Part 12

420 47 0
                                        

Jimin mengangkat barang Yerin masuk ke dalam rumah 3 tingkat itu. Yerin agak terkejut melihat rumah yang di masuknya itu sangatlah cantik dan di penuhi dengan barangan-barangan yang agak mahal harganya.

"Rumah awak ke?" Jimin tersenyum gembira.

"Ha'ah ni rumah saya. Rumah ni agak lama dah saya tak jengguk. Bukan lama sangat lah mmm macam seminggu sekali je pulang kat sini, lepastu pulang balik kat rumah agam kitorang tu."

"Ye ke rumah awak? Bukan rumah perompak ke?" Yerin tersenyum sinis. Dia tidak percaya yang rumah didiaminya kini jauh lebih besar, mewah dan cantik dari rumah appanya.

"Ishh awak ni.. Kalau rumah perompak dah lama saya meringkup kat penjara tu ha.."

"Habistu rumah ni macam mana awak dapat? Awak dah lah takde kerja. Ke awak kerja haram?"

"Saya tak kerja haram lah! Saya bukan macam Gongchan tu." Yerin terdiam mendengar nama Gongchan. Malu menguasai dirinya kini.

"Dahlah tu.. Takya ingat Gongchan. Awak naik lah kat bilik kita."

"BILIK KITA?!"

"Ha'ah ye lah.. Wae?" Yerin menelan air liur.

"Saya tak nak!" Yerin memeluk tubuh.

"Habistu awak nak tidur mana?"

"Rumah besar macam ni takkan SATU bilik je kut?! Agak-agaklah nak tipu saya!"

"Ehhh sejak bila saya cakap rumah ni ada SATU bilik je?" Jimin tersengih-sengih dapat menyakat Yerin.

"Ishhh!! Walau apa pun saya taknak sebilik dengan awak! Kalau awak tak dapat turuti apa yang saya nak, hantar saya balik kat rumah appa!"

"Janganlah macam tu.. Hmm jom.." Jimin tersenyum. Jimin menutup pintu utama rumah itu dan menekan punat lif.

Fuyoo! Lif?! Malunye! Kaya rupanya Jimin ni. ..

Dia sebenarnya siapa huh?

Macam mana..

Dia boleh jadi kaya..

Dan..

Ada rumah mewah macam ni..

Appa mesti tau jawapan dia!

Hmm.. Kenapa saya kesah ni?!

Oh please!!

Jimin menekan punat nombor 2 dan mereka tiba di tengah-tengah rumah.

"Awak.."

"Wae?"

"Tingkat 3 atas tu.. Hmm.. Apa??"

"Oh... Nanti saya ajak awak pegi sana ye sayang.." Yerin membuat muka menyampah apabila Jimin menyebut perkataan SAYANG itu.

Tiba sahaja mereka di pintu bilim berwarna coklat itu, Jimin memandang Yerin.

"Awak yakin taknak tidur dengan saya?"

"Yakinlah! Awak ingat saya ni hingin sangat kat awak?! Saya kahwin dengan awak pun sebab appa jugak! Jadi takya nak gembira bagai!" Jimin tetap tersenyum.

"Awak.. Miane.. Malam ni saya takde di rumah.. Saya pegi Fhilipin. 2 minggu saya kat sana. Awak ok kan tinggal sorang-sorang kat rumah ni?" Yerin terdiam.

Biar betul?! Rumah besar ni saya sorang je?! Takleh!!! Taknak!!

"Taknak!"

"Sayang takut?"

"Awak boleh tak berhenti sebut SAYANG? Ofcourse lah saya takut!" Yerin memeluk tubuh sambil mengembungkan pipi kanannya tanda protes.

"Mmmm .. Macam ni je lah.. Awak pulang dulu kat rumah appa. Nanti kalau saya dah balik Korea, saya ambik awak. Deal?"

"Wow! Deal sangat! Lebih baik kat sana dari kat rumah 3 tingkat awak ni!"

"Bukalah pintu tu. Saya dah agak dah yang awak taknak sebilik dengan saya." Yerin memulas tombol bilik dengan malas. Terbuntang matanya melihat bilik yang sangat cantik itu.

Yerin terlopong melihat bilik yang berukuran (Author tak tau nak ukur mcm mana) agak besar itu. Sangat luas dan selesa. Katil yang bersize queen itu diduduk Yerin untuk merasai keempukkan tilam itu.

"Awak kemas-kemas baju awak lepastu kita keluar makan. Lagipun takde barang masakan kat dalam rumah saya. So, kita jalan nanti ok? Sekarang dah pukul 8:15 a.m. banyak masa lagi ni. " Jimin tersenyum.

"Kau nak masak ke? Saya tak pandai masak!"

"Awak belajarlah dari SeokJin hyung." Jimin masih tersenyum.

"Ishh taknak! Jom lah pegi tingkat atas! Cakap tadi nak ajak saya kat sana." Yerin menjeling Jimin. Makin naik menyampah dia tengok Jimin yang tak henti-henti tersenyum.

"Awak.. Mmm.."

"Apa?!"

"Saranghaeyo.." Jimin membuat 'saranghae' style sambil mengedipkan matanya. Yerin tergelak tetiba. Entah kenapa hatinya terhibur dengan perwatakan Jimin.

"Kan cantik macam tu!" Jimin tersenyum gembira. Yerin berdehem dan membuat muka ketat kembali.

Mereka naik ke tingkat 3 dan sekali lagi Yerin terlopong.

Oh my God! Besarnye!! Cantikk tak terhingga!

Yerin yang bagaikan orang jakun itu terus sahaja melopong sambil melihat keindahan tempat itu.

[ Pasang lagu B1A4 - It's a lie]

"Di sinilah saya selalu tenangkan fikiran saya masa saya kehilangan ibu bapa saya sekaligus." Yerin memandang Jimin dengan penuh minat. Jimin tersenyum kesedihan memandang Yerin.

"Awak patut bersyukur tau awak masih ada appa. Awak dapat kasih sayang yang tak terhingga. Saya? Tak Yerin. Saya tak dapat pun rasa kasih sayang ibu bapa yang cukup lama. Saya hidup tanpa kasih sayang. Takde yang nak bagi saya rasa semua tu. Tapi. Bila saya dah kahwin dengan awak. Saya fikir saya akan dapat kasih sayang dari seorang perempuan yang dah betul-betul bertakhtah dalam hati saya.

Rupanya tak. Tapi takpe.." Yerin masih memandang wajah Jimin. Jimin tersenyum dan memandang anak mata Yerin.

"Takpe sebab saya sayang awak. Sekurang-kurangnya saya ada isteri yang cukup cantik macam awak. " Yerin terdiam. Hatinya terasa sebak.

Betul ke Jimin tulus sayangkan saya?

Yerin hanya mendiamkan diri dan melihat awan biru. Jimin tergelak kecil sambil air matanya mengalir. Yerin terkejut melihat Jimin menangis.
"Yerin.. Benarkan saya peluk awak.." Yerin terkaku. Dia tidak dapat bercakap apa-apa. Dia tidak terasa ingin memberontak atau melarang.

Jimin memeluk Yerin dan meletakkan kepala di bahu Yerin. Jimin menangis teresak-esak dan membuatkan Yerin berasa sangat serba salah.

Kenapa..

Bukan ke dia lelaki yang gembira 24 jam..

Penuh dengan senyuman..

Selama ni apa makna senyuman tu kalau sebenarnya dalam hati menderita?

"Yerin.. Saya minta maaf.. Awak jangan risau.. Saya sayangkan awak.."

"Aaa.. Tak.. Takpe.." Yerin membalas pelukkan Jimin perlahan-lahan. Dia menepuk-nepuk perlahan belakang Jimin untuk menenangkan suaminya itu.

"Saya sayang awakk.. Jung Yerin"

+Faithfull+Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang