Adi memandang Izzat tanpa sebarang kata. Izzat jadi tidak senang duduk kerana diperhati sebegitu. Adi menghela nafas lemah kemudian bangun beredar dari kelas. Adi rasa bersalah dengan apa yang telah dia buat ke atas Naufal. Memang Adi marah semasa dapat tahu cerita sebenar daripada Izzat bahawa Naufal yang mula dahulu, menumbuknya. Menurut Izzat, Naufal seperti hilang kawalan ketika itu. Naufal menunduk hiba selepas melepaskan tumbukan ke arah Izzat dan beberapa pukulan lain. Jadi, untuk mengelak dipukul lagi, Izzat terus bangun dan menumbuk perut Naufal sehingga Naufal melayang ke dinding dan saat itulah Adi datang.
Adi yang nampak seperti cepat naik angin dan payah bersabar itu terus merancang mahu membuat serangan balas kerana dia rasa yang Naufal sudah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Sebelum ini, selepas beberapa lama Izzat meninggalkan usrah, Adi semakin rapat dengan Naufal dan semakin berjauhan dengan Izzat. Naufal banyak memberi nasihat tentang ilmu agama, membantu dalam pelajaran dan banyak mengajar dia bersabar dengan mengatakan bahawasanya ujian Nabi jauh lebih sukar nak dibandingkan dengan mereka.
"Saya menyesal, ustaz. Saya tahu saya terlalu ikutkan perasaan marah ni. Sa...saya kecewa dengan apa yang Naufal buat dekat Izzat sampai teruk saya kerjakan dia. Ustaz, ustaz hukumlah saya." Adi menunduk tidak mahu bertentang mata dengan Ustaz Mustakim. Tadi, dia keluar kelas dan membuat keputusan mengaku kesalahannya kepada Ustaz Mustakim kerana guru itu yang selalu dilihat bersama Naufal.
"Hmm, Adi. Ustaz pun tak tahu nak cakap apa. Sampai buta Naufal kamu kerjakan. Nasib baik, masih boleh dirawat. Kamu tahu kan perbuatan kamu ni juga boleh dikatogerikan sebagai membuli dan kamu boleh dihukum gantung sekolah. Ustaz tak mahu campur urusan kamu. Perihal ini, ustaz terpaksa bawa ke pihak atasan. Bergantung kalau nasib kamu baik, kamu mungkin dilepaskan. Kamu pergilah masuk kelas. Sekarang kan waktu belajar."
"Us..us..ustaz, Naufal buta?"
"Kedua-dua matanya ditumbuk dengan kuat. Kamu rasa?" Adi menunduk. Adi kemudian melangkah longlai menuju ke kelas. Guru yang sedang mengajar memandang Adi. Adi hanya menunduk hormat dan duduk di tempatnya. Izzat memandang Adi pelik.
"Asal?" tanya Izzat.
"Naufal buta." Izzat tersenyum sinis. Hatinya serasa puas.
"Heh, balasan dia. Padan muka." gumam Izzat. Adi yang mendengar berang.
"Kau tahu tak pasal siapa dia buta?!" Adi menekan suaranya namun tetap cuba dikawal kerana guru dihadapan masih ralit mengajar.
"Yang pasti bukan aku." jawab Izzat dengan muka yang tidak beriak. Adi menyeret kerusi kebelakang dengan kuat.
"Kau kata apa?!" Adi menjerit. Leher baju Izzat dicengkam memaksa Izzat bangun. Mereka memandang antara satu sama lain dengan perasaan marah. Izzat tanpa menunggu lama terus menolak Adi.
"Memang salah kau! Kau yang tumbuk dia! Kau yang buat dia buta! Kau!" Adi terdorong ke belakang. Semua murid sudah menjauhi mereka. Guru yang mengajar tadi menyuruh ketua kelas memanggil guru disiplin.
"Arghh!" Adi menumbuk Izzat. Izzat membalas. Adi memegang rahangnya yang sakit.
"Selepas apa yang Naufal dah buat dekat kau, aku ingat aku yang salah menilai. Aku back up kau sampai Naufal buta. Tapi, kau? Kau salahkan aku? Lepas semua benda kita dah sepakat petang tu, kau masih salahkan aku seorang?!" kata Adi tanpa selindung biarpun disekelilingnya banyak mata dan telinga yang menjadi saksi. Mulalah suara-suara halus menerjang telinga. Ada yang tidak percaya dengan apa yang berlaku.
"Memang salah kau! Kalau aku terlibat pun, aku tak tumbuk dia sampai buta!" Izzat pun turut meninggikan suara.
"Kau ni!" Adi melayangkan tumbukan lagi. Izzat ditolak jatuh ke lantai. Adi mengambil peluang duduk di atas badan Izzat dan memukul mukanya berkali-kali. Izzat hanya mampu mengelak dan sesekali terkena tumbukan Adi. Suasana semakin kecoh kerana kali ini satu suara garau menerjah mereka berdua. Adi merengus kasar sebelum dia ditarik oleh sepasang tangan untuk memisahkan badannya dari badan Izzat. Tanpa sebarang bicara, sepasang tangan tadi menarik Adi keluar dari kelas diikuti Izzat dan seorang guru lelaki. Itu, Cikgu Syazlan. Cikgu disiplin.
YOU ARE READING
NAUFAL:KEDUA KALI
Teen FictionNaufal Azhan pernah tersilap dulu. "kamu dah rugikan satu peluang. sekarang peluang kedua dah datang. jangan biar emosi dan ego kamu meruntuhkan segala galanya. kamu harus matang." -Pak Yop. "aku mesti teruskan dengan niat ni. aku mahu berubah."...