Naufal membelek-belek Al-quran pemberian Pak Yop. Walaupun mengikut pengakuan Pak Yop yang bahawasanya Al-quran itu sudah lama, pada penampakannya Al-quran itu masih utuh dan tiada koyak dimana-mana bahagian. Naufal sedikit kagum. Belekan bermula dari awal surah Al-Fatihah kemudian disambung dengan Surah Al-Baqarah. Penanda pertama dikenal pasti."Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman."
(Al-Baqarah:8)
'Ouch...Sakitnya tuh di sini.' gumam Naufal. Naufal menutup kitab tafsir tersebut. Dia meletakkan kitab tersebut di atas meja belajarnya. Fikirannya mula menerawang jauh.
'Apa Izzat fikir tentang aku?'
Naufal mendapat idea.
"Mak! Azhan nak pergi kedai buku sebelah mamak kejap!" jerit Naufal dari dalam bilik. Puan Husna tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik Naufal.
'Hmm, nak beli apa?" tanya Puan Husna.
"Naufal nak cari sticky note."
"Ohh, haa pergilah."
"Mak ada nak pesan apa-apa?"
"Haa, ada. Mak nak pesan hati-hati jalan tu."
"Ehheee..."
Selepas menyalami Puan Husna, Naufal melangkah keluar dari rumah dengan hanya memakai baju form tahun lalu dengan seluar tracksuit hitam. Duit dalam tangan digenggam kemas. Telefon bimbit dalam poket seluar, terhuyung-hayang mengikut gerakan kakinya.
Sampai di kedai buku yang dihajatkan dia terus mencari sticky note bersaiz 14mmx24mm. Usai, dia mahu pulang ke rumah semula.
"Pin...pin..." Naufal menoleh memandang gerangan yang barusan melepaskan hon kepadanya. Itu anak Pak Yop yang memandu teksi semalam. Mukanya nampak muram sedikit.
"Dik..."
"Ya, bang?"
"Kau ikut aku. Kau nak jumpa ayah kan?"
"Ohh, haa. Tapi, kenapa tiba-tiba? Pak Yop okay ke?"
"Dia...kritikal."
"Huh?" Naufal jelas terkejut dengan apa yang dia dengar.
"Masuklah." Naufal mengangguk dan terus masuk duduk di sebelah pemandu. Telefon bimbit dikeluarkan dan terus nama Puan Husna dia dail.
"Hello, mak. Emm, Azhan on the way hospital."
"Tak, Azhan, okay. Pak Yop..."
"Haah, Sabak Bernam."
"Okay. Waalaikumusalam." Susur jalan yang dilalui seolah-olah kosong. Dia takut untuk membayangkan sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku ke atas Pak Yop.
"Sebenarnya, ayah tak kasi aku bagitahu sesiapa pasal sakit dia."
"Huh? Habis tu semalam yang..."
"Aku tipu. Dia sebenarnya ada kanser paru-paru tahap empat. Memang tipulah kalau dia sakit tua, padahal umur dia baru awal 50-an. Tapi, who knows kuasa Tuhan kan." kata anak Pak Yop. Naufal hanya diam. Air mata mahu tumpah, namun ditahan. Mana tidaknya, Pak Yop dia sudah anggap seperti bapanya sendiri.
"Dah lama dia kena. Sejak aku sekolah lagi. Dulu dia boleh survive lagi selepas pembedahan, tapi tak sangka pula muncul balik kanser tu." sambung lelaki itu lagi. Naufal masih begitu, masih diam. Nampaknya, perkarangan hospital sudah dijejak. Naufal mengikut sahaja langkah anak lelaki Pak Yop yang tidak diketahui nama itu ke wad yang berkaitan.
YOU ARE READING
NAUFAL:KEDUA KALI
JugendliteraturNaufal Azhan pernah tersilap dulu. "kamu dah rugikan satu peluang. sekarang peluang kedua dah datang. jangan biar emosi dan ego kamu meruntuhkan segala galanya. kamu harus matang." -Pak Yop. "aku mesti teruskan dengan niat ni. aku mahu berubah."...