Faded8-Detik cemas

8 0 0
                                    


"Law si abang gangster", aku berkata sambil menepuk tangan. Cuak jugak la. Dah dalam ni gelap. Berlagak cool je ni. Dah la aku soranh je perempuan.

"Berani kau sentuh perempuan aku kan!", Law mengcekikku keherku ke dinding.

"Sa.. pe uhhuk awe..k ka kau ni?", aku bertanya susah payah. Aku meronta-ronta kerana tidak cukup oksigen.

"Kau rasa siapa sial. Aku paling pantang kalau ada orang cederakan orang yang aku sayang", Law mengamuk dan menendangku. Aku tertunduk.

"Rileks Law. Perempuan tu", Alex memegang tangan Law.

" Ada aku kesah kau perempuan ke lelaki. Kau cari pasal dulu dengan aku", Law bengang lalu menghayunkan kayu yang dipegangnya kearahku. Aku terus berguling ke tepi bagi mengelakkan hentakan tersebut. Boleh patah tulang rusuk aku ni.

Aku berkira-kira ingin melarikan diri. Syaitan dah mengamuk. Kalau syaitan betul aku dah baca ayat quran ni. Biar terbakar. Agak-agak setan depan aku ni terbakar tak dengar ayat quran.

"Kau ingat aku ni pembuli macam kau ke bodoh? Kalau awek kau tak cari pasal dulu, aku tak mulakanlah sial. Kau ingat aku ni hadap sangat ke nak tengok muka tak cukup inci tu", aku melawan lalu berdiri tegak. Kekudaku kubuka.

"Betina sial", lelaki itu melepaskan tumbukan bertalu-talu. Aku mengelak dan mengelak. Tetapi kerana tumbukannya yang pantas pipiku ditumbuk.

Buarghh. Aku termuntah darah. Perit. Aku sudah terduduk melutut. First time kena tumbuk macam ni.

"Dah dah Law", kawannya memeluk bahu Law.

"Lepaslah bodoh", Law menepis tangan Luqman. Law menapak kearahku. Aku mengesot ke belakang. Sejujurnya aku takut sekarang. Law mencengkam bajuku dan menarikku berdiri.

"Kau. Kalau aku dengar kau kacau awek aku lagi. Kau mati", Law mencampak aku ke arah dinding dan berlalu pergi. Aku mendengar stor di kunci dari arah luar. Akhirnya aku jatuh pengsan.

※※※※※※※※※※※※
LAW POV

Jantungku berdegup kencang. Kenapa aku rasa macam ni? Tak boleh. Aku dah ada Lisa. Iela kau memang nak mati. Aku terus menumbuk-numbuk dinding sekolah. Tanganku yang berdarah tak kuhiraukan.

"Kau ni apahal Law. Gila ke apa?", marah Luqman apabila melihat tangan Law.

"Kau senyap. Semua ni salah perempuan tu", Law mengamuk. Luqman hanya menggeleng kepala dan berlalu pergi kearah kawannya yang lain. Malas melayan Law.

"Weh dude. Lawa jugakkan si Asyiela tu. Nampak ayu je dia pakai tudung. Aku rasa, aku dah jatuh cinta la wei", Fiqri berkata.

"Kepala kau jatuh cinta. Semua perempuan kau cakap kau jatuh cinta. Mana kau nak campak si Ayla tu? Mary lagi. Kau tu playboy teragung tak layak cakap pasal cinta ni tahu", Alex menempelak.

"Ceh. Suka hati aku la. Kau tu yang tak laku-laku nak salahkan aku pulak", Fiqri bengang.

"Hello cakap baik sikit eh. Aku ni malas nak memperbodohkan diri aku ni sebab perempuan je okey. Perempuan ni complicated tahap logritma tahu tak?"

"Habis kau suka lakilah eh? Jangan risau aku ada", Luqman pantas duduk diatas riba Alex dan mengusap pipi Alex lembut.

"Woi setan aku tak gay lah bangang. Sial betul kau ni", Alex terus menolak Luqman kasar. Semua ahli The Wanted sudah tergelak berdekah-dekah.

"Ala bang. Janganlah marah sangat. Ayang ni kan ada" Fiqri pula memeluk pinggang Alex.

"Ayang kepala hotak kau. Eeii geram betul aku dengan korang ni. Kalau tak fikir kawan dah lama aku tembak sekor-sekor", Alex menendang meja di depannya.

"Kau nak tembak dekat mana? Baik kau tembak dalam hati kitorang. Biar tembakan cinta kau dapat kitorang balas", Fiqri menyakat. Alex hanya merengus geram dan terus berbaring diatas tikar yang disediakan.

Law berjalan menghampiri Alex yang sedang berbaring membelakangkan mereka. Dia tersengih jahat. Kawan-kawannya yang lain mengerutkan dahi tanda tertanya-tanya apa yang hendak dilakukan Law.

Law berbaring dibelakang Alex secara senyap. Alex masih tidak memyedarinya.

"Sayang... merajuk ke?", Law memeluk pinggang Alex.

"B***", Alex termencarut kerana terkejut dan automatik berdiri. Kawannya yang lain sudah berdekah-dekah ketawa. Alex berjalan pantas kearah pintu bangunan dan menghempasnya dengan kuta setelah keluar.

"Emo betul sekor tu. Gurau je kot", aku berkata.

"Weh law. Tak apa ke kita tinggal perempuan tu dalam stor tu? Pengsan pulak tu", Fiqri berkata.

"Biar ah dia tu. Mati pun aku tak heran", aku merengus. Takut gak sebenarnya. Mati anak orang tu naya aku kena tali gantung.

Ni... noo.... ni.. no..

"Weh siren ambulan! Asal tu weh?", Fiqri menjenguk dari atas bangunan. Tersadai satu van ambulan ditepi sekolah.

"Tu bukan Iela ke?", Luqman menunjukkan jarinya ke katil yang ditolak ke dalam ambulan.

"Eh eh. Keta mahal tu doh. Kereta siapa tu? Aq tak pernah tengok pun",Fiqri excited melihat kereta yang berada di sebelah ambulan. Sementelah dia peminat kereta mahal.

"Biarlah diorang. Aku nak blah dulu", aku terus berjalan keluar dari bangunan tersebut. Pergi lepak tempat lain lagi tenang.

Hospital.

"Macam mana adik saya boleh jadi macam ni cikgu? Siap pengsan dalam stor lagi", Abang Rezza bersuara garang. Wad yang ditempatkan Iela dipandang sayu. Sebaik keadaan Iela tidak terlalu teruk.

"Maafkan saya encik. Sebenarnya saya menyuruh Iela mengambil meja didalam stor sebab meja dia tak ada. Lepas setengah jam Iela tak balik kelas juga. Saya pergi mencari dia. Bila saya tengok stor, pintu stor dihalang kayu dari luar. Saya masuk dalam tengok dia dah terbaring. Maafkan saya encik", cikgu  tersebut berkata sambil menunduk.

"Hurm. Tak apalah benda dah jadi. Pastikan benda ni tak berulang lagi. Kalau tidak saya akan membuat laporan polis. Saya pulang dulu cikgu. Ada hal nak diuruskan", abang Rezza bersalaman dan bergegas kearah keretanya.

"G4 aku nak kau cari punca adik aku masuk hospital. Aku bagi tempoh 2 minggu", Abang Rezza berkata melalui telefon.

"Baik Rezza", G4 berkata.

Abang Rezza memecut laju keretanya. Iela adalah tanggungjawabnya. Hal family Iela belum selesai lagi, hal baru datang.

"Jangan risau, Rezza akan balas dendam bagi pihak mama dan papa. Iela akan saya jaga dengan rapi"

FadedWhere stories live. Discover now