NKK4

87 13 0
                                    


cuti pertengahan tahun dah nak habis. Naufal tidak banyak membuat ulangkaji. kalau ada pun, dia cuma belajar fizik, fizik dan fizik sahaja kerana hanya pelajaran tu sahaja yang dia suka dan mudah faham berbanding biologi dan kimia. pun begitu, subjek azhari juga dia tidak lupa untuk hafaz dan mencari maksud. adapun, Afif juga rajin membantunya. semasa hari cuti yang ketiga, Afif datang ke rumahnya dengan motorsikal.

"jauhnya, Pip. gigih kau datang sini kan. ada lesen ke tu?" tanya Naufal.

"tak."

"ei, kau suka hati je kan jalan jauh jauh tak ada lesen." bebel Naufal. Afif tersengih sahaja.

"alaa, lek lah bro. gua datang dengan niat baik nak ajar lu azhari. bersyukur sikit boleh tak?" balas Afif.

"kepala otak, kau. haa...ni makannya." Naufal menghantuk bekas penselnya ke kepala Afif. Afif mengaduh lalu mengusap usap kepalanya. "niat tak menghalalkan caralah, setan." sambung Naufal.

"sakit, bongok." marah Afif masih lagi mengusap kepalanya.

"biar sakit. kalau ada apa apa jadi kat kau macam mana? siapa jugak yang susah hati nanti? aku jugak. kau tu mana ada kawan lain." kata Naufal. Afif mencebik.

"kau ni, serupa Hanani. membebel. tak habis habis nak kongkong aku." kata Afif. Naufal terdiam. Afif terkedu. Afif perasan perubahan pada wajah Naufal. "aa..aaku, sori." kata Afif.

"dah lah. bak sini buku tauhid feqah kau. aku nak salin terjemahan." pinta Naufal.

"haa, ambil ambil." Afif menolak laju bukunya. nasib baik Naufal tak meroyan macam dia meroyan dekat Amry. dalam hati Afif sangat lega kerana tidak diluku Naufal.

Naufal menghela nafas teringatkan hari itu. dia tak marahkan Afif sebab sebut nama Hanani. lagipun, Afif dengan Hanani memang rapat pun sebagai seorang sepupu.
'apa yang Hanani buat sekarang?' bisik hati Naufal. nak tanya Afif malu. mesti kena bahan punya dengan mamat tu. acah marah tapi masih simpan harapan. Naufal membongkokkan diri. cadar tilam diselak. Naufal menggapai satu kotak sebesar kotak kasut dari bawah katilnya lalu meletakkan di atas meja belajar. surat tahun lepas dikeluarkan.

hai, Naufal? saya Hanani. panggil Nani. Afif dah cerita pasal awak. betul ke Afif kata awak suka saya? tapi, apa apa pun, jangan salahkan Afif. dia cuma bagitahu apa yang patut dia bagitahu. lagipun, Afif tu cousin saya. awak tak payah malu dehh. saya tak kisah pun. saya pun suka awak. emm, apa pun selamat berkenalan. :)

surat pertama Hanani kepadanya.

er, betul ke awak tak kisah? emm...Afif cerita apa lagi dekat awak?

balasan dari Naufal pada surat yang sama.

whatsapp saya malam ni. saya tahu awak bawak phone.

soalan Naufal dibalas dengan nombor telefon. malam tu, Naufal terus menyimpan nombor telefon Hanani dalam telefonnya. aplikasi whatsapp dibuka dan dicarinya nombor Hanani.

N : hai. assalam...

H : wassalam...hei, Naufal?

N : haah. awak save nombor saya ya. okaylah, tuje. bai. nanti saya mesej lagi. esok sabtu kan? budak asrama tak prep.

H : hahaa...okay. ouhh bai.

Naufal menyimpan telefon bimbitnya dan mula mengulangkaji pelajaran. penilaian menengah rendah tak lama lagi. esoknya...

pagi sabtu, pelajar asrama macam biasa akan ada prep seawal jam sembilan pagi sehingga pukul 12 tengahari. ada yang mengambil kesempatan untuk tidur. Naufal juga selalu begitu tapi, tidak untuk hari itu. dia mengeluarkan telefon bimbit.

NAUFAL:KEDUA KALIWhere stories live. Discover now