Faded1-Crap

19 1 0
                                    

Lawens POV

"Law. Aku dengar ada group baru dekat sekolah kita", kata Alex kawan baik Law.

"Entah", Lawens berkata acuh tak acuh.

"Kau ni macam tak kesah je? Kalau diorang langgar kawasan kita macam mana?", kata Aryan.

"Biar je la diorang langgar. Kita tengok siapa lagi kebal", kata Fiqri.

Luqman pada tadi hanya mendiamkan diri. Mereka berlima duduk di cafe yang di khaskan untuk pelajar. Pelajar-pelajar mula keluar untuk mengambil makanan.

"Sial betul diorang ni. Nak makan ke berborak?", Lawens berang apabila suasana di kantin amat bising sehingga menganggu waktu makannya.

Alex, Luqman dan Fiqri memandang satu sama lain. Takut jugak kalau si Law ni mengamuk. Pernah dia hancurkan semua makanan yang telah disediakan kerana terdapat pelajar perempuan yang menggedik ketika dia sedang makan.

Alex memandang luqman.

Haish. Luqman mengeluh. Mentang-mentang aku ni agak baik, suka sangat suruh aku.

"Woi!", suasana kantin terus senyap apabila mendengar jeritan Luqman.

"Kau orang nak makan nasi ke makan penumbuk? Senyap sikit boleh tak? Aku nak makan pun tak tenang", Luqman berkata mendatar tetapi tegas.

Semua pelajar mula mendiamkan diri.

Selesai makan mereka menapak ke port lepak mereka. Bangunan 4 tingkat bahagian atap.

"Fiqri. Apa cer dengan abang kau hari tu? Kata masuk lokap.", tanya Alex.

"Entah lah dia tu. Aku bukan heran sangat pun pasal dia. Dia pergi rogol anak orang tu apahal. Tapi ayah aku kan orang besar. Rasuah sikit dah lepas"

"Ceh kau. Macam tak pernah saja", Aryan memerli.

"Siapa? Mia ke? Dia tu bodoh pergi ikut aku naik kereta malam-malam kenapa? Aku dah larang nak ikut jugak. Mendapat la", Fiqri berkata bersahaja.

"Puih! Alasan je kau tu. Kalau siang pun kau ngap jugakkan?", Luqman membalas.

"Eh suka aku la. Yang korang masuk campur pahal? Life aku", Fiqri bengang lalu menyepak meja dan berlalu pergi.

"Korang la ni. Apahal bash dia. Pergi la pujuk balik mat romeo tu", kata Lawens yang pada tadi hanya memerhati.

"Tak de kuasa aku", Alex dan Luqman berkata serentak. Berderai tawa mereka. Lawens menggelengkan kepala dan menyambung tidurnya.

※※※※※※※※※※

"Law , Law bangun. Devils belasah Fiqri dekat makmal. Cepat woi", jerit Alex. Aku yang terpinga-pinga bangun dari tidur terus berlari ke makmal.

Devils ni geng mana pulak? Ajaran sesat ke apa? Bagi la nama Angel ke? Baru la orang tak pandang serong.

Aku melihat sebatang kayu tersadai di tepi pintu. Aku mengambilnya dan berlari kearah pelajar yang sedang membelasah Fiqri.

Buk!

Buk!

Aku menghentak kayu tersebut ke kepala seorang pelajar. Entah siapa aku tak kenal. Aku main hentam sahaja.

"Woi sial! Kau apahal tiba-tiba hentak aku bodoh", marah pelajar tersebut. Kawan-kawanku disebelahku hanya tergelak.

"Woi Fiqri. Cantik muka", Alex gelak apabila melihat muka Fiqri sudah lebam macam buat tembikai.

"Make up artis mana yang kau guna tu? Nak gak", Luqman berkata pulak. Mereka datang bukan mahu tolong. Mengejek ada la.

Fiqri hanya menjeling geram dan cuba untuk bangun.

"Woi sial. Korang jalan kaki hari ni", kata Fiqri geram. Alex dan Luqman mula menggelabah. Dah tahu tumpang orang, buat bebal lagi. Tahu takut. Fiqri tersenyum sinis.

"Dah habis buat reunion?", kata Ace memerli. Aku memandang Fiqri

"Tu ketua diorang. Panggil Ace. Baru pindah", kata Fiqri berbisik. Aku mengangguk dan tersenyum sinis.

"Kau apahal tumbuk kawan aku?", aku memulakan bicara.

"Mana satu kawan kau. Yang kacau awek aku tu ke?", kata Syed salah seorang dari group Devils.

Kami sudah menepuk dahi. Fiqri membuat peace. Pergi kacau awek orang kenapa?

"Kau pergi tumbuk dia kenapa sial. Tumbuk la awek kau tu bodoh", aku berkata bosan. Bila la nak bergaduh ni. Buat meeting tergempar pulak tengah panas buta ni.

Puih. Ace meludah ke mukaku. Urat di tanganku terus menegang.

Aku terus mengayun kayu ke muka Ace. Ace mengelak. Aku melihat Alex mencari tempat berteduh. Luqman pula membantu aku membelasah kawan Ace.

"Setan. Yang kau duduk je kenapa? Belasah lah diorang ni sial", aku terajang perut Ace. Geram betul melihat Alex bersantai. Fiqri sudah tidur.

"Uruskanlah. Bukannya kuat pun diorang tu", Alex berkata.

Ace menumbuk mukaku. Darah yang keluar kuseka. Aku menyandung kaki Ace membuatkannya terjatuh.

Perutnya ku tendang tanpa henti. Darah keluar membasahi tanah. Aku mengeluar pisau rimboku. Aku menghiris pipi Ace.

Arghh. Ace menjerit nyaring. Hek eleh.. over pulak mamat ni. Aq toreh bukan dalam pun.

Ace menjerit-jerit kesakitan. Kawanku terus meluru kearahku apabila melihat perbuatanku. Terkejut mungkin. Aku menjilat darah yang terdapat di pisauku.

Aku terus berlalu pergi. suara jeritan Ace bagai irama lagu yang dapat menenteramkanku.

Ha ha ha. Aku tergelak. Kawanku hanya menggelengkan kepala.

※※※※※※※※※

Aku menapak ke bilik mama. Suasananya sangat suram. Aku melihat mama tidur dengan lena. Aku mencium pipinya. Kesan lembam terdapat di seluruh badan.

Sial betul perempuam tu. Kalau aku dapat, lama dah jadi arwah.

"Eh anak mama dah balik", kata mama.

Aku tersenyum hambar.

"Jom teman mama makan. Mama tak makan lagi"

"Jap. Law madi dulu. Lepas tu Law makan", aku memapah mama ke meja makan. Maklumlah mama kurang sihat, aku lah yang selalu menjadi tulang belakangnya.

Papa dah 1 bulan tak menjenguk mama. Aku dah warning dekat dia pun , dia buat tak tahu. Sial betuk orang tua tu. Boleh pulak dia bersuka ria dengan betina sundal dekat club tu.

Aku terus turun ke meja makan. Suasana di meja makan sangat gembira. Aku gembira bergurau senda dengan mama. Permata hati aku.

Pranggg!!

Suasana berubah menjadi gamat.

Pranggg!!

Bunyi dari luar rumah. Tiba-tiba muncul makhluk yang paling aku benci.

Sial.

******
Aish sape pulak kacau Lawens dengan mama dia ni?

Hari ni tengok kemalangan. Kereta langgar orang. Kesian budak tu. Budak tu habis berdarah.

FadedWhere stories live. Discover now