Part 27

397 47 3
                                        

Jimin dan semua ahli BTS bergerak ke tempat yang di maksudkan oleh Gongchan kat surat itu.

"Hyung.. Kenapa tempat ni nampak... Arkkk..." Jungkook membuat muka kelat.

"Molla.. Jom masuk.." setelah seharian mereka berlatih memakai pistol, mereka bergerak ke tempat yang dimaksudkan itu.

Hanya mereka berenam sahaja di situ, Hoseok masih di Australia.

Yoongi menghalang Jimin.

"Tunggu jap! Kita tak tau kita selamat atau bahaya sekarang, lebih baik kita hati-hati. Saya jalan dulu, kalau ada apa-apa saya akan balik kat sini dengan segera. Kalau saya dalam bahaya saya akan lepaskan das tembakkan." mereka semua menuruti arahan Yoongi.

Yoongi berlari masuk ke dalam bangunan yang kotor dan banyak kesan darah itu.

Alangkah terkejutnya Yoongi melihat banyak mayat yang terdampar sini sana. Bau hanyir mula menusuk hidung Yoongi.

"Arkk busuk nye!" Yoongi melihat sekeliling dan berhati-hati masuk ke dalam. Pistol sentiasa melekat di tangan.

Zupp!!

Pistol yang di angkat tadi, di turun kan kembali.

"Pelik. Apesal.. Kosong?" Yoongi melihat sekeliling. Dia masuk ke dalam bilik yang gelap itu. Bilik itu memang nampak sangat gelap dari luar tapi bila dah masuk, lampu yang samar-samar sahaja kelihatan.

Yoongi menghidupkan touch light di telephonenya dan melihat sekeliling.

Terdapat bangku di bawah lampu kecil dan bekas ikatan. Yoongi berhati-hati menghampiri tempat itu, ada bekas darah dan juga first aid.

"Kat sini ke Yerin kena ikat? Tapi.. Mana?" Yoongi bermonolog sendirian. Dah serupa detektif lagaknye.

"takkan dorang tipu Jimin? Tapi... Mayat kat luar tu.. Siapa pulak?" Yoongi menggaru kepalanya dan tertekan das tembakkan.

"Ehh opocot!!" Yoongi melepaskan pistolnya akibat terkejut. Dengan segera ahli BTS meluruh masuk mencari Yoongi.

"Min Yoongi!!!!!" Mereka melaung nama Yoongi.

"Weii korang!! Kat sini!!" Yoongi teriak sekuat hati dan mendapatkan pistol yang jatuh di lantai itu tadi. Dengan cemas mereka berlari ke arah bilik gelap itu.

"Weii Yoongi!! Kau kat dalam ke?!" laung Jin. Dengan swagnya Yoongi keluar.

"Miane tadi saya nak garu kepala, tak sengaja tertekan das tembakkan." semua mereka mengeluh.

"Ingatkan Yoongi hyung mati!!" Taehyung melibas lengan Yoongi yang putih melepak.

"Yah! Sakitlah!" Yoongi menarik telinga Taehyung. Jimin dengan cepat mencari apa-apa clue yang mampu menolong dia untuk menjejaki Yerin.

"Yoongi hyung, takde apa-apa yang pelik ke tadi?" Jimin menyoal Yoongi yang masih menarik telinga Taehyung.

"Ehem.. Takde jugak cuma... Korang tak perasan banyak mayat tadi kat sana? Lumuran darah banyak sana sini, kerusi tu haa ada kesan darah, tali dan first aid. Saya rasa.... Hmm... Saya rasa Yerin memang ditempatkan kat sini." Jimin segera ke arah kerusi itu. Memang benar apa yang Yoongi katakan.. Tapi.. Mana Yerin?

________________

Yerin membuka matanya. Cahaya dari tingkap memancar ke wajah membuatkan penglihatannya terganggu sedikit.

"Arghh.." Yerin memegang tengkuknya yang terasa sakit. Begitu juga dengan perutnya, irama mula berdendang akibat tidak makan secara teratur.

Yerin melihat sekeliling. Bilik yang tidak berapa besar dan semak.

+Faithfull+Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang