"Silakan duduk semua," Eun Hyuk bersuara tatkala kelibat mereka bertujuh muncul di ruang makan tersebut. Mereka bertujuh mula berjalan menuju ke arah meja makan yang terletak di tengah-tengah ruang itu lalu duduk di atas kerusi yang empuk lagi selesa. Jimin, orang terakhir yang bergerak menuju ke meja makan kerana masih teringat peristiwa petang tadi. Dimana patung panda yang dipegangnya telah hilang bersama kelibat Eun Hyuk. Dan Taehyung tidak nampak akan kelibat itu.
"Memandangkan korang semua baru sahaja tinggal di sini, saya ingin memberitahu beberapa peraturan yang perlu dipatuhi ketika korang berada di dalam rumah ini. Peraturan yang kamu tidak boleh langgar walau satu pun. Jika itu berlaku, kamu akan dikenakan denda yang amat dikesali," kata Eun Hyuk memulakan bicaranya. Hye Jin yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri.
"Peraturan? Peraturan apa?" tanya Jin yang kebingungan itu. Eun Hyuk yang masih berdiri bagi memberi penerangan kepada tujuh penyiasat itu menghiasi bibirnya dengan senyuman sinis.
"Ada beberapa peraturan yang kamu perlu patuhi. Yang pertama, kamu semua tidak dibenarkan memasuki bilik selain daripada lima bilik yang berada di aras yang sama dengan bilik kamu. Kedua, jangan sesekali menaiki tangga menuju ke aras atas sekali. Ketiga, kamu semua tidak dibenarkan keluar daripada bilik pada pukul 12:00 malam dan ke atas. Keempat, jangan keluar daripada rumah ini tanpa kebenaran daripada pemilik rumah ini sendiri. Okeylah, itu sahaja peraturan yang kamu perlu patuhi buat masa sekarang ni. Kalau ada apa-apa soalan, silalah bertanya kepada kami berdua," panjang lebar penerangan Eun Hyuk kepada mereka semua.
"Macam mana nak minta kebenaran daripada pemilik rumah ini sekiranya kami tak tahu siapa dia?" tanya Jungkook, si maknae kehairanan.
"Sebab itulah kami meminta korang semua berkumpul di sini. Pemilik rumah ini akan tiba tak lama lagi," balas Hye Jin dengan senyuman sinis.
"Hah?" mereka semua nampak seperti terkejut. Mungkin tidak sangka akan bertemu dengan pemilik rumah itu.
Tiba-tiba, pintu ruang makan itu terbuka dengan sendirinya dan muncul-lah seorang lelaki yang berkacamata hitam disertakan dengan topi hitam besar di atas kepalanya. Sesungguhnya ruang makan untuk menjamu selera ini bagaikan sebuah bilik yang besar : dimana ia hanya dipenuhi dengan meja makan yang diletakkan di tengah-tengah ruang besar itu. Ruang makan itu juga berada di ruang bawah tanah. Banyak juga ruang rahsia yang masih tidak diketahui mereka.
"Akulah pemilik rumah ini! Lee Jong Suk imnida," kata lelaki tadi, berdiri di muka pintu setelah menutup pintu itu kembali. Kemudian, dia mula berjalan di kerusinya yang terletak di hadapan meja makan itu. Kerusi yang melambangkan dia-lah tuan rumah tersebut.
"Jadi, korang semua bolehlah minta kebenaran kepada dia jika mahu keluar ke mana-mana," kata Hye Jin seraya tangannya menunjukkan kepada Jong Suk yang sedang duduk di atas kerusi yang berada di sebelahnya.
Pemilik sebenar rumah itu tersenyum sinis. Tidak sabar mahu melihat apa tindakan mereka seterusnya.
🔪🔪
NAMJOON P.O.V
"Korang semua tak rasa something weird ke?" tanya Hoseok apabila kami semua melakukan perjumpaan pada malam ini. Jungkook, Taehyung dan Jimin datang ke bilik kami jadi secara automatic-nya aku membuat perjumpaan tidak rasmi ini. Aku memandang wajah Hoseok, meminta jawapan daripadanya.
"Aku pun ada rasa macam tu. Perlu ke kita minta kebenaran untuk keluar dari rumah ini?" balas Jin yang duduk di sisi katil. Aku mengerlingnya sekilas.
"Aku tak rasa yang itu pelik sebab memang patut pun kita minta kebenaran, kan? Ya lah, bayangkan kalau terjadi apa-apa pada kita. Siapa yang susah? Confirm mereka yang susah, nak kena jawab dengan pertanyaan daripada pihak polis lagi," balas aku yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.
"Tak! Tak! Aku rasa apa yang Jin hyung katakan adalah benar. Katakanlah kalau kita dah nak balik hari ini lepas itu takkan kita kena minta izin juga dengan Jong Suk tu," kata Jungkook.
"Betul jugak!" sokong Hoseok sambil mengunyah makanan ringan yang dibawanya. Mungkin.
"Lagipun pertumpahan darah pernah berlaku dekat sini, kan?" sampuk Taehyung yang nampak seperti berfikir panjang. Mungkin teringat kejadian petang tadi. Mereka berdua telah menceritakan kepada kami semua tentang patung panda yang dijumpai mereka itu.
"Berita itu belum pasti, kan?" balas aku, membantah.
"Memanglah tapi hyung tak rasa pelik ke dengan kehilangan mereka dua belas orang secara tiba-tiba? Yang paling pelik adalah mereka datang ke sini terlebih dahulu sebelum hilang tanpa khabar berita," balas Jimin.
"Ada benar jugak kata kau itu tapi kita kena cari bukti yang dua belas orang itu mati di sini. Kita kena cari mayat diorang terlebih dahulu atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan mereka," balas aku yang sentiasa berpegang teguh kepada bukti yang kukuh daripada omongan yang kosong.
"Okey, aku setuju! Tapi bila nak mula?" tanya Suga bersemangat bab-bab mencari bukti ini.
"Esok-esok jelah. Lagipun dah nak dekat pukul 12 malam ni," kata aku sambil mataku mengerling ke arah jam tangan yang tersarung pada tangan kananku.
"Kenapa dengan pukul 12 malam sebenarnya?" tanya Jungkook lebih kepada ingin tahu. Si maknae yang seorang ini selalu sahaja ada soalan yang ingin ditanyakan.
"Entahlah. Hyung pun tak tahu. Korang bertiga masuklah dulu dalam bilik. Esok, kita sambung balik. Okey?" Jimin, Taehyung dan Jungkook hanya menganggukkan kepala mereka apabila aku menyuruh mereka berlalu ke bilik. Sebenarnya, aku risau dengan kata-kata Eun Hyuk. Aku yakin denda yang dikatakannya adalah denda yang membahayakan nyawa kami.
"Kalau korang semua merayau tepat-tepat pukul 12 malam, korang akan didenda dengan teruk sekali. Korang nak ke kena denda macam budak kecil?" kata-kata Eun Hyuk sentiasa bermain di mindaku. Aku hanya mampu berharap supaya mereka bertiga selamat sampai ke bilik.
END NAMJOON P.O.V
🔪🔪
"Mereka semua dah tidur?" tanya pemilik rumah tersebut apabila jam di atas mejanya sudah mencecah angka tepat 12 malam. Eun Hyuk hanya menganggukkan kepalanya menandakan bahawa dia sudah selesai memeriksa mereka semua yang wajib tidur sebelum pukul 12 malam. Mungkin mereka bertujuh sedang enak dibuai mimpi yang indah. Pemilik rumah tersebut menganggukkan kepalanya sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia tidak sabar ingin melihat mereka semua mati di dalam genggamannya.
"Dah, kau boleh pergi! Tapi ingat, pastikan tiada seorang pun daripada mereka merayau-rayau. Kalau ada yang merayau-rayau, tangkap je mereka dan bawa kesini!" kata pemilik rumah dengan suara yang tegas. Suatu hari nanti, mereka pasti akan mengetahui identitinya yang sebenar. Sekali lagi, dia tersenyum sinis.
"Baik, tuan!" Eun Hyuk membuat tanda tabik pada tuannya persis seorang anggota polis sebelum berlalu pergi. Pemilik rumah tersebut hanya menganggukkan kepalanya ; mengizinkan.
Bingkai gambar yang mempunyai foto ahli BTS diperhatinya.
'Korang takkan terlepas!' desis hatinya.
BERSAMBUNG...
Adakah Jong Suk benar-benar pemilik rumah tu? Jemputlah baca, ye.. Happy reading.. And last chapter for today.. Esok sy update, k? ヽ('▽`)/
YOU ARE READING
Mystery Villa ft BTS (✔)
Mystery / ThrillerSebuah Villa yang menyimpan sebuah rahsia. Setiap tahun pasti akan berlakunya kehilangan seseorang di dalam Villa tersebut. Villa yang mempunyai seorang pemilik yang tiada siapa mengenali kerana tidak pernah dilihat oleh orang ramai sebelum ini...