PROLOG

3.1K 277 40
                                    

Suho memandang satu-persatu wajah sahabat-sahabatnya yang mula risau. Bunyi pintu bilik atas dibuka membuatkan bulu roma mereka meremang. Mereka semua sudah pun bermandikan peluh. Lampu rumah itu pulak rosak disebabkan bekalan elektrik terputus. Hujan lebat besertakan guruh di luar meremangkan bulu roma mereka.

"Hyung, otteohke?" tanya Tao yang sememangnya seorang yang penakut itu sambil memeluk patung pandanya.

"Shh.." Suho memberi isyarat supaya semuanya diam sebaik sahaja dia terdengar bunyi derapan tapak kaki seseorang di atas lantai tingkat atas. Sesungguhnya kedudukan mereka agak dekat dengan tangga yang menghubungkan ke tingkat atas.

"Hyung, aku rasa kita patut keluar dari sini sekarang jugak! Aku rasa ada sesuatu yang tak kena lah," bisik D.O yang berada di sebelah Suho.

"Macam mana nak keluar kalau pintu terkunci?" tanya Luhan yang berada di sebelah Kris.

"Kita carilah jalan lain," balas D.O semula.

"Hihihi~ korang nak lari ke mana?" suara garau milik seorang lelaki betul-betul berada di atas tangga yang paling atas menyapa deria pendengaran. Mereka semua dapat dengar derapan kaki seseorang.

Cahaya dari petir dan kilat membolehkan mereka melihat kelibat seseorang sedang berdiri dua anak tangga dari bawah sambil memegang bola yang berbentuk bulat. Tak! Bukan bola tetapi kepala. Kepala sahabat mereka yang hilang! Kepala Xiumin!

"Luhan, belakang kau!" suara Chen yang kuat membuatkan Luhan menoleh ke arah belakang. Beberapa bilah pisau datang ke arahnya tanpa sempat dia menunduk. Akhirnya, dia meninggal dengan cara yang cukup sadis. Kepalanya juga tercabut daripada badannya apabila pisau yang digenggam pembunuh itu dilemparkan ke arah lehernya dari atas tangga.

"Korang takut ke? Jomlah main lagi... tak bestlah kalau korang cepat takut. Aku kira korang lari," suara itu dapat membuat jantung mereka semua berhenti berdegup. Masakan lelaki ini dapat berperangai seperti budak kecik berumur lima tahun.

"Aku kira ye~ 1, 2, 3, 4, 5," sepanjang lelaki itu mengira, mereka bersepuluh cuba mencari tempat persembunyian yang dapat melengahkan pencarian lelaki itu. Manakala empat orang daripada sepuluh itu berusaha melarikan diri dengan mencari jalan keluar daripada rumah itu namun tidak berhasil. Apabila kiraan sudah semakin hampir, mereka mula menyorok.

"9, 10~" kiraannya sudah berhenti dan dia mula menuruni anak tangga itu sehinggalah sampai ke ruang tamu. Dia mencari-cari kelibat sepuluh orang lelaki yang menjadi mangsa itu.

Di bawah sofa, tiada.

Di atas sofa, tiada.

Di belakang sofa, tiada.

Namun secara tiba-tiba dia tersenyum sinis lalu melangkah ke arah langsir rumahnya. Cepat-cepat dia menusuk pisau ke perut si mangsa. Dan dia melakukan perbuatan itu secara berulang-kali sehinggalah nyawa si mangsa sudah menjadi nyawa-nyawa ikan. Lalu dia mengelar leher si mangsa dengan cukup kasar. Dan mangsa kali ini ialah Lay.

Hentakan yang kuat dari arah belakang kepalanya menyebabkan dia memandang tajam ke arah lelaki yang menghentak kepalanya itu. Lelaki itu seperti terkejut kerana si pemangsa langsung tidak pengsan walaupun hentakan itu agak kuat. Dia terus mengundurkan dirinya ke belakang.

"Kau dah tertangkap, Suho-yah," kata lelaki itu berjalan perlahan-lahan ke arah ketua kumpulan EXO. Suho terkejut apabila dia dapat lihat wajah lelaki itu sudah pun bermandikan darah.

"Kau... kau gila," Suho berkata, terketar-ketar. Lelaki itu hanya tersenyum sinis.

"Kenapa tak menyorok? Tak bestlah kalau kau tak menyorok," katanya dengan suara yang seolah-olah merajuk. Suho pun pelik dengan perubahannya yang sekejap psycho, sekejap seperti budak kecil hilangkan coklatnya.

"Takpe, aku bagi kau menyorok selama lima saat," kata lelaki itu lalu menutup kedua-dua belah matanya. Suho terus sahaja bergerak mencari tempat persembunyian namun langsung tiada tempat yang sesuai untuk menyorok.

"Lima saat sudah berlalu," suara lelaki itu menghentikan pergerakan Suho yang belum sempat ingin menyorok di salah sebuah tempat persembunyian. Terus dibalingnya pisau itu ke arah leher Suho lalu rebahlah ketua kumpulan itu. Lelaki yang digelar gila itu cepat sahaja menuju ke arah mayat Suho lalu mengelar lehernya. Akhirnya, lehernya terpisah daripada badannya.

"Sudah empat yang dijumpai, sekarang mesti cari lapan orang mangsa yang sedang menyorok," lelaki itu berlalu ke arah dapur dan disitulah dia mengeluarkan empat pisau sekaligus. Dia dapat lihat wajah takut keempat-empat mangsa di hadapannya.

"Kenapa takut? Sepatutnya korang gembira sebab aku dah jumpa korang," kata lelaki itu mendayu-dayu. Lalu, dicampaknya keempat-empat pisau yang berada dalam genggamannya ke arah leher mereka berempat namun seorang mangsa terlepas kerana dia sempat mengelakkan dirinya dan berlari keluar daripada dapur. Sempat juga, dia menolak pembunuh gila itu jatuh ke atas lantai dapur.

"Sial! Macam mana dia boleh terlepas!" lelaki itu berkata dalam nada kemarahan yang melampau lalu berdiri semula selepas ditolak oleh si mangsa yang dikenali sebagai Baekhyun. Kai, Sehun dan Chen sudah pun menemui ajalnya di dapur.

"Baekhyunnie ~kau tak boleh lari," suara lelaki itu yang mendayu menyebabkan jantung mereka berlima yang masih bertahan itu berdegup laju.

"Aku tahu kau di mana, Baekhyunnie~" lantas pembunuh itu menuju ke arah kotak harta karun yang dapat memuatkan seorang lelaki dewasa atau perempuan dewasa. Dengan kudratnya, dia membuka pintu kotak itu lalu terlihatlah satu sosok tubuh yang sedang dicarinya. Baekhyun! Cepat sahaja, dia menikam beberapa kali sebelum mengelar leher mangsanya. Dia tersenyum, puas.

"Yeah! Aku dah hampir berjaya!" suara pembunuh itu gembira bagaikan mendapat emas yang banyak. "Sekarang ni, siapa pulak yang aku nak cari, ye? Tinggal lagi empat je D.O, Chanyeol, Tao dan Kris. Siapa yang aku nak cari, ek?" dia nampak seperti berfikir panjang.

"Kau nak bunuh kami, kan? Cepatlah bunuh!" Kris keluar dari tempat persembunyiannya dengan berani. Sebenarnya, dia ingin mengalihkan perhatian pembunuh itu supaya tiga rakannya itu sempat menyelamatkan diri mereka. Ah baiknya kau, Kris!

"Eh, baguslah! Aku memang nak cari kau pun. Terima kasih," pisaunya terus dibaling tepat ke arah jantung Kris. Akhirnya Kris rebah ke atas lantai kerana tidak sempat untuknya mengelak daripada balingan pisau itu. Darah membuak-buak mengalir keluar daripada tempat yang terkena balingan pisau tersebut.

"Sekarang giliran korang bertiga pulak," dia terus melemparkan pisau tepat-tepat ke arah leher ketiga-tiga ahli EXO yang masih tinggal, yang sedang mencari jalan keluar. Akhirnya, semuanya meninggal di tangan pembunuh gila itu. Patung panda yang selalu dipegang oleh Tao kini sudah terlepas...

BERSAMBUNG...
Cerita ni saya telah delete hari tu jadi saya ambil keputusan untuk post semula.. Sekali lagi saya minta maaf tau para readers.. Thanks kepada yang pernah vote dan comment sebelum ni *happy smile*

Mystery Villa ft BTS (✔)Where stories live. Discover now