"Jin hyung! Buka pintu ni!"
Suara Jungkook kedengaran berkumandang dari luar bilik mereka beserta dengan bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu telah menganggu tidur mereka berempat. Jin, orang pertama yang bangun terus berada dalam posisi duduk di atas katil. Manakala Hoseok, Namjoon dan Suga hanya buat-buat tidak dengar, mungkin malas mahu melayan suara Jungkook yang memanggil itu. Pintu yang masih tertutup itu terus dirempuh oleh Jungkook sehingga terbuka luas menyebabkan Jin melopon mulutnya. Terkejut! Biar betul? Kuatnya, si maknae. Namjoon, Suga dan Hoseok juga turut terkejut dan cepat-cepat bangun daripada pembaringannya dan berada pada posisi duduk di atas katil.
"Kenapa dengan korang berdua ni?" tanya Namjoon perasan Jungkook tidak bersendirian malah dia bersama Taehyung nampak seperti resah dan wajah mereka juga sudah berpeluh.
"Jimin hyung! Dia dah hilang!" kata Jungkook dengan riak wajah yang gelisah. Taehyung di belakangnya hanya mengangguk, mengiyakan apa yang Jungkook beritahu kepada mereka berempat.
"Seriously? Korang tak tipu?" tanya Hoseok yang terkejut dengan berita yang disampaikan Jungkook.
"Yup, takkanlah kami berdua nak tipu hyung? Buat masa sekarang ini, mana ada masa nak main-main!" balas Taehyung, tegas. Mana tidaknya, Jimin adalah sahabatnya yang paling rapat sekali.
"Betul jugak!" sokong Namjoon yang hanya mendengar dan memerhati sedari tadi.
"Korang dah check seluruh rumah ni? Mana tahu kalau dia ada pergi mana-mana?" Jin menyampuk percakapan mereka semua.
"Dah, semua tempat kami dah check. Tiada langsung kelibat Jimin di mana-mana," balas Jungkook.
"Okey, macam nilah. Apa kata kalau kita tunggu lagi dua jam. Selepas itu, barulah kita gerak pergi cari dia," Jin memberi cadangan.
"Hyung, Jimin hyung hilang! Takkan kita nak tunggu dia mati dulu baru nak cari," kata Taehyung, geram dengan sikap Jin yang menyuruh mereka tunggu dahulu.
"Taehyung! Janganlah biadap sangat dengan Jin hyung! Ada betul jugak katanya. Mana tahu kalau dalam masa dua jam itu, tiba-tiba Jimin datang," kata Suga tidak mahu mengeruhkan keadaan.
"Hyung, takkanlah orang yang dah hilang boleh datang sini balik!" kata Taehyung yang masih percaya seratus peratus bahawa Jimin hilang disebabkan oleh penculik di dalam rumah ini yakni pemilik rumah yang sebenar.
"Bertenang, Taehyung. Kita belum pasti lagi kan yang Jimin hilang? Bila dah lebih dua jam dia tak balik baru kita bertindak, okey?" Namjoon cuba memujuk.
"Yalah," Taehyung membalasnya dengan nada yang perlahan.
🔪🔪
JIMIN P.O.V
"Aku kat mana ni?" aku membuka kelopak mataku perlahan dan mula memegang kepalaku yang berasa pening. Aku mengerdipkan mataku berkali-kali bagi menjelaskan lagi pandanganku yang kabur ini. Mataku mula bergerak, melihat sekeliling bilik yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Eh, jap! Bilik ini! Aku ingat!
"Ini bukan ke bilik dalam mimpi aku?" gumamku perlahan pada diriku sendiri.
Bunyi pintu dibuka membuatkan aku tersentak. Dan kelibat seorang lelaki yang berjubah hitam persis lelaki yang sama di dalam mimpi aku muncul di hadapanku. Posisi berdirinya sahaja yang sedikit berbeza. Di dalam mimpi aku, dia berdiri membelakangi diriku namun sekarang dia sedang berdiri memandang aku.
"Kenapa kau culik aku? Apa salah aku pada kau?" tanya aku dengan beraninya walaupun jantung aku mula berdegup dengan kencang. Aku tak nak perkara yang berlaku di dalam mimpiku menjadi nyata di dunia realiti. Dia nampak seperti tersenyum sinis.
"Bukan kau yang salah tapi pihak polis yang salah. Siapa suruh dia hantar korang ke sini untuk menyiasat? Kan dah timpa malapetaka untuk korang bertujuh... opss... korang berenam," balas lelaki itu membuatkan aku terkejut. Macam... macam mana dia tahu?
"Kau siapa?" tanya aku.
"Aku? Tak penting pun untuk kau tahu sebab kau tak boleh putar balik masa," balas lelaki itu lagi, mula menapak ke hadapan. Jantung aku sudah mula berdegup dengan lebih laju dari sebelum ini.
"Apa kena-mengena dengan masa?" tanya Jimin, keliru. Putar balik masa?
"Kau takkan faham sebab kau bukan aku!" balasnya mengeluh. Aku semakin keliru dengan lelaki yang berada di hadapanku ini.
"Ak... aku tak faham," balas aku perlahan. Mungkin dia dengar atau tidak dengar. Satu tapak lagi dia melangkah dan aku mula dapat melihat wajahnya akibat cahaya yang muncul melalui obor-obor yang masih bernyala di sekeliling dinding.
"Kau..."
"Yup. Inilah aku yang sebenarnya," belum sempat aku menyambung ayatku, dia telah memotong percakapanku. Lidah aku menjadi kelu secara tiba-tiba apabila melihat wajahnya yang tersenyum sinis itu.
"Macam mana..." ayat aku terhenti apabila aku sudah tidak mampu menyambungnya. Aku hilang kata-kata. Tidak sangka orang yang amat dipercayai oleh aku dan kawan-kawan aku adalah dalang di sebalik semua ini.
"Aku kena pergi sebab nanti mereka cari aku. Bye! Hahaha..," katanya dengan wajah yang gembira. Di akhir ayat, dia sempat tergelak. Gembira mungkin sebab telah perangkap aku. Lalu dia berlalu pergi, meninggalkan aku sendirian di dalam bilik ini. Aku kena selamatkan mereka sebelum dia bertindak lagi. Aku tak boleh biarkan semua itu berlaku. Aku tak nak sahabat-sahabat aku terlalu mempercayainya dan mula masuk perangkap harimau yang berpura-pura menjadi kucing. Aku melihat sekeliling.
Mana pintu masuk?
END JIMIN P.O.V
🔪🔪
"Eun Hyuk!"
"Ya, Tuan!" Eun Hyuk yang sedang duduk-duduk di atas kerusi yang dihadapannya mempunyai sebuah meja terus berdiri apabila lelaki yang bertemu dengan Jimin sebentar tadi memanggilnya dan mula berjalan mendekatinya. Novel yang berada di tangan Eun Hyuk terus diletakkan di atas meja untuk memberi fokus kepada apa yang bakal lelaki itu memberitahunya.
"Aku nak kau perhatikan dia supaya dia tak terlepas. Arasseo?" Eun Hyuk hanya menganggukkan kepalanya.
"Kalau terlepas, siap kau!" sambungnya lagi dengan amaran yang tegas. Sekali lagi Eun Hyuk menganggukkan kepalanya.
"Kenapa tuan tak bunuh je dia tu?" tanya Eun Hyuk inginkan jawapan setelah mereka berdiam diri buat beberapa minit.
"Tak boleh!" balas lelaki yang merupakan pemilik rumah itu. Eun Hyuk mengerutkan dahinya, tidak faham. Kenapa tak boleh?
"Sebab aku nak sahabat-sahabat dia saksikan sendiri pembunuhan yang akan berlaku ke atasnya," balas lelaki itu bagaikan tahu apa yang disoalkan Eun Hyuk sebentar tadi dengan senyuman sinis.
Sesungguhnya, dia tidak sabar untuk melihat reaksi sahabat-sahabatnya apabila dapat tahu bahawa dia-lah dalang yang sebenarnya dan dia-lah penyebab 12 orang lelaki yang hilang setahun lepas meninggal dunia. Dia juga tidak sabar mahu melihat wajah ketakutan mereka.
"Tunggulah balasan korang nanti," katanya dengan nada sinis sebelum berlalu pergi meninggalkan Eun Hyuk yang masih berdiri tercegat di sisi meja kerjanya.
BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
Mystery Villa ft BTS (✔)
Mystery / ThrillerSebuah Villa yang menyimpan sebuah rahsia. Setiap tahun pasti akan berlakunya kehilangan seseorang di dalam Villa tersebut. Villa yang mempunyai seorang pemilik yang tiada siapa mengenali kerana tidak pernah dilihat oleh orang ramai sebelum ini...