Faded9-Malu

10 0 0
                                    

5 tahun kemudian

Aku tersenyum bangga sambil menggenggam segulung ijazah ditanganku. Abang Rezza bersama tunangku Hakim berjalan mendekatiku.

"Sayang. Tahniah", Hakim memyerahkan sejambak bunga padaku.

"Thanks", aku mendakap kemas bunga yang diberi.

"Lepas ni Iela nak buat apa?", tanya abang Rezza.

"Maybe pergi bercuti kut. Farah ada ajak Iela hari tu pergi bercuti keliling Malaysia ni", aku berkata teruja.

"Bercutilah puas-puas lepas tu silalah masuk syarikat ye"

"Ish abang Rezza ni spoil mood orang betullah", aku mendengus geram. Dah la aku nak kerja tempat lain tak kasi.

"Okeylah Iela. Abang balik dulu. Jangan lama sangat dating dengan Hakim ni", Abang Rezza berlalu pergi.

"Jom sayang. Biy ada tempat istimewa nak tunjuk dekat sayang", Hakim menarik tanganku. Aku terus mengetuk tangannya. Tak pandai nak senyap. Nak sentuh orang je kerjanya. Hakim tersengih-sengih.

"Biy nak bawak pergi mana? Tak sabarnyalah", aku berkata teruja. 10 minit perjalanan Hakim memberhentikan keretanya ditepi jalan. Hakim melilitkan mataku dengan kain hitam.

"Uu gi mana ni? Siap tutup mata bagai"

"Adalah mesti Biy menjerit nanti", kami berjalan kaki selama 5 minit. Aku terhidu sesuatu yang agak asing bagi aku. Aku sudah gelabah.

"Sayang.. bau apa ni? Kenapa busuk semacam je?", aku terasa ingin termuntah. Namun kutahan juga.

"Ada la. Biy hulurkan tangan kedepan"

"Argghhhh", aku menjerit nyaring apabila aku terasa sesuatu menjilat tanganku. Pantas aku membuka penutup mataku. Mataku terus membulat apabila melihat seekor kuda dihadapanku. Bapak besar. 2 kali ganda aku.

"Sayang. Apa bawak dekat sini pulak? Tak spesial langsung", aku sudah terasa geram.

"Assalamualaikum", seseorang menegur kami.

"Waalaikummussalam", kami menjawab serentak.

"Bro baru sampai?", seorang lelaki menegur kami.

"Haah", Hakim menjawab. Mukaku hanya blur.

"Nama saya Zayn", aku terus terpempan mendengar nama yang disebutnya.

"Saya Hakim and ni Iela, tunang saya", aku hanya mengangguk dengan apa yang dikatakan Hakim.

"Mari ikut saya", aku mengikut langkah Hakim dan Zayn. Mereka sedang bergelak ketawa, aku sudah membuat muka tidak Redha.

Apakah?

Aku baru lepas habis konvo kut. Bawak aku dekat kandang kuda ni kenapa? Tak sweet langsung.

"Nah kamu berdua ambil peralatan ni", Zayn menyerahkan padaku penyodok. Aku teragak-agak untuk mengambilnya. Nak buat apa?

"Belakang tu ada kandang kuda, kamu bersihkan dekat situ dulu", aku sudah tercengang.

What??!! Bersih kandang kuda?

"Sayang, apa semua ni?", aku berbisik keras pada telinga Hakim. Tidak mahu Zayn mendengarnya.

"Hadiah konvo you la", Hakim tergelak-gelak sambil masuk ke dalam kandang tersebut.  Aku sudah mendengus geram. Kalau tak ada Zayn dekat sini, dah lama aku karate si Hakim ni

Aku bermula dengan membuang rumput ke apa entah dalam kandang tu. Peluhku sudah mula keluar.

"You buat apa tu? Cepat la tolong sekali", aku memarahi Hakim. Dah 30 minit aku membersihkan kandang ini tanpa bantuan Hakim.

Korang tahu Hakim buat apa? Tido. Aku ulangi tido. Dekat kandang yang busuk ni? Like seriously?

Aku mendapat idea jahat tahi kuda yang sudah kulonggokkan ku cedok sedikit. Denga menggunakan sarung tangan aku mencalit dahi, pipi dan dagu Hakim dengan taik.

Huhu padan muka dia. Aku menyambung kerjaku sehingga selesai.

Aku keluar meninggalkan Hakim yang masih tidur. Aku tersenyum sendiri. Apalah reaksi dia nanti kan. Haha padan muka. Aku terdengar seperti bunyi desiran air sungai. Aku terus berjalan mengikut arah bunyi air tersebut. Semakin lama semakin dekat.

Wow. Mulutku ternganga. Air terjun mengalir dari atas batu. Aku berasa sangat teruja. Terus aku masuk ke dalam sungai tersebut. Aku berendam di dalam air tersebut sambil memejamkan mataku.

Zayn Lawens.

Aku terus menenggelamkan mukaku ke dalam air apabila nama tersebut terlintas dalam fikiranku. Arghh

Damn it. Kalau bukan sebab family laki tu, family aku tak akan mati.

Asyiela!! Iela!! Biy!!

Aku mendengar Hakim memanggil namaku.

"You dekat mana? Kalau I jumpa you. Siaplah", Hakim mendengus bengang.

Aku yang menyorok di belakang batu sudah mengekek-ngekek ketawa. Aku melihat Hakim membasuh muka menggunakan air sungai sambil mengomel-ngomel. Comel. Aku mendapat satu lagi idea jahat.

Aku berjalan perlahan-lahan tanpa bunyi ke belakang Hakim.

Bush!

Hakim terjatuh kedalam sungai.

"Nur Asyiela!!!!, aku berdekah-dekah ketawa apabila melihat wajah Hakim yang bengang. Aku terus melompat kedalam sungai. Aku memercikkan air sungai ke muka Hakim.

"Ooo. Biy buat apa dekat I tadi? Busuk tahu tak?", Hakim berkata sambil memercikkan air kepadaku.

"Sape suruh sayang sedap sangat tidur tadi. Padan ", aku turut membalas percikan air tersebut. Tempat tersebut penuh dengan suara gelak tawa kami. Selepas 30 minit bermain air, kami ditegur Zayn.

Aku dan Hakim naik ke atas darat sambil tersenyum. Zayn menyerahkan kain tuala pada Hakim dan mendekatiku.

"Tubuh kau bukan untuk tatapan lelaki bukan mahram kau. Look at yourself. Memang la pakai longgar tapi bila kau masuk dalam air, habis baju tu melekat", Zayn berbisik kepadaku sambil menyerahkan tuala.

Aku tergamam dan terus melihat pada badanku. Mukaku terus membahang akibat malu. Baru aku perasan bajuku mengikut bentuk badanku.

"Both of you, kalau tak ada baju boleh ikut pergi rumah saya. Pinjam baju saya dulu", Zayn berkata sambil memandang Hakim. Kami berdua terus setuju. Aku berjalan dibelakang mereka berdua. Rasa malu dengan keadaanku plus baru ditegur oleh seorang lelaki. Malu siot. Haish kenapa kau cuai sangat ni Asyiela?

Aku menjejak kaki kedalam rumah kayu tersebut. Lawa giler. Walaupun kecik tapi dibina menggunakan gaya moden.

"Awak memang tinggal dekat sini ke?", tanyaku. Ye la dah ah tengah hutan kut.

"Tak lah. Kadang-kadang je. Release tension", aku mengangguk-  angguk. Setelah selesai menukar baju kami terus bergerak kekereta Hakim.

"Thanks bro tolong bersihkan kandang tu. Kalau ada masa datang la lagi", kata Zayn.

"Hal kecik bro", aku melambai tanganku pada zayn apabila kereta Hakim meluncur laju. Dia hanya membalas dengan senyuman.

"U memang rapat dengan dia ke?", aku bertanya pada Hakim.

"Tak lah. First time jumpa", Hakim berrkata selamba.

"What? Habis yang u baik hati nak tolong dia bersihkan kandang tu kenapa? Ops pembetulan. I yang tolong bersihkan"

"Kawan I yang recommend dekat I. Lagi pun kerja tu macam sesuai je dengan you  I tengok", Hakim ttergelak aku menjengilkan mataku.

"You nikan. Tak sweet langsung. Patutnya bawak la I pergi makan hotel 5 star ke? Tak pun dinner tepi pantai. Tapi I maafkan you sebab kita mandi sungai tadi. Best sangat", aku berkata teruja.

"Lain kali I bawak you lagi", aku sudah tersenyum gembira.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FadedWhere stories live. Discover now