"Hey kau. Asal kau jeling dekat aku tadi?", budak itu menarik bajuku agar aku bangun dari tempat duduk. Semua kawan-kawanku sudah terlopong.
Haish. Entah pape la dia ni. Dia ingat aku takut ke dia jerkah macam tu. Sebenarnya aku takut. Hehew.
"Ma.. mana ada", suaraku terketar. First day woi! Ada masalah dah.
"Kau ingat aku bodoh? Wait. Aku rasa macam pernah jumpa engkau", Law berkata.
Aku membuat muka toya. Lepaskanlah baju aku. Mahal ni aku beli. Aku berdongkol marah didalam hati.
"Aku rasa budak yang langgar kau dekat mall tu", kawannya menyampuk. Aku memandang name tag mereka. Fiqri, Alex dan Luqman.
"Err. Mana a... ada. Sa.. salah orang ni", mintak-mintak la dia tak kenal perempuan cantik macam aku ni. Opss terpuji diri sendiri pulak.
"No. Aku rasa ni kau. Jumpa aku lepas sekolah", Law terus berjalan ke tempat duduknya. Aku terus tersenyum sinis. Mimi sudah menyinggungku dari tadi.
"Weh. Kau ada cari masalah dengan geng tu ke?", Faz bertanya. Aku hanya mengangkat bahu dan menyambung latihanku. Ceh aku pun menyetan dekat sekolah lama aku. Ketua gangster ni. Tapi lepas family aku meninggal baru insaf sikit. Huhu.
Semasa sesi pembelajaran aku tahu empat sekawan tu memandang aku tajam. Tak lut pun dekat badan aku ni. Haish. Hari pertama dah ada masalah. Aku baru nak hidup aman dan damai dekat sekolah ni.
"Okey class. Masa dah tamat. Boleh balik", cikgu Raiza berkata. Aku pantas mengemas bukuku. Balik ni Abang Rezza nak belanja aku makan. Yes. Aku sudah tersenyum gembira.
"Kau ni boleh lagi senyum. Kau nak jumpa geng Hunted tu tahu!",Mimi memarahiku.
"Adeh! Aku lupa", aku dah terasa aura gelap sekeliling aku ni.aku menepuk dahiku. Dia hanya menggeleng.
Geng Hantu tersebut sudah menunggu aku di pintu keluar masuk. Aku hanya menjeling mereka.
→hey whats up its been a while←
→Talking about is not my style←Telefonku berbunyi. Tentera nama Abang Rezza.
"Moshi moshi", aku berbahasa Jepun pada Abang Rezza.
"Waalaikummussalam", Abang Rezza memerli. Ceh.
"Abang nak apa?", aku bertanya sambil menapak selamba kearah geng Hunted tersebut. Aku ada silat dengan karate. Berani mari.
Law sudah memandangku tajam apabila melihat gayaku yang selamba.
"Jadi tak makan petang ni?", Abang Rezza bertanya.
"Jadi la. Nanti Iela datang rumah Abang. Okey la Iela ada kerja. Bye. Muaahh", aku berkata sambil menutup telefonku dan berdiri dihadapan 4 orang pelajar yang acah gengster.
"Hey Alex", aku menegur kawan Law yang muka babyface. Tak boleh bla. Jadi gangster sekolah. Mukanya sudah berkerut. Terkejut agaknya aku menegurnya.
Mulutku tersungging senyuman.
"Eh perempuan. Kau tahu aku nak jumpa kau, kau boleh berbual dalam telefon lagi", melengking suara Law.
"saya cakap dengan abang saya sahaja", aku berkata.
"Eh kau ingat aku kesah ke?", Law menarik kain tudungku kasar. Eh eh makhluk Allah ni kan.
Kalau tercabut tudung ni, lumat aku kerjakan budak-budak ni. Aku berdongkol marah.
"Maaf", aku menunduk. Malas nak panjangkan cerita.
"Kau ingat kalau kau sebut maaf aku akan terima ke?", Law terus menumbuk perutku.

YOU ARE READING
Faded
RandomBang! Bang! "A.. wakk. sanggup tembak. Urghh Iela. Uhuk uhuk", badanku menggigil menahan sakit. "Kau bunuh mak aku. Kau bunuh mak aku. Aku bunuh kau perempuan", mata Law bertukar merah kerana amat marah. Pistol yang digengam dihala pada kepala ister...