NKK8.

60 8 0
                                    

tengahari selasa cukup bahang dengan cahaya terik matahari. sudah tiga hari bulan puasa membuka tirai. Naufal sekarang sedang duduk menunggu ketibaan bas di perhentian bas berdekatan taman perumahannya. Naufal hanya membawa beberapa helai pakaian dan beberapa buah buku azhari dengan hanya menyumbat kedua-dua barang tersebut ke dalam beg sekolah jenama adidasnya.

akhirnya bas yang ditunggu-tunggu Naufal pun tiba. dia mendaki tangga bas dengan tenang dan memasukkan not dua ringgit ke dalam kotak besi kelabu dan menarik tiket yang terkeluar dari kotak berwarna biru pula. Naufal memilih tempat duduk di tempat paling belakang hujung sebelah kanan. beg sekolahnya dibuka dan diletakkan di atas peha. telefon bimbit dihidupkan. ada mesej dari Afif pada dua puluh minit yang lepas. Naufal tak perasan langsung noti tersebut tadi.

A : dah gerak ke, bro?

N : baru sangat bro. tak panas punggung lagi. bas lambat.

*sent.

A : okay, hati2

N : 👌

Naufal mulai kebosanan kerana tidak tahu mahu berbuat apa dalam bas yang hanya berhenti mengambil dan mengeluarkan orang sahaja dari tadi. tempat duduk sebelahnya pula kerap dihuni seketika oleh orang yang berlainan. mata sudah kuyu memandangkan waktu menujukkan jam 12 tengahari.

Naufal tertidur.

🍂

pintu pagar tersebut terbuka dengan sendirinya. Naufal kini berada di hadapan rumah Afif. rumah Afif memang besar kerana rumahnya terletak di taman perumahan elit di sini.

"eh, epal! masuklah..." ajak Afif. Naufal mencebik.

"kau pahal panggil aku epal?" tanya Naufal berang. Afif terkekeh gelak.

"aku gurau je bro...alaahaiii..." Naufal hanya senyap. Afif memaut bahu Naufal dan terus Naufal dibawa masuk ke dalam rumah. Naufal tak terkejut dengan suasana rumah Afif sebab ini bukan kali pertama dia bermalam di rumah kawan baiknya itu. masuk ini sudah lebih tiga kali sejak masuk tingkatan satu lagi mereka sudah rapat.

"hai, Naufal. okay naik bas?" tegur mak Afif, Puan Hayati. Naufal tersenyum manis.

"okay, umi. cuma penat sikit sebab bulan puasa kan." jawab Naufal. ya, Naufal memanggil Puan Hayati umi kerana sudah menganggap Puan Hayati sebagai ibu kandungnya sendiri.

"haa, yelah. lagipun sekarang ni memang panas. emm, dengar cerita kamu pindah sekolah ya, nak?" tanya Puan Hayati. kini mereka sedang duduk beramai-ramai di sofa ruang tamu rumah Afif.

"haah. Naufal pindah area kuala selangor. smk harian, umi. Afif mesti dah cerita kan?" balas Naufal ramah.

"yelah. umi risau jugak Afif tu mana ada kawan lain selain kamu. Hanani pun dah pindah. tinggal dia seorang saja." kata Puan Hayati. Naufal mengangguk. Naufal mulai rasa yang dia punca segala-galanya.

"alaa, apa umi cakap macam tu. Afif okay je lah. Afif boleh survive kalau diorang takde pun." sampuk Afif sambil memandang Naufal dengan pandangan sukar ditafsir.

"hmm...yelah, Afif. macamlah umi tak kenal kamu. eh, dah lah. umi banyak kerja ni. nak masak lagi." Puan Hayati bangun dan meninggalkan Afif dengan Naufal berdua di sofa.

"bro. kau jangan terasa pulak." kata Afif.

"mana ade. biasa je ni." jawab Naufal.

"hakalah, macamlah gua baru kenal lu semalam...." balas Afif. dia kemudian bangun dan mengajak Naufal masuk ke dalam bilik untuk menyiapkan katil dan apa yang patut untuk Naufal bermalam di rumahnya.

"Naufal, nanti kita pergi bazaar nak? beli kuih kesukaan kau dengan aku tu." Afif memandang Naufal dengan muka teruja habis. Naufal tersengih senang.

"kosui?" tanya Naufal sambil menegangkan cadar katil yang bakal dia gunakan untuk tidur. katil ini milik abang Afif sebetulnya. namun, abangnya itu tak balik cuti pun memandangkan abang Afif si Aniq tu belajar jauh di negeri bawah bayu sana.

"haa! ya...sedapnya, woi." Afif menjilat-jilat bibir dengan air liur meleleh. eh tak, tipu je.

"ha! puasa ke tak tu? makruh ah fikir makanan." tegur Naufal. Afif mencebik.

"mazhab apa syal kau pakai. salah ke aku fikir nak makan apa je pun, bukan aku makan. ha? salah ke?" Afif tidak mahu mengalah. keningnya diangkat berkali-kali. Naufal menggeleng kepala.

"hei, kau ni. dah kalau sampai menceces air liur tu, tak ke makruh. entah-entah dah batal. bhahaha..." Afif cepat-cepat mengelap bibirnya. Naufal terkekeh gelak sambil perutnya ditekan-tekan. lucu.

"mana ada air liur..." kata Afif. ketawa Naufal meletus lagi.

"memanglah takde. siapa kata ada. aku cakap kalau..." balas Naufal sambil tergelak sakan lagi.

"amboi...suka kau kena kan aku kan." kata Afif.

"alah, kata member. nak kisah apa ye dok?" Afif menggeleng kemudian merebahkan diri di atas katil bersebelahan katil abangnya.

"bro." panggil Afif.

"hmm..."

"kau tahu tak, lepas kau pindah kan. rating sma turun doh." kata Afif.

"asal lak?"

"entah. yelah, lagipun kau kan kumpulan lejen dijamin mumtaz."

"kepala otak kau." Naufal membaling bantal kecil ke arah Afif.

" Ya Allah, betul lah. okay, cerita dia macam ni. kau pindah tak tahu kan result periksa kau?"

"hmm...then?"

"result kau gempak. tauhid feqah, kau paling top dalam form. ustaz Syafiq bangga syal." Afif berkata dengan nada teruja yang amat.

"teruja asal. aku dah takde." kata Naufal kesal.

"alah, kau kan tetap ambil sma."

"memanglah. tapi, aku calon persendirian aka calon luar. aku takkan dapat ubah nasib sekolah kalau aku mumtaz sekalipun." jawab Naufal. Afif menghela nafas perlahan.

"tapi, sekurang-kurangnya, aku boleh berbangga lagi dengan kau sebab, nama kau tetap ada dalam hati aku...chia chia." Afif menghembur tawa senang.

"ish kau ni. tak boleh nak serius langsung. ada je akal nak buat orang gelak." kata Naufal tersenyum dikala melihat Afif tergelak.





NAUFAL:KEDUA KALIWhere stories live. Discover now