NKK7.

73 9 0
                                    

ramai yang bertenggek di papan informasi. masing-masing pasti sedang memeriksa nama sendiri akan tergolong dalam kumpulan usrah yang mana. selepas sahaja Ustaz Mustakim memberi talk berkenaan aktiviti usrah yang bakal diadakan, ustaz menyuruh mereka memeriksa nama di papan informasi semasa rehat. ianya bagi memudahkan perjalanan masa usrah yang akan bermula pada hari pertama persekelohan dalam bulan ramadan selepas cuti seminggu diberikan iaitu pada minggu kedua ramadan.

"weh, Izzat. ramai doh dekat papan tu. aduhh..." kata Adi. Adi malas mahu berhimpit-himpit dengan ramai murid. dia cepat rimas.

"kau nak buat apa kat sana?" tanya Izzat dengan nada menjengkelkan. Adi ternganga. Izzat pasti lupa apa yang Ustaz Mustakim suruh pagi tadi.

"laa, nak check nama lah kumpulan usrah mana aku dapat. jom ah. tengok nama kau sekali." ajak Adi.

"malas ah. kau jelah tengok." jawab Izzat lalu pergi meninggalkan Adi keseorangan.

"laa, woi. aduh..." keluh Adi hampa sambil matanya hanya memandang Izzat pergi. tidak pula dia berusaha menahan Izzat. jadi, Adi pun akur untuk berhimpit-himpit dengan manusia yang tak reti nak beredar selepas dah periksa nama, tapi macam aku cakap, dia cepat rimas.

"weh, yang dah check blah ah. orang lain nak tengok gak." marah Adi. dia lebih kepada menghalau jugak sebenarnya. mana tidaknya, muka sama je yang duduk dekat situ dari tadi. kebanyakannya perempuan lah. mesti nak tengok nama crush lah tu. ala, menyampahnya lahai. bukan campur laki perempuan pun. kecoh. semua yang ada memandang Adi dan seperti baru lepas tersedar dari lamunan, masing-masing bergegas membubar gerombolan. Adi lega sedikit. dia mula mencari-cari namanya.

'jumpa! eh? woah, kalau Izzat tahu ni memang ah. bapak ah!' getus hati Adi. Adi terus berlari masuk ke kelas bagi mendapatkan Izzat atas berita yang bakal dia sampaikan ni. hampa, Izzat tak ada. Adi mengerling jam tangan. ada baki lagi 10 minit rehat nak habis. Adi mengambil keputusan untuk tunggu sahaja Izzat di kelas.

tadi, semasa Adi memeriksa namanya, dia mendapati dia dan Izzat merupakan satu kumpulan. namun, bukan itu yang menjadi hal utama. apa yang lebih mustahaknya, naqib kumpulan usrah tersebut ialah Naufal Azhan iaini budak baru yang paling Izzat anti sekali. apalah agaknya reaksi Izzat?

"naqib?! maksud kau?!" tanya Izzat separuh menjerit. Izzat kaget mendengar berita tersebut daripada Adi.

"ya, naqib. aku rasa naqib tu ketua kumpulan. dia yang handle usrah tu nanti. entahlah." jawab Adi. Izzat hanya diam selepas itu. jelas pada pandangan Adi yang Izzat tak suka akan hal itu. Adi jadi serba salah pula. tak tahu kenapa dia rasa serba salah.

🍂

cuti seminggu di bulan ramadan.

Naufal mendapati yang pelajar asrama sekolah lamanya dulu balik kampung sempena minggu pertama ramadan. Naufal jadi teruja. dia mahu bertemu Afif.

N : assalam...weh, pip. jom lepak luar.

*sent

A : lepak mana? bila? kan bulan puasa ni...beragak lah. hahaha.

N : eh...aduh, lupa pulak aku. bhahah!

A : then cane?

Naufal meninggalkan bluetick untuk Afif. dia ralit memikirkan rasional lain agar mereka dapat berjumpa.

N : haa...aku stay up rumah kau lah. boleh?

A : jap...tanya mak aku. takut balik kampung je.

N : kay.

Naufal menunggu Afif dengan sabar. sambil tu, dia menelaah buku rujukan fizik bab haba.

"ting!" notifikasi dari Afif.

A : mak aku kata boleh. tak gi mana mana pun family aku.

N : ohh...okay, cun. nanti aku roger eh bila nak datang. aku nak gi bincang dengan mak aku pulak.

A : okay. lama sikitlah. hahaha.

N : haha, tengok ah.

telefon dimatikan. Naufal keluar daripada bilik dan mahu menyatakan hasratnya untuk tidur rumah Afif kepada Puan Husna.

"pergilah...lagipun, dah lama juga kamu tak jumpa dia kan? mak izinkan je."

"yeke mak? ahh...terima kasih mak."

"hmm...tapi, berapa hari?" tanya Puan Husna. jari jemari Naufal bermain-main  dengan dagunya yang tidak berbulu tu.

"tiga hari dua malam cukup kot. hari selasa ni sampai khamis. tak sabar pulak nak buka puasa dengan dia." jawab Naufal. Puan Husna tersenyum senang.

"haa, okaylah tu. nanti, lain kali Afif boleh datang sini pulak. habistu, kamu nak pergi naik apa? Pak Yop?" tanya Puan Husna lagi.

"eh, tak lah. Azhan tak nak susahkan Pak Yop. Azhan naik bas je. lagipun, Azhan dah biasa dengan jalan langat masa sekolah samthink dulu." jawab Naufal yakin. Puan Husna mengangguk.

"kalau macam tu, kamu pergilah packing barang. esok tu, selasanya. malam ni takut tak sempat, nak tarawikh kan..." kata Puan Husna. Naufal mengangguk dan tersenyum girang. Naufal berlalu masuk ke dalam bilik semula.

N : woi, esok aku datang. kau stanby jelah. aku gerak awal lepas tengahari. takut jalan sesak.

A : hahaa, okay2. bape hari ni?

N : tiga hari lah. sampai kamis. boleh an?

A : apa tak leh plak. lagipun aku ngan mak bapak aku je kat umah. abang kakak aku semua mana cuti.

N : haaa, cun ah tu. okay. aku nak gi packing ni.

A : awalnya, mangat tul. kahkah.

N : hakalah...malam takut tak sempat. nak terawikh kan...

A : hahaha. haah ek. yelah. pegi2.

Naufal bergegas mengemas pakaian dan buku yang ingin dibawa. buku tu, andai kata bosan boleh jadi 'penghibur'. lagi lagi, sma dah nak dekat. Naufal kan calon luar. dia bawa buku azhari sahaja dengan tujuan ingin menyalin maksud setiap tajuk yang dia tak faham daripada Afif. lebih lebih lagi tauhid dan sirah.

Naufal semakin tak sabar mahu menunggu esok.

NAUFAL:KEDUA KALIWhere stories live. Discover now