NKK1

203 16 2
                                    

"Naufal Azhan!" sergah satu suara. Naufal memalingkan wajahnya ke arah pemilik suara garau tersebut. genggaman tangannya pada kolar baju seorang budak junior serta merta terlepas. budak tersebut mengusap tengkuknya yang sudah perit kerana bergesel dengan kolar baju sekolah sendiri. dada Naufal kencang dengan rasa cuak. menyesal pula dia naik tangan di tempat terbuka ni.

"kamu buat apa ni?! berani kamu membuli ya?" sambung Cikgu Yazid dengan buntangan mata yang sungguh dahsyat. Naufal menggeleng.

"tak, cikgu. saya acah je." tipu Naufal. memang peliklah dia mengacah je. padahal telah dirancang segala galanya. itupun sebab maghrib minggu lepas,

"Naufal, habislah kita." kata Hanani. Hanani yang masih bertelekung sudah berpeluh kerana takut dengan berita yang baru dia dapat.

"kenapa ni, Nani? cuba bagitahu saya jelas jelas. saya tak faham ni? apasal awak cuak semacam dan pucat?" tanya Naufal tidak senang dengan sikap Hanani yang pelik sedikit malam tu.

"warden dapat tahu, kita couple." balas Hanani tanpa selindung lagi.

"apa? bila? macam mana?" tanya Naufal sungguh terkejut. Hanani pula air matanya sudah jatuh. Hanani mengambil nafas sekejap sebelum menjawab persoalan Naufal.

"ada budak mengadu dekat warden. saya pun tak tahu macam mana diorang boleh tahu semua ni. saya takut awak..." kata Hanani. Naufal memandang Hanani gusar. Hanani semakin pucat. perjumpaan malam ini pun tidak sengaja kerana entah macam mana boleh kebetulan Naufal ingin ke tandas dan ternampak Hanani mundar mandir di taman surau. Hanani pula memang berniat mahu berjumpa Naufal untuk memberitahu tentang hal mereka.

"hoi! maksiat! panggil warden doh! tu Naufal dengan Hanani." jerit satu suara. mereka yang bersama lelaki itu terus berkejaran masuk ke dalam surau untuk memanggil warden. manakala yang selebihnya berkejaran ke arah Naufal dan Hanani. Naufal dan Hanani tidak tahu mahu berbuat apa kerana mereka sudah dikepung. Hanani menangis teresak esak manakala Naufal hanya tunduk malu.

"haih, Naufal...apa nak jadi dengan kamu ni? kamu tahu tak perbuatan kamu ni dah melebih? minggu lepas nama kamu juga yang naik sebab couple. bukan ke antara peraturan sekolah ni, murid murid dilarang sama sekali melakukan perhubungan antara lelaki dan perempuan? kamu tahu kan? apa guna setiap kempen yang cikgu dan ahli jawatankuasa badar adakan selama ni? kenapa kamu tak pernah nak faham? lepas isu couple, kamu nak membuli pulak ya? saya sebagai guru kamu malu tahu tak? sepatutnya kamu dah kena buang asrama dah, tapi kami masih bagi muka. alih alih tadi kamu nak bertumbuk pulak. kamu nak kena gantung sekolah atas asbab membuli ke? hah?! jawablah!" marah Cikgu Yazid. Naufal hanya menunduk. penumbuk dikepal. bibirnya diketap kuat.

'tak guna betul kau, Amry. kau yang balaci dekat warden haritu. hii, nasib je aku tak sempat nak tumbuk kau tadi. tagune!' getus hati Naufal. kata kata Cikgu Yazid ibarat kertas yang melayang di awangan. langsung Naufal tak peduli dengan amarah gurunya.

"saya tak ada pilihan lain. kamu akan saya buang daripada menjadi penghuni asrama." kata Cikgu Yazid. mata Naufal membuntang.

"haa?? habistu? saya kena ulang alik lah?" tanya Naufal kaget.

"itu yang kamu nak kan?" tanya Cikgu Yazid.

"tapi, cikgu...rumah saya Kuala Selangor kot. Kuala Selangor dengan Kajang bukan dekat dekat. siapa nak hantar saya. mak bapak saya out station manjang. apa ni? takde denda lain ke? lagipun saya baru nak tumbuk je budak tu...belum tumbuk lagi..." kata Naufal sedikit hampa. memang menipu kalau dia tak marah, tapi takkan nak marah cikgu sendiri. biarlah dia buat kejahatan lain tapi bukan derhaka dengan cikgu.

"dah...dah...saya akan maklumkan perkara ni kepada keluarga kamu. pasal macam mana kamu nak datang sekolah itu nasib kamu. ini balasan kamu sebab dah buat benda yang tak patut kamu lakukan dulu. faham? kamu boleh balik kelas." arah Cikgu Yazid. Naufal akur dan terus keluar daripada bilik guru lelaki itu. rasa meluat pula mengenangkan wajah budak bawah yang bernama Amry tu.

'dialah balaci! sungguh! baru menengah bawah nak tunjuk hebat ahh?! mentang mentang badar! macam baik sangat! badar je pun!" rungut hati Naufal. kakinya melangkah ke arah kelas. sejak kejadian minggu lepas akibat terkantoi, Hanani sudah pun berpindah sekolah. dia perempuan dan pastinya dia lebih malu. lagipun Hanani ada khabarkan kepada Naufal yang dia pindah bukan kerana mahu menutup malu sahaja malah mahu menjauhkan diri juga buat sementara waktu. Hanani juga menyatakan yang dia mahu belajar menjaga batas pergaulan kerana selama ini mereka terlalu asyik dengan dunia cinta monyet mereka. Naufal hanya akur dan sudah mulai senyap daripada terus berhubung dengan Hanani.  biar waktu yang menentukan.

sampai di pintu kelas, dia melihat kelasnya kosong tiada seorang pun manusia di dalamnya. perlahan sahaja langkah dia atur ke arah jadual belajar yang terlekat di papan informasi di belakang meja guru.

'bio. patutlah.' desis hatinya. Naufal mengatur langkah ke arah meja belajarnya dan mengeluarkan semua buku yang berkaitan dengan subjek biologi. Naufal kemudian turun ke makmal biologi di aras paling bawah.

"assalamualaikum." Naufal masuk ke dalam makmal dengan muka tidak beriak.

"waalaikumusalam, Naufal dari mana?" tanya cikgu Ratna, guru biologinya.

"maaf, cikgu. saya dari bilik guru lelaki jumpa Cikgu Yazid." jawab Naufal jujur.

"ohh, duduklah. kawan kawan, bagitahu Naufal ya latihan yang cikgu suruh buat tadi." arah Cikgu Ratna. Cikgu Ratna seperti tahu masalah anak muridnya yang seorang itu. rakan sekelas Naufal hanya mengangguk. Naufal mengambil tempat.

"bro, asal? kantoi eh?" tanya Afif.

"hmm.."

"ish, asal boleh...."

"dah lah. aku malas nak fikir. lantaklah dia. aku takde mood." Naufal memotong kata kata Afif. Afif senyap. tak sangka pula agenda yang dirancang Naufal dan dia malam sebelum itu gagal. mereka rancang untuk menakut nakutkan budak bawah yang bernama Amry itu sahaja.

"ahh, ni latihan cikgu suruh buat tadi." Afif menunjukkan muka surat pada buku latihan panjang berwarna biru pekat kepada Naufal.

"thanks." kata Naufal.






NAUFAL:KEDUA KALIWhere stories live. Discover now