MV 12

1.2K 137 5
                                    

JIMIN P.O.V

Setelah kelibat Jin, Jong Suk dan Eun Hyuk menghilang, aku memandang ke arah Taehyung: memberi signal kepadanya untuk memeriksa betul-betul mereka bertiga sudah jauh dari tempat ini kerana pintu masuk berada dekat dengan tempatnya. Dan Taehyung menganggukkan kepalanya.

"Taehyung, aku nak kau bangun dari kerusi tu sekarang jugak!" aku berteriak supaya dia memahami apa yang aku cuba sampaikan memandangkan jarak aku dengan dia 10 meter jauhnya.

"Tapi macam mana?" tanyanya.

"Dia tak ikat kau dengan kerusi sekali, kan?" mula-mula, aku dapat lihat yang dia seperti termangu sebentar dengan apa yang aku sampaikan. Kemudian, dia mula menganggukkan kepalanya dan berusaha untuk bangun daripada duduknya.

Walaupun sukar untuk bangun tanpa bantuan tangan dan kaki yang terikat, dia tetap berusaha sehingga berjaya. Aku tersenyum gembira. "Cuba kau tengok sekeliling? Ada kerusi lebih tak kat mana-mana?" tanya aku dan dia buat seperti yang disuruh.

"Kat sana ada satu!" bibirnya dijuihkan pada sebuah tempat yang sedikit gelap pada aku. Tempat yang kurang mendapat pencahayaan daripada obor yang tergantung.

"Okey, kau tolak kerusi tu sampai berada betul-betul dekat dengan obor api itu kemudian kau naik atas kerusi tu dan menghalakan tangan kau yang terikat ke atas api supaya ia terbakar dan ikatan kau akan terlerai," terang aku dan dia buat seperti yang disuruh.

"Kenapa tak guna je kerusi ni?" tanyanya sebelum melakukan suruhan aku.

"Sebab kerusi kau..." tanpa sempat aku menghabiskan ayat aku, Jungkook menyampuk.

"rendah sedikit daripada kerusi tu," dan aku dapat lihat Taehyung menganggukkan kepalanya. Mungkin faham dengan apa yang Jungkook sampaikan.

Ikatan Taehyung terlerai apabila dia mengikut suruhan aku sebentar tadi. Dia cepat-cepat membuka ikatan pada kakinya. Aku tahu memang sukar untuk melompat-lompat bagi menolak kerusi tersebut dan naik ke atas kerusi yang sedikit tinggi dengan kaki yang terikat.

"Cepat! Tolong bukakkan tali kami semua!" jerit Hoseok, tidak sabar untuk melepaskan dirinya setelah penat berhempas-pulas dengan tali yang diikat dengan ketat pada tangannya.

"Nae!" Taehyung terus berlari menuju ke arah Hoseok yang berada dekat dengannya berada setelah meleraikan tali yang mengikat kakinya.

Kini, semua ikatan sudah dibuka. Aku mengeluh lega. Hanya satu sahaja yang kami perlu bereskan. Menelefon polis dan menangkap Jin serta dua orang lagi rakan yang bersubahat dengannya. Eh, kejap! Hye Jin noona mana?

END JIMIN P.O.V

🔪🔪

"Tuan bunuh Hye Jin? Tapi kenapa?" Eun Hyuk terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Jin yang baru sahaja duduk di atas kerusi, tempat dimana Eun Hyuk sering duduk apabila berada di dalam perpustakaan yang dipenuhi buku-buku cerita.

"Sebab aku tak rasa yang dia boleh lakukan apa yang aku suruh," balas Jin mudah.

"Tapi dia kan..."

"Ya, aku tahu!" Jin terus berdiri daripada kerusi dan mula berjalan ke arah rak buku yang berada di sebelah meja lalu mengambil sebuah buku. Dibelek-beleknya dan menutup semula.

"Aku bunuh Hye Jin sebab dia yang minta aku bunuh dia," Eun Hyuk terkejut sehingga melopong mulutnya.

FLASHBACK

Semalam, sebelum mereka semua sedar akan kehilangan Jimin,

"Tuan, saya merayu sangat-sangat! Tolong jangan bunuh mereka semua," Hye Jin duduk melutut di hadapanku ketika malam sudah menunjukkan angka 3:00 pagi. Aku memandang wajahnya dalam-dalam dengan pandangan yang tajam. Kenapa dia nak menghalang? Dia siapa?

"Kenapa dengan kau ni?! Kau di pihak mana sekarang ni?! Kau kena ingat, aku bayar kau tau tak!" aku meninggikan suaraku padanya apabila dia berkata demikian. Aku paling benci seseorang itu sekiranya menghalang aku daripada melaksanakan dendam aku.

Dan disebabkan itu jugalah, aku bunuh Xi Luhan, sepupu aku. Aku juga bunuh sahabat-sahabatnya kerana mereka semua sudah tahu ruang rahsia aku dan melanggar peraturan yang telah dicipta oleh aku. Xiumin, dialah orang pertama yang aku bunuh kerana dia menceroboh masuk bilik kerja aku secara senyap-senyap. Kemarahanku menaik apabila dia dapat mencari bukti bahawa sudah ramai mangsa aku bunuh.

"Saya... saya cuma sayangkan tuan! Saya tak nak tuan dimasukkan ke dalam penjara. Saya anggap tuan sebagai adik kandung saya sendiri," balasnya. Apabila perkataan 'penjara' menyinggah masuk ke dalam telinga aku, aku mula tersenyum sinis seperti memperlekehkan apa yang baru Hye Jin sebutkan.

"Kalau kau bukak mulut, memanglah aku akan dimasukkan ke dalam penjara. Cuba kalau kau zip mulut kau tu, pasti tiada sesiapa yang akan tahu kegiatan aku ni," aku membalasnya dengan nada angkuh.

Akhirnya, dia akur dan mula bergerak pergi daripada bilik aku ni.

Keesokannya,

Selepas sahaja aku menghantar Taehyung dan Jungkook yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik yang sama ditempatkan Jimin, aku segera ingin bertemu dengan Namjoon dan Suga namun aku terhenti apabila aku perasan bahawa Hye Jin juga sedang berada dalam jalan yang sama dengan aku. Aku mengikutinya secara senyap-senyap supaya tidak disedari olehnya.

"Aku kena bagitahu Namjoon dan Suga tentang Tuan Jin yang sebenarnya. Mereka perlu tahu!" kata Hye Jin dalam nada yang perlahan seperti sedang bercakap pada dirinya sendiri tetapi aku masih menangkap apa yang dibicarakannya.

Tak! Tak! Aku perlu menghalang Hye Jin daripada memberitahu identiti sebenar aku kepada mereka berdua. Ini tidak boleh jadi! Aku segera bertindak dengan dengan menyeluk kocek seluar aku dan mengeluarkan sepucuk pistol penyerap bunyi lalu menembak betul-betul di belakang kepala Hye Jin. Akhirnya dia rebah ke lantai dan darah mula memancut keluar daripada kepalanya, memenuhi lantai: tempat Hye Jin rebah.

Aku tersenyum sinis. Aku dah tunai hajatnya tapi sayang dia tidak mampu menunaikan hajatnya sendiri. Aku teringat kembali apa yang dia katakan sebelum keluar daripada bilik aku semalam.

"Saya sanggup mati di tangan Tuan sekiranya saya perlu melindungi mereka semua daripada pembunuh seperti Tuan,"

END FLASHBACK

"Kau dah dengar cerita aku, kan? Sekarang ni, kau rasa kau nak membelot aku atau tak?" Eun Hyuk tidak sangka yang Jin sanggup berbuat demikian kepada Hye Jin. Kalau dia sanggup bunuh seorang perempuan, dia juga pasti sanggup membunuh sahabatnya sendiri.

"Takkanlah saya sanggup membelot tuan," kata Eun Hyuk setelah lama berdiam diri. Senyuman menghiasi bibir Jin. Sinis!

🔪🔪

JUNGKOOK P.O.V

"Kita perlu segera keluar daripada tempat ni!" Jimin bersuara dan aku menganggukkan kepala: mengiyakkan apa yang Jimin baru katakan. Aku sempat memandang ke arah Namjoon dan Suga yang kelihatan sedikit penat itu. Patutkah kami meninggalkan mereka berdua kat sini?

"Hyung! Namjoon hyung dan Suga hyung?" tanya aku kepada Jimin yang akan mengetuai kami semua keluar daripada ruang rahsia ini kerana mungkin Jimin sudah tahu mana arah jalan keluar memandangkan dia merupakan orang pertama yang masuk ke tempat ini.

"Bagus soalan kau tu," puji Jimin. Aku hanya tersenyum. "Apa kata kau bawa Namjoon hyung manakala kau pula, Taehyung bawa Suga hyung?" aku bersetuju walaupun aku bimbang sekiranya perjalanan kami lambat kerana mereka berdua sudah dibelasah teruk dan badan mereka juga lemah sekarang ini.

"Kalau masing-masing setuju, jom!" Jimin mula menghampiri pintu masuk dan mula memulas tombol pintu itu dan membukanya. Apabila pintu dibuka,

"Korang nak lari ke mana?"

END JUNGKOOK P.O.V

BERSAMBUNG...
Last update for today.. Terima kasih sebab masih membaca cerita yang tidak seberapa ini.. Thanks semua.. I love u guyss.. 😘😘😊

Mystery Villa ft BTS (✔)Where stories live. Discover now