NKK12.

47 5 0
                                    


Pagi esoknya, semua murid muslim sibuk bertanya kesahihan tentang usrah dibatalkan pada pagi tu. Mereka yang percaya duduk di dalam kelas dan mengulangkaji pelajaran.

Ada yang tak tahu masih duduk di dataran menunggu naqib masing-masing.

"Woi, batal lah. Naik kelas lah."

"Entah. Duduk tunggu sini lagi buat apa?"

Naufal yang baru turun dari bilik kaunseling untuk mengambil fail kehadiran murid jadi pelik kerana ramai yang naik ke kelas. Melihat dataran yang agak 'berterabur' membuatkan Naufal mejadi bingung. Terdapat beberapa orang naqib dan naqibah juga sedang menyuruh murid-murid naik ke kelas.

'Kenapa semua naik kelas?' getus hati Naufal. Naufal turun untuk bertanyakan apa masalahnya kepada para naqib yang ada.

"Hassan!" Hassan datang menerpa ke arah Naufal sambil berlari anak.

"Weh, aku dah suruh budak-budak naik kelas. Insya Allah tak ada sesiapa yang merayau dah. Asal bagitahu yang usrah batal lambat? Tiba-tiba pulak tu. Ramai tak tahu pagi ni tadi. Aku pun baru tahu tadi Khalid bagitahu.Yelah, bukan semua orang baca whatsapp kelas sendiri. Aku sendiri pun tak join group kelas." kata Hassan. Naufal mengerutkan dahi.

'batal? usrah?'

"A..apa kau cakap ni, Chan. Aku tak faham lah."

"Haa? Apa yang kau tak faham? Usrah batal."

"Batal?"

"Aik? Kau ni kenapa? Kan Ustaz Mustakim kata usrah batal. Kau ketua Badar pun mesti tahu kan?" Naufal menggeleng. Tanpa berlengah Naufal terus berlari naik ke bilik guru lelaki untuk bertemu dengan Ustaz Mustakim sendiri.

(Sementara itu di kelas 5A)

Izzat masuk ke kelas dalam keadaan termengah-mengah.

"Korang, ketua badar tu suruh turun."

"Hah?" semua murid dalam kelas 5A mengeluh. Weh, Harith...Naufal mintak tolong kau bagitahu dekat kelas lain sekali. Semua form." Harith yang kepelikan itu akur sahaja dan terus pergi ke kelas lain.

Sikit-sikit murid yang turun ke dataran. Mereka semua sudah berkumpul untuk menunggu arahan ketua kerohanian iaini Naufal.

"Hai, Izzat. Apa cer kau ni? Awal pulak datang...Selalu usrah dah habis, kelas dah start baru kau muncul." tanya Adi dengan nada memerli.

"Aku datang awal sebab semalam kan diorang kata usrah batal. Tapi, tadi masa aku datang tetiba aku terserampak mamat tu dia suruh aku panggil semua budak muslim kata usrah berjalan macam biasa. Mencarut do aku masa tu."

"Naufal? Seriuslah. Dia sendiri bercakap dengan kau?"

"Ya. Semalam pun dia jumpa aku masa rehat. Sibuk seru aku join usrah. Memang tak lah. Aku halau dia." Izzat membuat muka marah tapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

"Uish! Gigih mamat tu..." kata Adi. Izzat tersenyum sinis. Izzat memandang jam tangan. Sudah pukul 7:25 pagi. Izzat memulakan lakonannya. Izzat mengibas-ngibas kolar baju sekolahnya.

"Weh, ada ke tak ni? Tadi ye ye suruh aku panggil semua budak. Ni masalahnya, batang hidung dia pun tak nampak." Izzat mengomel sendiri.

"Haahlah. Dah lama sangat ni. Kau ni betul ke Naufal yang suruh turun ni?" tanya Adi skeptikal.

"Betullah. Naufal ada dengan Hassan tadi. Tak percaya kau tanyalah Hassan." jawab Izzat seolah-olah dia tidak menipu. Tapi, memang betul dia nampak Naufal dan Hassan sedang bersembang bersama di hadapan tangga. Lama-lama kedengaran keluhan murid-murid.

"Weh, mana ni?"

"Cepatlah...penat seh tunggu. Panas!"

"Aduh...bapak prank orang je."

"Ish! Lain kali cakaplah betul-betul. Puasa-puasa macam nilah nak buat orang sakit hati."

Para naqib yang lain juga turut pelik dengan apa yang berlaku hari ini. Dari jauh, Hassan termenung memikirkan sesuatu. Hassan mengambil jalan untuk mencari Naufal. Dia tahu lokasi utama Naufal pasti bilik guru lelaki.

"Assalamualaikum." Hassan menolak pintu dan meninjau ke dalam bilik guru lelaki tersebut. Ya, Naufal memang ada di situ.

"Minta maaf, ustaz, Naufal. Tapi, murid-murid dah lama tunggu dekat bawah. Waktu PnP pun dah nak bermula ni." kata-kata Hassan membuatkan Ustaz Mustakim dan Naufal memandang antara satu sama lain dengan pandangan pelik.

"Diorang tunggu apa?" tanya Naufal.

"Hah? Hmm, tadi selepas je semua orang dah naik sebab usrah batal, tiba-tiba tak sampai beberapa minit selepas kita berborak tu, aku naik kelas tengok diorang semua nak turun balik. Aku tanya diorang. Diorang kata, Izzat cakap yang kau suruh dia bagitahu semua budak yang usrah jadi." terang Hassan panjang lebar.

"Izzat?"

"Haah."

"Bila masa pulak aku jumpa Izzat? Dari tadi aku ada dekat sini dengan ustaz. Kan, ustaz kan?" Ustaz Mustakim mengangguk sahaja sambil mendengar perbualan mereka berdua.

"Ohh..." Hassan kaget sedikit.

"Hmm, habis tu macam mana sekarang?" tanya Hassan lagi.

"Ustaz?" Naufal memandang ustaz untuk meminta kepastian.

"Takpe, kamu berdua ikut ustaz. Hassan ambil loud hailer dekat bilik kaunseling." arah Ustaz Mustakim. Hassan mengangguk dan terus berlari keluar menuju bilik kaunseling. Ustaz Mustakim dan Naufal turun ke dataran. Semua murid memandang mereka dengan wajah kesal. Ada segelintir pelajar yang marah-marah sambil menyebut nama Naufal. Hassan juga sudah sampai dengan loud hailer di tangan.

"Assalamualaikum. Minta maaf ya, pelajar. Ustaz rasa di sini ada salah faham. Sebenarnya usrah tak dibatalkan. Tapi, pagi tadi ya ustaz dapat aduan dari ketua Badar yang ada antara kamu naik kelas dengan alasan usrah batal dan secara tiba-tibanya ada juga ura-ura mengatakan usrah jadi balik dan sebab itu kamu di sini. Baik. Pelajar, ya. Ustaz pun tak pasti siapa yang kata usrah dibatalkan ya, sebab menurut pihak kami memang tak ada masalah yang menyebabkan usrah terpaksa dibatalkan. Jadi, pelajar. Segala kesulitan ni harap dimaafi. Ustaz dan pihak badar minta maaf andai ada yang tersinggung dengan apa yang berlaku hari ini. Insya Allah, ustaz akan pastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi." terang Ustaz Mustakim panjang lebar.

"Naufal!"

"Eh, tak tak. Ini bukan salah Naufal. Jangan salahkan dia. Dia pun tak tahu benda cenggini akan jadi. Okay, pelajar kamu dibenarkan masuk ke kelas semula." Semua murid akur dengan arahan Ustaz Mustakim. Naufal tunduk kesal.

'Izzat...'



NAUFAL:KEDUA KALIWhere stories live. Discover now