MV 7

1.4K 151 18
                                    

Dua jam sudah pun berlalu dan kini mereka bertujuh memulakan misi mereka bagi mencari Jimin yang telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Sebelum itu, Jungkook memberikan cadangannya supaya kumpulan dibahagikan. Hal ini kerana ingin memudahkan misi pencarian yang akan dilaksanakan oleh mereka. Jungkook, Taehyung dan Jin merupakan satu kumpulan manakala Yoongi, Hoseok dan Namjoon merupakan satu kumpulan. Di ruang tamu, kumpulan Jungkook mencari Jimin.

"Hyung, Kookie rasa Jimin hyung takde-lah kat sini," kata Jungkook memerhati sekeliling.

"Hyung pun rasa macam tu. Takkanlah dia pergi main sorok-sorok pulak dan kita kena cari dia. Dahlah ruang ni kecik je. Taklah besar mana," ngomel Taehyung sambil mulutnya dimuncungkan. Jin yang melihat hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Hyung, kookie rasa kookie tahu kat mana kita nak cari Jimin hyung," suara Jungkook berubah teruja apabila menuturkan ayat tersebut.

"Kat mana?" tanya Taehyung ingin tahu.

"Kita pergi cari dia kat aras paling atas!" berdasarkan suara Jungkook, sudah dapat didengar bahawa dia tersangatlah teruja.

"Ish, mana boleh!" Jin menolak cadangan Jungkook yang ingin mencari Jimin di aras paling atas. Taehyung dan Jungkook memandangnya dengan pandangan yang pelik.

"Kenapa pulak, hyung?" tanya Taehyung nampak seperti tidak berpuas hati.

"Kamu berdua tak ingat apa yang Eun Hyuk pesan pada kita? Tak boleh naik ke tingkat atas. Macam mana kalau ada perkara buruk yang tejadi nanti?" balas Jin. Ada logik juga katanya. Namun dua manusia itu langsung tidak kisah dengan apa yang Jin katakan.

"Kalau hyung nak ikut peraturan dalam rumah ni, sampai tua-lah kita takkan tahu apa yang berlaku pada 12 orang lelaki itu dan siapa pembunuhnya," balas Jungkook sedikit geram.

"Ya, hyung tahu! Tapi kita tunggulah masa yang sesuai untuk merungkaikan misteri ni," Jin membalasnya.

"Hyung! Katakanlah kalau Jimin ada kat atas sana, takkan hyung nak biarkan je! Dia tu kan sahabat kita!" Taehyung bengang dengan jawapan yang diberikan Jin.

"Yalah, yalah. Kita pergi naik ke tingkat atas. Kalau apa-apa terjadi, jangan salahkan hyung pulak sebab ni keputusan korang berdua," akhirnya, Jin akur dengan keputusan dua sahabatnya itu. Taehyung dan Jungkook menganggukkan kepala dengan wajah yang sedikit gembira. Bukan apa Jin tidak mahu mereka pergi ke aras paling atas. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada sahabatnya kerana mereka itu adalah tanggungjawabnya. Walaupun Namjoon adalah ketua tetapi dia lah insan yang paling tua di dalam kumpulan tersebut dan dia berhak dipersalahkan sekiranya terjadi apa-apa kepada sahabat-sahabatnya. Sudahlah Jimin menghilang. Tidak tahu kemana perginya lelaki itu. Takkanlah dia nak membiarkan ahli kumpulannya yang lain hilang pulak! Dia mengeluh kecil dan mula mengikut langkah dua sahabatnya itu, yang telah meninggalkannya di belakang sekali.

🔪🔪

Manakala kumpulan Namjoon pula,

"Korang, cuba tengok ni!" Suga menunjukkan sesuatu pada dinding yang berada di hadapannya. Nampak seperti sebuah pintu. Pintu yang berwarna koko itu dibuka oleh Suga. Ternyata pintu tersebut langsung tidak berkunci dari dalam mahupun dari luar. Namjoon dan Hoseok yang sedang memeriksa di bahagian yang berdekatan dengan tempat Suga berdiri, terus menapak perlahan menuju ke arah Suga setelah suara Suga memecah suasana yang sunyi itu.

"Bilik ke?" tanya Namjoon meminta kepastian. Lalu dia menjengukan kepalanya ke dalam.

"Macam bukan bilik je, kan?" kata Suga yang memang sudah perasan akan bilik itu. Dia sudah meninjau-ninjau di dalamnya sebelum Namjoon dan Hoseok ke mari. Namun, dia takut untuk memasukinya. Bimbang sekiranya perkara buruk berlaku.

"Memang bukan bilik pun. Ini merupakan sebuah lorong yang akan membawa kita ke... entahlah ke mana. Yang pasti, ini adalah sebuah lorong. Dan lorong ini gelap," ujar Namjoon.

"Jom masuk ke dalam. Mana tahu Jimin ada dalam ni?" kata Hoseok yang sudah lama berdiam diri itu. Dia hanya memerhati mereka berdua bercakap sedari tadi. Entah kenapa, dia dapat rasakan ada mata sedang memerhati kelakuan mereka sedari tadi. Dan disebabkan itulah, dia hanya mendiamkan diri.

"Korang buat apa kat sini?" satu suara perempuan kedengaran dari belakang mereka membuatkan mereka bertiga tersentak lalu berpaling ke belakang.

Kelihatan seorang perempuan sedang berdiri di hadapan mereka kini besertakan sebuah senyuman manis. Tetapi tidak bagi Hoseok. Dia dapat rasakan senyuman itu adalah senyuman yang amat menyeramkan. Tiba-tiba seorang lelaki muncul di sebelah perempuan itu membuatkan mereka sedikit terperanjat. Dan lelaki itu adalah Eun Hyuk manakala perempuan itu pula adalah Hye Jin. Mereka memandang Namjoon, Hoseok dan Suga; meminta jawapan daripada mulut tiga penyiasat itu.

"Kami... kami tengah cari Jimin hyung," balas Hoseok sedikit tergagap apabila Suga yang berada di sebelahnya menyiku lengannya untuk memberitahu perkara sebenar kepada mereka berdua.

"Jimin? Dia hilang ke?" tanya Eun Hyuk. Reaksinya seperti biasa sahaja pada pandangan Hoseok seolah-olah lelaki itu sudah mengetahui perkara yang sebenarnya namun didiamkan sahaja.

"Korang dah cari dia kat mana-mana? Mana tahu kalau dia ada pergi beli makanan ke?" tanya Eun Hyuk. Mereka bertiga hanya menganggukkan kepala bagi menjawab soalan pertama yang ditanya Eun Hyuk.

"Mungkin ada-lah tu ke mana dia pergi. Korang jangan risau, okey? Aku jamin dia masih selamat," kata Eun Hyuk memegang bahu Hoseok yang berada di hadapannya dan yang paling hampir dengannya.

"Hyung dan noona buat apa kat sini?" Namjoon bertanya atas sebab kehadiran mereka di sini.

"Kami pergi cari kalian-lah. Tuan Jongsuk nak jumpa korang bertujuh sebenarnya tetapi memandangkan seorang hilang, korang berenamlah yang dia nak jumpa," balas Hye Jin.

"Mana Jin, Jungkook dan Taehyung?" tanya Hye Jin apabila menyedari bahawa mereka bertiga sahaja yang berada di sini.

"Mereka? Entahlah, tadi mereka ada kat ruang tamu," balas Suga memberikan jawapannya sambil matanya memerhati di ruang tamu yang hanya terpisah dek tangga.

"Takpelah, korang pergi dulu kat tingkat bawah tanah. Tunggu kat sana. Jangan pergi ke mana-mana. Kami akan cari mereka bertiga. And, Jongsuk akan sampai tak lama lagi di ruang bawah," kata Eun Hyuk sebelum berlalu pergi. Namjoon dan ahli kumpulannya itu hanya menganggukkan kepala sebelum mula mengambil langkah ke ruang bawah tanah.

Hoseok yang berjalan di belakang sekali dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Kelakuan Eun Hyuk dan Hye Jin dapat dirasakan seperti misteri. Senyuman mereka juga seperti menyeramkan. Dia ada terfikir, adakah Eun Hyuk mengetahui sesuatu? Mengetahui dimana Jimin berada? Dan bilik itu! Bukan bilik tapi ruang rahsia yang menghubungkan ke sesuatu tempat yang dia sendiri tidak dapat bayangkan.

"Namjoon!" Hoseok memanggil Namjoon.

"Nae!" Namjoon menyahut panggilan itu dan mula berpaling ke belakang, memandang Hoseok yang berada di belakangnya.

"Aku rasa tak sedap hatilah," luah Hoseok. Namjoon menghentikan langkahnya dan memandangnya, merenung dalam anak mata Hoseok yang bercakap jujur itu.

"Kenapa?"

"Aku rasa macam ada sesuatu di sebalik lorong tadi dan aku juga dapat rasa Eun Hyuk tahu di mana Jimin berada," balas Hoseok.

"Aku pun ada feeling yang sama tapi kita berdoalah supaya Jimin selamat. Dan mudah-mudahan kita dapat selamatkan Jimin. Soal kumpulan Jin hyung pulak, kita tak payah risau. Pandailah Jin hyung lindungi mereka berdua, okey?" Namjoon menghiasi wajahnya dengan senyuman manis. Sekadar mahu menenangkan hati Hoseok yang gusar itu. Hoseok hanya menganggukkan kepalanya dan membalas senyuman tersebut.

"Korang semua tak akan selamat daripada aku. Terima kasih kepada kau, Eun Hyuk," kata pemilik sebenar itu. Senyuman sinis terukir di bibir pink-nya.

BERSAMBUNG...

Identiti pembunuh itu akan dibongkarkan tak lama lagi.. And this is the last chap for today.. Enjoy reading.. Jangan lupa utk vote and comment..

Mystery Villa ft BTS (✔)Where stories live. Discover now