"Macam mana akak tu Along?",aku bertanya resah
"Kau tanya lagi. Kau ni memang gila la. Agak-agak la pun. Kalau diorang saman papa macam mana? Papa yang malu tahu tak?", along memarahiku.
Aku tergeleng-geleng sedih. Tak . Aku tak sengaja. Aku tak sedar apa yang aku buat.
"Along, waktu tu Iela tak sedar Iela buat macam tu", aku mendekatinya.
"Tak sedar kau cakap? Habis macam mana budak tu boleh masuk ICU?", along menengkingku. Aku terhinjut.
"Papa mama. Iela mintak maaf", aku berkata sambil melutut pada papa dan mamaku. Mereka hanya berdiam diri. Aku berkecil hati. Kenapa semua orang tak faham? Aku buat semua tu sebab aku tak sedar.
Aku berpaling ke belakang ingin berlalu pergi dari wad tersebut. Air mataku jatuh dengan lebat. Tiba-tiba badanku dipeluk dari belakang.
"Sorry okey! Along tak sengaja marah Iela tadi", along memusingkan badanku menghadapnya. Along mencium umbunku. Air mataku dia kesat.
"Along percaya dekat Iela. Iela jangan risau. Semuanya akan okey. Bukan salah Iela. Diorang yang mulakan dulu", along memelukku. Adik juga memelukku. Kepalaku yang berbalut dengan bandage diusap lembut oleh ibu dan ayahku.
Mereka tersenyum padaku
"Anak mama dan papa kuat. Bukan salah Iela okey?", mereka juga memelukku.
"Akak Hwaiting. Fighting", adikku berkata sambil menggenggam erat tanganku.
"Jaga diri elok-elok Iela", mereka serentak berundur kebelakang. Aku ingin menggapai tangan mereka. Tetapi mereka semakin jauh.
"Allah", aku tersedar. Cahaya putih menusuk pandanganku. Kepalaku berdenyut-denyut.
"Alhamdulillah, Iela dah sedar", aku mendengar suara mak Kiah. Aku tersenyum padanya dan memandang sekeliling. Rumah Abang Rezza.
"Macam mana Iela boleh ada dekat sini Mak kiah?", aku bertanya pelik. Setahuku tadi aku masih berlari.
"Abang Rezza jumpa Iela tadi pengsan tepi jalan. Abang Rezza bawak ke sini", aku mengangguk dan memandang Abang Rezza yang masuk ke dalam bilikku.
"Mak kiah nak ambil bubur dan ubat. Rehat la dulu", Mak Kiah terus berlalu ke dapur.
"Iela kena buli ke dekat sekolah?", Abang Rezza bertanya. Aku tergelak.
"Gelak pulak dia. Abang Rezza tanya betul-betul ni"
"Buli jugak kut. Tapi..", aku terhenti apabila mengingatkan kejadian tadi.
"Iela mengamuk lagi ke?", abang Rezza bertanya. Aku mengangguk perlahan. Aku mula menangis.
"Shhh. Bukan salah Iela", abang Rezza mengesat air mataku. Dan memelukku. Aku menangis di bahu abang Rezza. Pedih terasa. Kenapa aku tak boleh kawal diri aku bila mengamuk?
"Ni rancangan jejak kasih ke apa?", Mak kiah masuk bersama dulang makanan. Aku tersenyum malu.
"Mana ada jejak kasihnya mak. Kasih Rezza dekat makwe Rezza je. Iela ni je beria", abang Rezza berkata. Aku membulatkan mata lalu mencubit pinggang abang Rezza.
Spontan dia mengetuk kuat kepalaku.
Aduh. Aku mengerang kesakitan. Meronta-ronta aku. Tak sakit pun, action je lebih.
"Ya Allah Rezza apa kamu buat ni? Kamu tahukan kepala dia luka!", mak Kiah mendapatkanku. Abang Rezza sudah gelabah takut.
"Sorry abang tak sengaja", abang Rezza mendekatiku.
YOU ARE READING
Faded
RandomBang! Bang! "A.. wakk. sanggup tembak. Urghh Iela. Uhuk uhuk", badanku menggigil menahan sakit. "Kau bunuh mak aku. Kau bunuh mak aku. Aku bunuh kau perempuan", mata Law bertukar merah kerana amat marah. Pistol yang digengam dihala pada kepala ister...