aku berdiri untuk cuba mendapatkan punca jeritan itu kerana puncanya tersangat dekat. Aku cuba pergi ke arah jeritan itu. Namun sekali lagi Ryuu menghalang, dia menayangkan muka tanpa perasaan dia.

"Jangan memandai disini," kata Ryuu dengan tegas. Aku menarik tangan aku daripada genggaman dia.

"Aku tahu itu Jeremy dan kali ini aku tak akan tinggalkan mereka."

Aku melangkah pergi lalu Ryuu menarik kolar baju aku menyebabkan aku jatuh tersungkur.

"Kau nak mati ke? Aku kata jangan maknanya janganlah!" Jerkah Ryuu. Aku terkilan tetapi aku tahu aku kena selamatkan mereka walaupun aku tidak sekuat mereka. Aku bangkit dari jatuhan aku lalu menolak kasar bahu Ryuu.

"Aku tak peduli apa kau nak cakap tapi aku tak boleh biarkan mereka," aku membalas renungan Ryuu.

"Kau faham tak situasi kau sekarang ni," jelas Ryuu.

"Aku tahu tapi Ryuu, aku tak nak menyesal nanti," aku memaksa diri aku untuk tersenyum.

"Jeremy tu pengkhianat, jadi kita tak tahu ini taktik dia atau apa?" Ryuu masih tidak mahu mengalah.

"Kau...jangan burukan kawan aku! Aku kenal dia yang sekarang jadi aku tak perlu tahu dia yang dulu," Aku mengenggam buku lima aku lalu menghayunkan kearah Ryuu. Dia dengan tangkas menangkap tumbukan aku lalu memusingkan badan aku dan menendang aku jauh daripadanya. Aku hilang imbangan lalu menghempap pokok dihadapan aku. Sangat sakit tetapi tidak sesakit hati aku.

Ryuu berdiri dihadapan aku lalu menarik kolar baju aku.

"Aku cuba selamatkan kau Iris, sejak kecil lagi aku dah lihat kekejaman dunia ini," bisik Ryuu.

Aku cuba stabilkan kedudukan aku walaupun kolar baju aku masih ditarik oleh Ryuu. Badan aku mula terasa bahang. Aku sedar akan perubahan badan aku sejak beberapa hari lepas tetapi kenapa sekarang! Aku menghiraukan keadaan aku yang berbeza lalu aku mencengkam kolar Ryuu dan menarik dia lebih dekat dengan aku. Aku tersenyum sinis.

"Dunia ini tak kejam tapi manusia yang kejam!" Balas aku.

Ryuu melepaskan cengkaman dia. Begitu juga aku. Aku tercungap - cungap menahan lelah tetapi Ryuu masih lagi kekal tenang. Perbezaan yang ketara antara aku dan Ryuu, sedikit sebanyak buatkan aku gerun.

"Kau kata Jeremy pengkhianat tetapi bagaimana dengan kau? Kau memihak kepada Tuan Kyle tetapi pada masa yang sama kau memihak kepada kami," aku sengaja menambah api kemarahan Ryuu. Aku tahu niat dia baik tetapi aku tak boleh terima dia mengutuk Jeremy.

"Diam! Itu bukan urusan kau," Ryuu mula hilang sabar. Reaksi muka dia sama seperti pertama kali kami berjumpa.

"Heh! Bukan urusan aku. Jadi pada mulanya perkara ini bukan urusan kau juga. Kau dengan Tuan Kyle sama je, tak boleh percaya," Ryuu mula membengis lalu menumbuk aku sekuat hati. Aku jatuh terjelepuk ke tanah.

"Jangan samakan aku dengan dia! Kau tak tahu apa - apa pun!" Jerit Ryuu lalu memijak aku. Aku memegang kakinya daripada terus memijak aku membuatkan dia hilang imbangan dan jatuh disisi aku.

"Kau pun tak tahu apa - apa," aku membalas dengan tumbukan. Ryuu yang tidak puas hati lalu mengeluarkan gunblade nya lalu menghunusnya kearah aku yang berada diatas tanah. Aku juga tidak ketinggalan mengeluar pedang aku lalu menahan gunblade milik dia.

IRISWhere stories live. Discover now