Wajah yeoja itu masih bermain-main di dalam fikiran Jimin. Adakah ini yang di namakan cinta pada pandangan pertama?
Mata Yerin dan wajah yang meminta peetolongan Jimin dan Ho Seok itu amat mencuit hati lelakinya.
Adakah saya dah gila? Aneyy aneyy! Takleh! Manatau dia tu dah... Berpunya?
Asal saya risau pasal dia haritu? Kenapa saya rasa nak lindungi dia? Kenapa wajah dia ganggu fikiran saya? Wae?! Kenapa benda ni tak berlaku kat yeoja yang dah lama saya kenal?
Kenapa yeoja yang baru sahaja saya kenal, malah tidak tau pun nama mahupun siapa dirinya, yang dah buat saya gila bayang?
Ya, mungkin ini yang di namakan CINTA..
Lamunannya terhenti apabila seseorang menyapanya dari belakang.
"Ooo... Encik Jung?"
"Jimin... Saya ada benda nak bincang dengan awak. Saya harap awak dapat terima."
"Apa tu?" Encik Jung duduk di sebelah Jimin sambil merenung nun jauh di sana.
"Dulu saya dan appa awak dah janji yang kitorang akan satukan awak dengan anak saya. Masa kematian appa awak dulu, dia sempat bagi saya surat. Dalam surat tu.. Dia cakap yang dia nak sangat awak dan anak saya bersatu. Appa awak buat permintaan ini waktu terakhirnya. Masa tu awak masih budak, tak reti lagi apa yang kitorang bualkan."
Jimin mengalih pandang ke wajah Encik Jung.
"Kenapa? Kenapa appa tak biarkan je saya cari pasangan yang saya nak? Kenapa appa buat semua ni?"
"Jebal Jimin.. Saya taknak buat kawan baik saya merintih kesedihan di sana. Lagipun ini dah sebahagian dari perjanjian kitorang. Ok.. Macam ni lah.. Saya bagi Jimin masa untuk berfikir. Saya faham. Bukan mudah terima yeoja yang belum tentu macam mana sikapnya. Personalitynya."
"Saya terima anak awak.. Saya akan kahwini anak awak.. Saya akan tanggung hidup dia.. " agak terkejut Encik Jung apabila Jimin mengeluarkan ayat itu dari mulutnya.
"Biar betul? Tapi.. Awak tak menyesal ke?"
"Tak. Saya tak menyesal."
"Gumawo Park Jimin!" Encik Jung memeluk erat tubuh Jimin dengan air mata kegembiraannya. Dia memang nak Jimin menjadi menantunya.
"Jimin.. Nak jumpa tak dengan anak saya?"
"Mmm.. Rasanya... Seminggu dari sekarang boleh?"
"Kenapa?"
"Saya dah nak flight pegi Canada hari ni.. Seminggu kena stay kat sana sampailah pertukaran shift."
"Ohye! Lupa lah pula awak tu pilot!"
"Kalau boleh saya taknak lah awak bagitau anak awak yang saya ni pilot. Boleh?"
"Wae?"
"Takde.." Jimin tersenyum.
"Awak nak anak saya risau?"
"Bukan macam tu.. Saya nak anak awak terima saya secara fizikal dulu. Saya takut anak awak terima kerjaya saya tapi tak terima diri saya." encik Jung bangga dengan jawapan pintar Jimin itu.
"Pintar.. Sama macam appa awak!" Jimin hanya tersengih.
____________________________
Ho seok yang sedari tadi mengendalikan kapal terbang hanya mendiamkan diri sementara Jimin pula hanya merenung jauh di bawah melihat dunia.
"Kau taknak ke saya pandu kapal terbang? Tak penat?"
"Tak penat pun. Nanti kalau pulang Korea balik, kau je lah yang bawa."
"Saya nak dikahwinkan dengan anak kawan appa saya. .."
"Mwo?!! Jinjja?!" Ho seok yang agak terkejut dengan berita itu sikit lagi tidak dapat mengawal kapal itu.
"Ya saya serious. Saya tak tau kenapa Appa nak saya kahwin dengan anak pempuan kawan baik dia tu. Saya terpaksa terima dia walaupun saya tak kenal gaya dia macam mana, rupa dia. " keluhan berat di lepaskan.
"Kau takya lah kahwin kalau kau tak nak. Jangan paksa diri tu."
"Tak hoseok. Saya takkan buat appa saya kesedihan di sana. Saya nak appa saya happy."
"Suka hati kau lah.."
Setibanya mereka di Canada, mereka turun dari kapal terbang sambil membawa beg bagasi. Tiba-tiba...
"Hi Park Jimin!!"
"Wae Crystal?" pempuan yang disebut Crystal itu berbangsa kacukan orang putih + korean.
"Awak stay mana?" Jimin memandang hoseok yang lebih tinggi darinya itu. Asallah kau pendek Jimin -_-|||
"Hotel.."
"Can i join both of you?"
"Aaaaa boleh je tapi takleh sama room.."
"Jinjja?! Yes!"
"Oklah jom.." Hoseok menarik lengan Jimin dan Crystal hanya membuntuti mereka berdua.
[Skip]
"Yerin.. Mari sini.." Yerin yang baru sahaja ingin masuk ke dapur berjalan malas ke arah appanya.
"Waeyo appa?"
"Duduk.." Yerin melabuhkan punggungnya sambil menyilangkan kaki.
"Yerin.. Appa ada benda.. Nak bincang.."
"Apa tu?"
"Yerin akan kahwin dengan anak kawan appa ."
"Mwo?!!! Yerin tak nak!"
"Yerin.. Dengar.."
"Saya tak nak!! Saya tak nak!!!"
"JUNG YERIN!! Shut Up!!" Yerin terhenti bercakap sambil menahan air matanya mengalir. Yerin ni cepat je nangis kalau kena marah.
"Walau apa pun alasan yang Yerin nak bagi appa, appa takkan pernah terima! Sampai bila Yerin nak jadi macam ni huh?! Dengan gaya yang bebas sosial huh, dengan pakaian yang dedah sana sini. Keluar malam pegi clubbing, balik je rumah mabuk. "
"Saya boleh ubah diri saya tapi jangan lah kahwinkan saya dengan lelaki entah siapa tu!" rayu Yerin.
"Dah banyak kali Yerin janji sama Appa tapi tak pernah pun nak tunaikan! Walau apapun alasan Yerin, appa tetap nak Yerin kahwin dengan anak kawan appa!"
"Appa!"
"Sekali lagi Yerin tolak permintaan appa, appa akan buat Yerin hidup susah! Selama ni appa bagi Yerin hidup mewah, tak pernah bagi Yerin hidup susah! Kalau Yerin cuba bantah, taulah nasib Yerin nanti.." Yerin membentak kakinya dan masuk ke dalam bilik. Dia menangis semahunya, dia taknak kahwin.
Saya taknak kahwin!!!!!!!!!
Appaa... Wae appa!!!
YOU ARE READING
+Faithfull+
FanfictionPark Jimin bekerja sebagai seorang pilot yang sememangnya menjadi keminatan ramai pramugari dan yeoja². Perkahwinan atas dasar PERJANJIAN itu mengubah hidup Yerin yang dulunya hidup bebas dan kaki sosial. Rasa benci yang semakin bercabang di hati Ye...