INDERA SHAH SCHOOL
Aku memarking motorku. Ramai budak dekat sekolah ni. Aku menapak ke dalam sekolah.
Iela fighting. Aku memberi kata-kata semangat kepadaku. Mana eh pejabat sekolah? Kena daftar dulu ni.
"Maafkan saya, pejabat sekolah dekat mana ya?", aku bertanya kepada seorang pelajar perempuan yang melintasku.
Dia memandang dan tersenyum kepadaku.
"Budak baru eh? Awak straight ke depan lepas tu belok kiri. Bangunan warna biru tu la pejabat", dia berkata. Aku tersenyum. Ramah gak budak dekat sini.
"Thanks. Nama saya Nur Asyiela. Panggil Iela", aku menghulurkan tanganku.
"Welcome. Nama saya Tengku Mimi. Panggil Mimi. Baiklah saya masuk kelas dulu", dia menyambut tanganku dan berlalu pergi.
Aku menapak laju ke pejabat sekolah. Waktu pembelajaran sudah bermula aku mesti cepat. Sesampai di pejabat aku terus mendaftarkan diriku.
"Asyiela awak kelas 5 Diamond 1. Bangunan 3 tingkat warna kuning", penyelia tersebut memberitahuku. Aku mengangguk.
Mana pulak bangunan ni. Kalau ada map kan bagus. Aku menggaru-garu kepalaku yang bertudung. Aku hanya mengikut gerak hatiku. Sedang aku berjalan, aku terlihat sekumpulan pelajar lelaki membuli pelajar lain.
"Aku tak nampak, aku tak nampak", aku terus memusingkan badanku. Bukannya tak nak tolong, masalahnya aku ni budak baru. Nak tunjuk hero karang, aku pulak yang kena buli balik.
"Woi!", aku mendengar jeritan kepadaku. Aku terus berlari laju. Mati aku kalau budak tu nampak aku. Setelah lama berlari aku ternampak bangunan yang dimaksudkan penyelia tadi. Aku tercungap-cungap.
Aku mendaki tangga satu persatu ke tingkat tiga. Semasa aku berjalan di koridor aku dapat melihat pelajar tekun belajar. Mana ni kelas aku.
"Yey jumpa",aku terjerit kecil. Aku rasa nak buat tarian kpop dekat situ. Aku mengetuk pintu kelasku dan memberi salam.
"Waalaikummussalam. Kamu pelajar baru ye?", tegur cikgu tersebut. Aku mengangguk dan tersenyum. Aku memerhati sekeliling kelas. Mereka semua memandangku dengan pelik.
Apa? Aku ni makhluk asing ke? Mataku tertancap ke arah Mimi
Aku melambai tanganku padanya. Dia hanya tersenyum."Okey class. Ni kawan baru kamu. Awak boleh lah perkenalkan diri awak", kata cikgu Farah.
"Nama saya Nur Asyiela. Panggil Iela. Berasal dari Pahang", aku tersenyum.
"Ayah kau kerja apa?", tanya seorang budak. Aku terdiam dengan soalan tersebut.
"Jawab la. Entah-entah kau masuk sini sebab ada orang taja", kata seorang budak perempuan. Dia tidak memakai kain tudung. Haish berlagak betul. Aku tarik gak rambut dia ni karang.
"Ayah kerja kecil-kecil sahaja", aku menjawab pendek. Karang kalau aku cakap ceo nanti diorang cakapm aku ni berlagak pulak karang. Hatta ayah aku dah pun meninggal. Terus hatiku berasa sayu.
"Ewww. Mesti kerja cleaner atau pun pengawal", kata seorang budak lagi. Kelas sudah bertukar menjadi bising. Aku hanya tersenyum sinis.
Ceh! Kalau kerja cleaner pun apa masalahnya. Aku sumbat jugak mulut longkang tu guna stoking kang. Aku hanya mengomel didalam hati.
"Dah dah. Diam. Asyiela awak boleh duduk mana-mana tempat kosong", aku mengangguk dan menapak kearah sebelah Mimi. Dia tersenyum.
"Hey. Jumpa lagi kita", tegur Mimi.
"Jodoh kuat sangat agaknya", aku tersenyum. Aku memulakan sesi pembelajaranku dengan bersemangat. Tepat pukul 9.30 kami dibenarkan rehat.
"Kau tak nak rehat ke Iela?", tanya Fazira. Kawan baruku. Dia juga darah berketurunan raja.
YOU ARE READING
Faded
RandomBang! Bang! "A.. wakk. sanggup tembak. Urghh Iela. Uhuk uhuk", badanku menggigil menahan sakit. "Kau bunuh mak aku. Kau bunuh mak aku. Aku bunuh kau perempuan", mata Law bertukar merah kerana amat marah. Pistol yang digengam dihala pada kepala ister...