MV 9

1.3K 136 12
                                    

JUNGKOOK P.O.V

Kami bertiga menaiki tangga menuju ke tingkat paling atas. Dalam hati aku sudah meronta-ronta, ingin mengetahui apa yang berada di sebalik ruang atas yang tidak boleh kami naiki. Dan apa sebabnya kami bertujuh tidak dibenarkan naik ke tingkat paling atas. Adakah ia-nya merupakan tempat persembunyian pembunuh tersebut? Aku melangkah laju ke hadapan diikuti dengan Taehyung dan Jin. Setiap langkah aku menaiki tangga, jantung aku akan mula berdetak dengan lebih laju melebihi paras normal.

"Jungkook-yah," suara Jin daripada belakang Taehyung menyebabkan langkah aku terhenti sekaligus aku berpaling ke belakang, melihat Jin yang berada di bawah satu anak tangga daripada Taehyung yang turut berhenti.

"Ada apa, hyung?" tanya aku.

"Kau sure ke nak naik ke tingkat atas? Hyung tak sedap hatilah," balasnya masih dengan wajah ketika mula-mula dia menghalang aku.

"Hyung, kookie tetap dengan keputusan kookie. Kenapa hyung nak menghalang?" tanya aku mula bosan dengan perangai Jin yang berubah 360 darjah itu. Biasanya, Jin lah manusia yang paling aktif dalam penyiasatan diorang tetapi kali ini? Sikapnya nampak...pelik.

"Beul tu, hyung! Kenapa nak halang kami daripada melakukan penyiasatan ke atas kehilangan Jimin dan Villa ni?" tanya Taehyung seperti menyokong kata-kata aku.

"Hyung tak kisah kalau korang nak melakukan penyiasatan sekalipun tetapi lebih baik buat masa sekarang ni tak payah," balas Jin mungkin sedang berusaha memujukku.

"Macam nilah hyung," aku berjalan mendekatinya dan merenung wajahnya sedalam-dalam yang mungkin bagi mendapat jawapan daripada Jin mengapa dia menghalang kami berdua menaiki tingkat atas. "Kalau hyung tak nak naik, kami berdua boleh naik ke tingkat atas untuk mencari Jimin. Hyung bolehlah tunggu di bawah, okey?" aku menyambung kembali percakapanku yang tergendala sebentar tadi sambil tanganku menepuk-nepuk perlahan bahu kanannya.

"Baiklah hyung setuju but nanti jangan menyesal," balas Jin membuatkan aku menganggukkan kepala.

"Hyung nak ikut kami tak?" tanya Taehyung pula.

"Takpelah, hyung tunggu kat sini. Korang berdua naik lah ke tingkat atas. Hati-hati!" balas Jin sambil cuba tersenyum. Aku dan Taehyung sama-sama membalas dengan anggukkan kepala dan terus berlalu pergi meninggalkan Jin yang berada di aras kedua bawah.

Sepanjang perjalanan naik ke tingkat atas, kami berdua hanya mampu mendiamkan diri. Perjalanan tetap diteruskan. Seketika aku terfikir, kenapa kami tak naik je lif yang tersedia di dalam Villa ini untuk naik ke ruang atas. Aku hanya mampu menggelengkan kepala apabila terasa bahawa betapa bodohnya aku untuk mendaki anak tangga yang bukannya sedikit jumlahnya. Tetapi ada bagusnya juga kerana dapatlah aku mencergaskan badan. Ya tak?

Sampai di tangga teratas, kami tergamam kerana di hadapan kami berdua sekarang ini hanya mempunyai sebuah pintu. Pintu berwarna koko yang tertulis 'JANGAN MASUK' pada sebuah papan yang tergantung di atasnya. Aku ingatkan ruang atas mempunyai beberapa buah bilik tetapi ini hanyalah sebuah bilik yang sekiranya kami menaiki tangga akan terus berhubung ke arah bilik tersebut.

"Kau bukalah," arah Taehyung sambil melihat-lihat ke tingkat bawah. Lebih tepat memastikan sekiranya ada sesiapa yang akan menaiki tangga tersebut

"Okey," balasku bersahaja dan mula memulas tombol pintu tersebut. Tidak berkunci! Baguslah, tidak perlulah kami bersusah payah untuk cuba membuka pintu ini. Pintu dibuka luas. Gelap ruang dalamnya. Langsung tidak mempunyai cahaya yang akan menyinari tempat tersebut.

"Jimin? Kau ada dalam bilik ni?" tanya aku sebaik sahaja aku mula melangkah masuk. Taehyung turut mengikut jejakku dan dia mula menutup pintu itu. Aku memandangnya seperti tidak berpuas hati. Yalah, gelap kot. Siapa yang boleh melihat tanpa sumber cahaya, kan?

"Kenapa kau tutup pintu ni?" tanya aku.

"Sorry! Aku tak sengaja," balasnya mungkin sedang tersengih sekarang ini bagaikan kerang busuk. Aku mendengus geram.

"Kau ada bawak torchlight tak?" tanya aku. Mana tahu sekiranya dia terbawa sebab selalunya dia akan membawa lampu suluh bersamanya.

"Tak," balasnya.

"Ish, kau ni! Selalunya kau bawa tapi hari ni tak pulak!" rungutku sedikit geram. Yalah, apabila lampu suluh tidak mahu digunakan oleh kami bertujuh, pasti akan ada bersamanya tetapi sekiranya mahu digunakan oleh kami, lampu suluh itu akan menghilang kerana Taehyung merupakan seorang yang pelupa. Aku mengeluh kecil kemudian mengeluarkan telefon bimbitku yang berjenama Samsung S3. Aku menyalakan lampu suluh di dalam handphone dan mula menggawangkan telefonku untuk melihat ke seluruh pelosok bilik tersebut.

Sebuah gambar yang dibingkaikan berada di atas sebuah meja panjang membuatkan aku terus berlari menuju ke arahnya. Gambar lelaki yang berada di dalam bingkai tersebut disuluh supaya aku dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Apabila lampu suluh itu membiaskan cahayanya ke atas gambar tersebut, lidah aku menjadi kelu secara tiba-tiba kerana terkejut dan aku mula menggigil ketakutan. Lelaki itu... adalah orang yang amat dipercayaiku dan sahabat-sahabat aku. Aku menoleh memandang ke arah Taehyung dan dapat dilihat bahawa wajahnya juga seperti terkejut.

BANG!

Bunyi pintu ditendang dari luar membuatkan aku lebih tergamam. Muncullah seorang lelaki di sebalik pintu itu sambil tersenyum senget. Lelaki yang sama yang berada di dalam gambar!

"Nampaknya korang dah tahu!"

END JUNGKOOK P.O.V

🔪🔪

HOSEOK P.O.V

"Hyung, Hoseok nak pergi tandas jap, eh?" kataku yang sememangnya langsung tidak benar sama sekali kepada mereka berdua. Sebenarnya, aku ada misi yang lebih penting menyebabkan aku terpaksa rahsiakan daripada mereka berdua. Aku juga tidak tahu kenapa perlu aku merahsiakannya sedangkan kami bertiga bagaikan sebuah keluarga. Aku malas mahu fikirkan soal itu buat masa sekarang. Yang paling penting adalah aku kena pergi masuk ke bilik tadi yang merupakan ruang rahsia. Mungkin. Entahlah, aku dapat rasakan seperti ada sesuatu di dalamnya yang aku sendiri tidak tahu.

Aku mula melangkah keluar daripada ruang bawah tanah ini dan mula menuju ke ruang atas untuk sampai ke ruang rahsia tersebut. Sebelum itu, aku memerhati segenap ruang untuk melihat kalau-kalau ada sesiapa yang mencurigakan namun ruang atas terasa sunyi sepi tanpa suara sesiapa pun. Dengan yakinnya, aku berjalan menuju ke hadapan pintu ruang rahsia tersebut dan mula memulas tombol pintu hingga ia terbuka. Aku terus melangkah masuk dan melihat lorong yang berada di hadapanku kini. Gelap. Suram. Dan menyeramkan!

Aku melangkah ke dalam sehinggalah aku berada jauh sedikit daripada pintu masuk ke ruang tersebut. Namun secara tiba-tiba ada satu hentakan kuat mengenai batang leherku membuatkan aku terjatuh ke atas lantai marmar yang sejuk itu. Mataku mula kabur hasil daripada hentakan yang kuat itu. Akhirnya, pandanganku menjadi gelap-gelita. Aku pengsan! Sebelum aku menutup mataku, aku dapat mengecam wajah manusia yang memukul aku itu adalah wajah salah seorang daripada sahabat aku sendiri.

END HOSEOK P.O.V

🔪🔪

Eun Hyuk yang menjalankan tugasnya sebagai PA kepada lelaki yang memiliki sebuah Villa yang besar itu telah mengangkat Hoseok yang terbaring dan meletakkannya ke dalam sebuah bilik yang sama dia tempatkan Jimin. Dia juga mengikat Hoseok sama seperti Jimin yang sudah tertangkap akibat cuba mencari jalan keluar daripada ruang itu. Taehyung dan Jungkook juga sudah berada di sana kerana telah dibawa oleh pemilik Villa ini merangkap pembunuh kepada 12 orang pemuda yang masih dalam siasatan polis tersebut.

"Tuan, apa yang kita nak buat dengan mereka ni?" tanya Eun Hyuk setelah siap mengetatkan ikatan Hoseok. Dia memandang sebentar wajah tuannya itu bagi memperoleh jawapan daripada mulutnya.

"Kau tunggu dan lihat je, okey?" katanya tersenyum gembira.

"Mudahnya kau masuk perangkap aku!" kata lelaki yang memiliki Villa sebesar ini dengan senyuman sinisnya...

BERSAMBUNG...

Mystery Villa ft BTS (✔)Where stories live. Discover now