JIMIN P.O.V
"Jimin? Mana patung panda itu?" tanya Taehyung menyebabkan aku yang masih melihat ruang bawah terkejut dengan pertanyaan itu lantas berkalih, memandang wajah Taehyung yang seperti resah mungkin. Aku terdiam kerana masih terkejut dengan kehilangan kelibat Eun Hyuk secara tiba-tiba sekaligus membuatkan patung panda yang dipegangku hilang bersama kelibat itu.
"Hoi! Aku tanya ni, mana patung panda yang kau pegang itu?" tanyanya sekali lagi menyebabkan aku memandangnya buat kesekian sekalinya.
"Hi-hilang," balasku ringkas. Kalau diikutkan hati ingin sahaja aku menanya kepadanya bahawa dia ada nampak kelibat Eun Hyuk melalui tangga yang dinaikinya itu atau tidak. Namun apabila difikirkan kembali, lebih baik aku mendiamkan diri buat sementara waktu dan berusaha mencari jawapan kepada kehilangan lelaki itu.
"Macam mana boleh hilang?" tanyanya. Okey, ini bermakna dia langsung tidak menyedari kewujudan Eun Hyuk sebentar tadi atau memang tidak nampak langsung kelibat lelaki itu. Tetapi, aku mesti menanyanya untuk mengetahui samada Eun Hyuk ada lalu di atas tangga itu sebentar tadi atau ia hanya sekadar ilusi aku.
"Ada sesiapa tak yang turun tangga ni tadi?" tanya aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.
"Siapa? Aku tak nampak pulak. Kenapa?" tanya Taehyung membuatkan lidah aku terus kelu. Macam mana boleh dia tidak sedar kelibat Eun Hyuk melalui tangga yang dinaiki kami?
"Tak-takde apa-apalah. Just asking," aku menjawab dengan senyuman palsu.
"Soalan aku, kau tak jawab lagi," katanya menyedarkan aku tentang soalannya yang disoal tadi.
"Aku... nanti-nantilah aku cerita kat kau. Yang penting sekarang ni, kita kena jumpa Namjoon hyung terlebih dahulu," kata aku yang tadi berada di tangga ketujuh dari atas sudah mampu memintasnya yang menoleh memandangku. Dan dia mula mengikuti langkah aku yang sudah mula bergerak naik ke tingkat atas.
END P.O.V
🔪🔪
JUNGKOOK P.O.V
Aku yang baru sahaja selesai menyiapkan diri tersedar bahawa kelibat Jimin hyung dan Taehyung hyung telah hilang setelah aku keluar dari bilik air yang berada di penjuru bilik tidur. Kata mereka, mereka ingin menunggu aku supaya dapat bersama-sama berjumpa dengan Namjoon hyung yang memegang jawatan sebagai leader kami semua. Aku mengambil langkah untuk menuju ke bilik Namjoon hyung kerana mungkin mereka berdua telah pergi ke sana tanpa menunggu aku.
Bilik Namjoon hyung terletak di aras yang sama cuma bilik kami terpisah dek terhalang oleh sebuah tangga yang akan menuju ke aras atas. Di aras itu mempunyai dua tangga. Sebuah tangga lagi berada di hujung bilik ketiga dari bilik Namjoon hyung. Hal ini bermakna, tangga tersebut berada paling hujung. Sebaik sahaja aku berada di hadapan tangga yang menuju ke aras atas, aku terdengar bunyi kaca pecah datang dari bilik atas mungkin.
Langkah aku terhenti sebentar untuk mengenal-pasti betul-betul bunyi kaca itu kedengaran. Namun lagi sekali bunyi kaca itu kedengaran. Aku sudah mula menaiki satu anak tangga dengan perasaan yang berdebar-debar. Patutkah aku menaiki tangga itu terlebih dahulu sebelum memberitahu kepada yang lain? Susahnya untuk membuat keputusan dalam keadaan genting sebegini.
Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk tidak naik ke tingkat atas. Perjalananku yang mati akibat bunyi kaca terhempas ke lantai sebentar tadi telah disambung semula menuju ke bilik Namjoon hyung. Pintu bilik Namjoon hyung aku pandang sekejap sebelum mengetuk pintu itu berulang-kali sehinggalah kelibat Jin muncul, membuka pintu tersebut. Aku terus meluru masuk setelah dipelawa olehnya.
"Kenapa ni Kookie-yah? Nampak seperti resah je," tanya Hoseok hyung yang sedang berada di atas katil sambil makan makanan ringan yang mungkin dibawanya. Biasalah, Hoseok hyung memang gemar makan makanan ringan sebagai makanan tambahan selain nasi.
"Rumah ini ada berapa buah bilik?" tanya aku yang sememangnya sudah lupa berapa bilik yang ada di dalam rumah ini.
"Sebelas. Kat aras ini ada lima dan yang selebihnya hyung tak tahu," balas Hoseok hyung selepas menyuap satu lagi makanan ringan ke dalam mulutnya.
"Kenapa kamu tanya, Jungkook?" tanya Jin hyung yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah kerusi yang berada di sebelah kanan meja bulat kecil. Sesungguhnya di dalam bilik itu mempunyai sebuah meja bulat kecil yang diatasnya diletakkan sebuah pasu bunga kecil. Manakala dua kerusi diletakkan di sebelah kiri dan kanan meja.
"Jungkook rasa ada satu bilik di tingkat atas," balas aku dengan jujurnya. Jin hyung, Hoseok hyung, Suga hyung dan Namjoon hyung memandang antara satu sama lain. Aku mengeluh kecil.
"Betul ke? Kau sure?" tanya Namjoon yang duduk di atas kerusi sebelah kiri meja bulat tersebut menyebabkan aku memandangnya sambil menganggukkan kepala.
"Hyung! Namjoon hyung! Kami ada sesuatu nak bagitahu hyung!" kedengaran suara Taehyung dan Jimin menjerit memanggil nama Namjoon hyung. Sesekali ketukan pintu kedengaran. Belum sempat Jin hyung membuka pintu, Jimin hyung dan Taehyung hyung terus merempuh pintu bilik sehingga terbuka menyebabkan kami semua terkejut. Wajah masing-masing dalam keadaan berpeluh dan penat.
"Hyung! Taehyung ada jumpa sesuatu!" hyung yang tua dua tahun dari aku berkata. Siapa lagi kalau bukan Taehyung hyung. Aku nampak wajah mereka semua seperti ternanti-nanti apa yang akan disampaikan oleh Taehyung hyung.
"Apa?"
END JUNGKOOK P.O.V
🔪🔪
AUTHOR P.O.V
"Tuan, Jimin dan Taehyung terjumpa patung ini," kata Eun Hyuk yang sedang memegang sebuah anak patung panda yang sudah lusuh. Kesan percikkan darah yang terjadi tahun lepas menyebabkan patung itu nampak kotor. Tuan yang dimaksudkan Eun Hyuk itu terus berpaling menghadapnya sambil tangannya diletakkan ke belakang.
"Letakkan patung itu ditempatnya semula. Kita tengok sampai mana kemampuan diorang untuk melepaskan diri dari sini," kata pemilik rumah yang dimaksudkan Tuan oleh Eun Hyuk itu dengan senyuman sinis di bibirnya.
"Tapi, Tuan. Mereka dah tahu sesuatu tentang tempat ini," kata Eun Hyuk nampak seperti risau. Pemilik rumah itu hanya memandang patung itu tanpa ada sedikit pun perasaan padanya. Wajahnya sukar untuk ditafsir.
"Aku tahulah apa yang aku buat! Kau buat je apa yang aku suruh!" kata pemilik rumah itu dengan suara yang tegas. Eun Hyuk serta-merta berdiam diri. Dia tidak mahu Tuan-nya mengamuk. Sekiranya itu terjadi, silap-silap hari bulan dia pulak yang dibunuhnya.
"Dah, kau boleh keluar! Jangan lupa awasi mereka. Jangan sampai mereka berbuat sesuatu yang diluar jangkaan kita," katanya lagi dan Eun Hyuk cepat sahaja menganggukkan kepalanya sebelum keluar dari bilik itu yang langsung tidak diterangi dengan cahaya. Kecuali obor yang tersangkut di kanan dan kiri dinding sebagai penujuk arah untuk keluar dari tempat itu.
Setelah kelibat Eun Hyuk hilang daripada pandangannya, senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Let's game begin," gumamnya perlahan.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Mystery Villa ft BTS (✔)
Mystery / ThrillerSebuah Villa yang menyimpan sebuah rahsia. Setiap tahun pasti akan berlakunya kehilangan seseorang di dalam Villa tersebut. Villa yang mempunyai seorang pemilik yang tiada siapa mengenali kerana tidak pernah dilihat oleh orang ramai sebelum ini...