Biar matiku mencuba demi bahagia... Biar sakit dilukai dapat ku rasa.... Biar nadi ku terhenti demi ke syurga... Biar selamanya mencari cinta sejati.. sejati
Aku menyanyi kecil sambil masuk ke dalam pagar sekolah. Sedang aku menyanyi badanku dilanggar seseorang.
"Eh sorry sorry", aku mengungkap maaf walaupun bukan salahku.
"Kau ni jalan pakai lutut ke? Lain kali pakai mata", marah perempuan dihadapanku.
Hek eleh minah ni. Berlagak pulak dia. Orang berjalan pakai kaki la sengal. Alien planet mana yang jalan pakai mata.
"Maaf", aku terus berlalu pergi. Malas nak layan pontianak pagi gajah ni. Hilang mood aku.
"Hey kau. Kurang ajarkan! Kau tahu tak aku siapa", budak itu menolakku hingga jatuh. Punggung yang terasa sengal kubiarkan.
Aku menarik dan menghembus nafasku beberapa kali. Sabar Iela sabar. Kalau tak lunyai dah budak ni aku kerjakan.
"Tak kenal la. Sorry la awak ni tak famous sangat. Tu la kurang dapat sambutan. Awak ni instafamous ke atau budak wechat? Saya ni kurang sikit main benda alah tu", aku menyindirnya.
"Hey kau ni kan kurang ajar betul. Seret dia belakang stor", tanganku terus dipegang kejap empat orang kawannya. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan. Aku dibawa jauh dari kawasan yang ramai pelajar. Bangunan yang agak usang aku perhati lama.
Bukk
Sebatang kayu dipukul diatas kepalaku. Aku yang tidak bersedia apa-apa tidak sempat mengelak. Terasa mataku seperti berpinar tetapi ku gagahkan jua.
Selepas itu bertubi-tubi badanku dipukul dan disepak oleh Laila and the geng. Kepalaku seperti berdenyut kuat. No Iela. Aku mencengkam besi pada tanganku kuat.
Puih, Raiha meludah padaku.
"Kau ni la budak baru masuk tu kan? Aku dengar cerita family kau dah mampus. Kesian kau kan, macam mana la kau boleh masuk sekolah ni. Kau jual body ke?" Raiha mencengkam pipiku. Aku tersenyum sinis.
"Oh yeah? Kalau aku jual body pun bukan ganggu kau. Apa cerita dengan ayah kau? Sedap la dapat bini muda. Meroyan tak mama kau", aku tergelak sinis.
"Kau memang sial", perutku ditumbuk. Aku mengkerekotkan badanku. Sakit yang kurasai tidak kuhirau. Aku takut aku akan berubah menjadi diriku yang lama.
"Family kau dekat sana mesti tunggu kau dah. Aku kasi cepat sikit kau jumpa diorang", kakiku dihentak dengan kayu.
Arghhhhh
Aku menjerit kuat. Sakit!!!!
"Kesiannya kau. Tadi tunjuk hero sangatkan", Mya memegang pisau. Dia menggerakkan pisau di seluruh badanku.
Badanku seperti disiat-siat. Aku meronta-ronta. Fikiranku mula terlayang semasa di sekolah lama.
Flashback
"Ampun kak. Saya tak salah", aku merayu-rayu. Ketika itu aku pelajar tingkatan satu. Kerana rupaku yang lawa aku dicemburui oleh kaum wanita.
YOU ARE READING
Faded
RandomBang! Bang! "A.. wakk. sanggup tembak. Urghh Iela. Uhuk uhuk", badanku menggigil menahan sakit. "Kau bunuh mak aku. Kau bunuh mak aku. Aku bunuh kau perempuan", mata Law bertukar merah kerana amat marah. Pistol yang digengam dihala pada kepala ister...