MV 5

1.5K 152 3
                                    

Perlahan-lahan kelopak mata Jimin dibuka. Dia memandang sekitar bilik. Ini bukan bilik yang didudukinya! Malah bilik yang sedang dia berada sekarang ini begitu berlainan sekali dengan bilik yang didudukinya sebelum ini. Dia baru perasan bahawa bilik itu tidak mempunyai sebuah katil dan dia hanya berbaring di atas lantai marmar yang sejuk. Dia bangun daripada pembaringannya dan memerhati sekeliling ;mencari cahaya yang menerangi bilik. Hanya obor yang terletak di sebalik dinding bilik itu membolehkan Jimin melihat sekitar bilik tersebut dengan senang.

Seorang lelaki yang tiba-tiba muncul daripada sebalik dinding di sebelah kiri Jimin menyebabkan jantungnya hampir gugur. Dia mengurut-urutkan dadanya supaya jantungnya yang berdegup laju dapat dikurangkan. Lelaki itu hanya berdiri di hadapan Jimin sejauh 10 langkah darinya. Dia memandang lelaki itu dari atas kebawah. Baju jubah hitam yang bagaikan hoodie itu menyukarkan dia mengecam siapa lelaki itu. Dan lelaki itu juga sedang membelakangi dirinya yang hanya duduk memandangnya.

"Korang takkan terlepas daripada aku!" jerit lelaki itu tiba-tiba. Dia hanya memandang dinding yang berdiri teguh di hadapannya.

Secara tiba-tiba, lelaki itu berpusing ke arah belakang : menghadap Jimin. Walaupun si lelaki itu memandangnya, dia masih lagi tidak mampu mengecam wajahnya akibat bilik yang gelap. Hanya cahaya daripada obor sahaja menerangi bilik itu. Kemudian lelaki itu perlahan-lahan menyeluk kocek bajunya dan mengeluarkan sesuatu yang... tajam! Jimin meneguk liurnya yang terasa pahit. Jantungnya mula berdegup kencang bagaikan dia sedang berlari dalam marathon. Peluh juga membasahi wajahnya.

"Kau takut ke?" tanya lelaki itu. Entah kenapa dia dapat rasakan yang dia seperti pernah mendengar suara lelaki itu. Mungkin ia hanyalah sekadar perasaannya sahaja.

"Kau... kau siapa?" tanya Jimin dengan suara yang terketar-ketar.

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Jangan apa-apakan aku. Aku merayu!" kata Jimin lebih kepada merayu supaya dirinya tidak diapa-apakan oleh lelaki itu.

Lelaki itu masih tersenyum dengan sinisnya. Perlahan-lahan dia mengorak langkah menuju ke arah Jimin yang semakin ketakutan. Sesuatu yang tajam itu digenggam erat olehnya. Setiap langkah kaki lelaki itu membuatkan jantungnya semakin berdebar kuat. Sampailah langkah kaki yang terakhir, jantung Jimin masih berdegup laju. Dia kemudian mencangkung di hadapan Jimin dan dia mula bermain dengan pisau yang dipegangnya sedari tadi.

"Masa untuk kau mati!" Pisau itu terus diangkat tinggi dan mula mahu menikam dada Jimin.

"ARGGHHH!"

"Tidak!" Jimin terus tersedar daripada mimpi ngerinya. Peluh jantan mulai menitik di atas baju tidur yang dipakainya. Jantungnya juga berdegup dengan lebih kencang. Dia cuba menenangkan dirinya dengan mengurut-urut dadanya. Setelah dia berasa lega sedikit, dia mula memandang sekeliling bilik. Dia masih berada di bilik tidurnya yang diduduki olehnya dan teman sebiliknya, Jungkook dan Taehyung. Dia dapat lihat mereka berdua sedang nyenyak tidur.

Tekaknya tiba-tiba sahaja meminta air bagi menghilangkan dahaga yang sudah berkumpul di dalam tekaknya. Dengan perlahan-lahan dia menuruni katil supaya dua orang rakannya itu tidak terjaga daripada lena mereka. Dia menuju ke arah pintu bilik namun tangannya yang baru sahaja ingin menyentuh tombol pintu terhenti apabila amaran daripada Eun Hyuk bermain di mindanya serta kejadian di dalam mimpinya sebentar tadi menyebabkan dia berasa sedikit seram-sejuk. Namun digagahkan jua dirinya untuk ke dapur kerana baginya dia hanya ingin minum air. Takkanlah Eun Hyuk ingin mendendanya jugak, kan?

Setelah berfikir dua-tiga kali, akhirnya dia membuat keputusan untuk melangkah ke dapur. Ruang bawah tersangatlah gelap kerana lampu di ruang bawah ditutup. Jimin mengentalkan hatinya untuk menuruni setiap satu anak tangga yang menuju ke tingkat bawah. Suis lampu ditekan sebaik sahaja dia sampai ke ruang bawah. Dia memandang ke sekeliling ;ingin memastikan yang tiada sesiapa yang mencurigakan di sana. Kemudian, dia mula berlalu ke arah dapur.

Peti ais yang terletak di sudut dapur dibuka dan matanya mula mencari minuman yang tiada bau, warna dan rasa. Setelah menjumpainya, dia menuang ke dalam gelas dan meminumnya dengan rakus. Ah, leganya! Gumamnya.

Dia menuju ke ruang atas selepas menunaikan hajatnya yang ingin minum air putih itu. Dia mula menutup semua suis lampu yang dibukanya sebelum mula mendaki anak tangga yang menghubungkan ke ruang atas. Langkahnya terhenti apabila dia dapat dengar satu bunyi datang daripada pintu yang berada di hujung ruang tamu di sebelah kiri lif yang tidak boleh digunakan mungkin. Itulah apa yang Jimin rasakan.

Disebabkan rasa ingin tahu yang kuat, Jimin mengorak langkah ke arah dimana terletaknya pintu bilik itu. Sampai sahaja di hadapan pintu itu, perasaan ragu-ragu mula bertandang di hati. Perlukah dia memasukki bilik itu? Atau abaikannya? Tetapi sikap ingin tahu lebih menguasai dirinya, dia akhirnya membuat keputuaan untuk masuk ke dalam bilik itu.

"Ini bukan bilik," gumam Jimin sendirian.

Ya! Sesungguhnya itu bukanlah sebuah bilik namun ia adalah sebuah lorong yang panjang, entah menuju ke mana. Baru sahaja dua tapak dia melangkah, dia dapat rasakan hentakan yang kuat mengenai batang lehernya. Peritnya yang amat! Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup.

Dan manusia yang mengetuk batang leher Jimin menggunakan sebuah kayu hoki mula tersenyum sinis apabila mangsa itu pengsan..

🔪🔪

"Tuan, ada orang sedang keluar daripada biliknya. Macam mana kalau dia masuk dalam ruang rahsia kita," kata Eun Hyuk dengan nada cemas. Si pemilik rumah itu memandangnya dengan wajah yang kurang percaya. Kertas yang dibacanya tadi terus dihempaskan ke atas meja.

"Kau panggil salah seorang daripada mereka untuk memengsankan lelaki itu sekiranya kaki dia menjejakkan kaki ke dalam ruang rahsia kita," kata pemilik rumah itu dengan nada tegas. Geramnya hanya dia sahaja yang tahu.

"Nampaknya ada mangsa yang sudah masuk perangkap!" senyuman sinis terukir di bibirnya yang sedang memandang wajah Eun Hyuk yang dilanda gelisah itu.


BERSAMBUNG...
Selamat pagi semua.. Macam mana dengan chap ni? Have a nice day semua..

Mystery Villa ft BTS (✔)Where stories live. Discover now