Bab 43

376 60 11
                                    

Suasana tegang antara kami. Jeneral Kuzar memerhati aku bagaikan ingin membunuh aku namun apa yang dia nak risaukan mengenai nama itu? Mata aku tidak berkelip memandang dia.

"Kau tak takut?" ujarnya perlahan.

"Tak ada sebab untuk tuan bunuh saya."

Dia masih tidak menurunkan pedangnya."Kenapa kau begitu yakin?"

"Makhluk tadi tu... Kenapa tuan terbalikan bilah pedang tuan?" Lama dia merenung aku sebelum dia tergelak besar. Gelakkan dia tadi terhenti apabila memandang rantai pada leher aku. Wajah dia kian berkerut memandang rantai itu lalu dia menarik rantai itu keluar daripada berselindung dalam baju aku. Rantai itu terputus kerana rentapan. Sedikit kesan hirin terhasil pada leher aku. Dia menatap lama loket rantai itu namun pedang dia masih lagi kekal pada leher aku.

"Tadi aku tak ada sebab untuk bunuh kau, sekarang aku ada," aku terkedu. Kali ini wajah dia sememangnya ada niat membunuh.

"Apa maksud tuan?"

"Hawkin? Kau dari keluarga Hawkin?" 

Keluarga Hawkin? Itu pertama kali aku mendengarnya. "Apa maksud tuan?"

"Hawkin keluarga yang berkhidmat dalam kerabat diraja Ziones dan cukup sebab untuk aku bunuh kau," dia menurunkan pedangnya, dimasukkan ke dalam sarungnya. Kemudian, tanpa aku duga dia mengenggam tangan aku lalu mengheret aku ke suatu tempat.

"Nak bawa saya pergi mana ni?" jerit aku apabila dia menarik aku kembali ke istana yang aku anggap sebuah rumah itu. Kali ini bukan pada pintu aku masuk tapi kami menuju ke kawasan bawah tanah yang hanya diterangi beberapa buah pelita yang menyala. Aku sekali lagi terkedu apabila kawasan bawah tanah itu berbentuk penjara, dan setiap penjara mempunyai makhluk hijau itu. Namun keadaan mereka cukup lemah.

"Kenapa bawa saya kesini?!" aku masih tidak mahu mengalah. Aku cuba menarik tanggan aku daripada digenggam. Namun gengaman dia cukup kuat, dia mengheret aku ke penjara yang kosong itu lalu menolak aku ke dalam sebelum mengunci aku di dalam itu. Aku merapati diri ke jejari - jejari besi yang menjadi penghalang kami.

"Lepaskan saya!" jerit aku. "Diam!" tengking Jeneral Kuzar. Aku terdiam.

"Kau tahu apa salah kau?"aku mengelengkan kepala aku sebagai tanda aku tidak memahami apa yang dia cuba sampaikan.

"Sebab kau lahir dalam dunia ni, itu salah kau," aku terdiam. Kepala aku berdengsing kuat seolah Irine sedang marah. Namun suaranya tidak kedengaran. Suhu badan aku menaik dan menurun, tidak menentu.

"Hentikannya Irine," minta aku perlahan. Irine seolah faham keadaan aku dan kembali tenang.

"Iris jangan dengar cakap dia," bait - bait katanya kedengaran sedih. Dia risaukan aku. Itu sudah cukup buat aku.

"Aku tak apa - apa. Jangan risau ye?" kata aku lembut sebagai penyedap hati dia dan dan hati aku juga. Aku kembali memandang Jeneral Kuzar.

"Aku tahu," memori sejak kecil aku sudah membuktikan aku tidak sepatutnya lahir. Aku tahu masyarakat Ziones membenci aku dan pinggirkan aku seolah aku anak malang selepas kematian datuk. Aku tahu itu dan cuba untuk menutupnya.

"Rantai ini bukti kau berasal daripada Hawkin. Dan kau nampak tak semua makhluk ini?" kata dia dingin. Aku memandang ke sekeliling penjara tiada apa melainkan makhluk hijau yang terkurung sama seperti aku.

"Apa reaksi kau bila aku cakap mereka semua ini manusia?"

Mustahil mereka manusia? Makhluk itu sama seperti yang aku bunuh makhluk sebelum ini. Lutut aku terasa lemah membuatkan aku jatuh terkulai ke lantai. Aku mula faham kenapa Jeneral Kuzar terbalikkan bilah pedangnya itu. Aku memandang kosong kearah lantai sejuk itu.

"Mustahil..."

Jeneral Kuzar mendengus kasar. "Tak ada yang mustahil. Semua ini hasil kerja keluarga Hawkin, sebab keturunan kau mereka yang tak bersalah jadi mangsa!"

Aku terpana. Aku mengelengkan kepala aku bagi menafikan tuduhan itu. Kenapa aku tak tahu? Datuk puncanya? Tak ianya tidak benar. Hampir sahaja aku mengeluarkan butiran jernih daripada mata aku.

"Iris!"

Panggilan Irine aku hiraukan. Minda aku mula padat mentafsir apa yang sedang berlaku. Aku kehilangan kata - kata.

"Dan kau sepatutnya tak boleh jatuh ke tangan Kyle," Jeneral Kuzar kelihatan serius. Dia melangkah kebelakang lalu menyandarkan badan dia pada jejari besi di hadapan penjara aku. Makhluk hijau yang dikatakan manusia itu terbaring lesu di dalamnya. Langsung tiada reaksi dengan kehadiran Jeneral Kuzar.

"Sebab aku terhutang nyawa Professor Hawkin aku akan beri kau pilihan sama ada keluar daripada Akademik Greech dan pergi jauh daripada Kyle," katanya lagi. Aku terdiam lama.

"Tak boleh..," aku jawab perlahan. Berkerut wajah Jeneral Kuzar apabila aku menolak cadangan dia.

"Bagaimana dengan mereka yang lain?" sebaik aku menamatkan kata - kata aku terus sahaja Jeneral Kuzar ketawa. Dia memandang sinis kearah aku. "Kalau aku tak mampu nak lindungi mereka, bagaimana kau yang mentah ini mampu?"

"Iris! Dia sudah lebih!"

"Irine hentikannya," bisik aku. Aku mengangkat wajah aku agar dapat melihat wajah Jeneral Kuzar ketika itu. Wajah dia tersangat serius menandakan dia tidak bergurau. Adakah dia juga takut akanTuan Kyle? Terlalu berkuasa ke dia?

"Saya tak kisah. Sekurang - kurangnya saya berusaha untuk selamatkan mereka," aku masih berdegil. Aku tahu aku tak mampu selamatkan semuanya namun apa yang aku nak ialah aku tak nak menyesal di kemudian hari. Itu lebih menyakitkan.

"Jadi aku tak ada pilihan selain bunuh kau?" ujar Jeneral Kuzar lantas menarik pedangnya. Aku sedikit gerun namun digagahkan hati ini. Aku mengaktifkan soul aku dan berdiri menghadap Jeneral Kuzar.

"Kau mungkin tak sedar lagi kan?" Jeneral Kuzar melangkah mendekati penjara aku. Aku mengekalkan posisi sedia.

"Sedar akan apa?"

Jeneral Kuzar tersenyum sinis."Yang kau ialah alat untuk Tuan Kyle hancurkan Ziones."

Eh? Alat untuk hancurkan Ziones?

"Dari reaksi kau, aku tahu yang kau tak pernah tahu mengenai asal usul kau kan?" Jeneral Kuzar ketawa semakin galak. Tawanya bukan ketawa sindiran namun ketawanya penuh dengan kesedihan. Adakah dia bercakap benar?

"Iris! Jangan terpedaya! Dia mungkin menipu?"

Tidak Irine. Daripada riak wajahnya , daripada nadanya , aku tahu dia bercakap benar. Perlahan - lahan cahaya soul aku semakin pudar dan menghilang.

"Apa kau buat? Cepat aktifkan soul kau?!"

"Aku tak salahkan kau bila kau tak tahu mengenainya. Selepas Ziones huru - hara dengan kematian puteri tunggal , keluarga Hawkins menghilangkan diri," Jeneral Kuzar terus kata - katanya. Kerajaan Ziones? Kematian puteri tunggal? Dan aku keluarga Hawkins?

"Hentikannya!" aku menjerit. Jeneral Kuzar masih tenang seolah sudah menjangka reaksi aku.

"Apa semua ini? Saya tak faham apa yang tuan cakapkan," luah aku.

"Kesian, kau nak tahu?"

"Semuanya..."

"Hahaha! Kau bernasib malang Iris bila dilahirkan dalam keluarga Hawkin, aku tak tahu apa Kyle buat pada keluarga kau tapi yang aku tahu... Kyle sedang cari 'alat' yang dia reka, dan apa yang aku tahu alat itu ialah cucu Professor Hawkin," kata - kata Jeneral Kuzar menusuk ke hati aku. Aku seakan tidak mempercayainya.

Dagu aku diangkat keatas dengan bilah pedangnya. Aku menelan air liur aku sebaik sahaja melihat bilah itu begitu dekat dengan aku.

"Nak tahu apa yang lebih menyakitkan?"

Wajahnya aku tenung penuh gerun.

"Greech diwujudkan sebab tujuan itu. Kau punca semua ini berlaku..."

Aku tewas.


Bersambung...

IRISWhere stories live. Discover now