Faded2-Datuk Rayyan

18 0 0
                                    

Lawens POV

"What the fuck you're doing here"

"Lawens, jaga mulut. Itu papa Law", mama Lawens menegur sikap Law.

"His not my father"

"Hey hey hey. Papa yang bayar kau keluar masuk lokap tu tau. Kalau papa tak ada, kau tu dah lama meringkuk dalam sana", Datuk Rayyan berkata sambik terhuyung-hayang.

Mabuk la tu. Huh.

"Kau nak apa datang sini Rayyan", mama Lisa berkata sinis.

"Nak jumpa you la sayang", Dato' Rayyan berkata sambil memeluk mama Lisa.

"Kau jangan sentuh mama aku setan. Kalau tak aku bunuh kau", aku terus menepis tangan Datu Rayyan.

"Takutnya. Ada orang nak bunuh aku. Suka hati la aku nak buat apa pun. Dia isteri aku. Aku nak jual dia jadi pelacur pun aku boleh buat"

Aku terus mengepal penumbuk. Sikit lagi tangan aku nak melayang terus mama memelukku.

"Sabar Lawens. Mama tak nak kamu bergaduh. Dah jom masuk dalam", mama terus menutup pintu meninggalkan Dato' Rayyan di luar.

"Bukaklah pintu ni setan. Isteri derhaka. Aku tak reda dengan kau", Dato'Rayyan menjerit-jerit dari luar.

"Mama ni baik sangat dengan papa tu. Sepatutnya mama lawan papa. Ni duduk senyap je dalam rumah", aku terus membebel kepada mama.

"Anak mama ni lagi kuat membebel la. Berdarah dah telinga mama ni"

"Betul la Law cakap. Tak nak la kawan mama ni", aku pura-pura merajuk.

"Alolo. Apa jadi dengan ganster sekolah ni. Merajuk-rajuk. Ni ganster celup je ni", mama mencubit pipiku.

"Dengan mama je. Jom la makan pudding. Tadi tak sempat kita nak makan", aku terus menarik tangan mama ke dapur.

Jantung aku.

※※※※※※※※※※※
Iela POV

Dah seminggu aku tak pergi sekolah. Aku memandang sekeliling rumah. Sunyi. Kini tinggal aku sorang. Aku memandang tempat menonton tv.

Kalau dulu aku dapat bayangkan along aku dan adik akan bergaduh tengok tv. Remote tv jadi mangsa. Kalau papa dan mama balik kerja mesti diorang join kitorang.

Tapi sekarang aku nak berebut dengan siapa? Air mata jatuh setitik.

Remote ku genggam erat.

Aku memasuki setiap bilik. Bilik along paling wangi. Iye la girlfriend dia suka benda wangi. Apa khabar kak Raisya. Mesti dia sedih along dah tak ada.

Arghhhhhhhhhhh

Aku menjerit.

Mama!!
Papa!!
Along!!
Adik!!

Kenapa tinggalkan Iela sorang-sorang. Kenapa tak bawak Iela sekali? Aku menangis. Menangis dan menangis.

Allahuakhbar Allahuakhbar

Azan zohor berkumandang.

Allah! Aku ada Allah. Ya Allah sebaik kau sedarkan aku. Aku berlalu ke bilikku untuk mengambil wudhuk. Allah bertapa aku lupa aku masih mempunyai engkau.

Setelah selesai solat aku mengemas pakaianku. Abang Rezza akan membawa aku ke Kuala Lumpur. Abang Rezza ialah abang susuanku. Dari kecil kami hidup bersama. Satu keluarga. Sekarang Abang Rezza yang mengambil alih urusan syarikat sejak ketiadaan papa.

"Papa mama along adik. Tunggu Iela dekat sana. Nanti sampai masa Iela datang jugak", aku berkata sambil melihat gambar keluargaku.

Pon pon

Bunyi hon berbunyi. Mesti Abang Rezza dah sampai. Aku terus berlari ke bawah bersama barang-barangku. Aku memandang sekeliling rumah sebelum menutup pintu utama.

I will miss you all.

"Iela dah sedia?", tanya Abang Rezza. Aku hanya mengangguk dan masuk ke dalam kereta.

Bye Pahang.

Aku terasa seperti bahuku digegar kuat. Terpisat-pisat aku bangun.

"Abang, dah sampai ke?", tanyaku masih menutupkan mata.

"Ye Iela. Cepat la turun", gesanya.

"Amboi! Menghalau nampak? Nak dating dengan aweks ke?", aku turun dari kereta.

"Sorry sikit eh. Abang nak pergi pejabat jap. Iela betul ke tak nak tinggal sekali dengan abang? Abang risau la Iela duduk rumah sorang-sorang", abang Rezza berkata dengan keadaan gelisah.

"Okey je abang. Kalau tinggal dengan abang nanti kena tangkap basah. Tak best la dapat suami buruk macam abang ni", aku memerlinya.

"Amboi sedapnya memerli. Satu lagi tangkap basah kepala hangguk hang. Aku ni abang susuan kau. Okey la abang pergi dulu. Apa-apa call tahu?", aku mengangguk dan melambai kearahnya. Pintu pagar ku tutup menggunakan alat kawalan jauh.

Aku tersenyum apabila melihat sebuah motor jenama apa entah di tepi rumah. Bagus Abang Rezza ni.

Aku mencampak begku dalam bilik aku yang lama. Rumah ini merupakan rumah percutian. Apabila kami ingin bercuti di Kuala Lumpur barulah rumah ini akan digunakan.

Kunci motorku ambil. Masa untuk merempit.

Vroom Vromm

FadedWhere stories live. Discover now