suara pekikkan kedengaran menyebabkan Cempaka tersedar daripada lena. Lantas dia bangkit dari katil. Dia memulas tombol pintu dan dia melangkahkan kaki ke arah bilik tidur orang tuanya.
"Kau memang jantan tak guna.Kau tidur dengan perempuan lain. kau memang tak guna." Terdengar lagi suara raungan Datin Aisha ibu kepada Cempaka.
"Suka hati akulah, kau tak berhak untuk campur tangan urusan aku. Aku tak pernah sukakan kau." Datuk Rafhan menampar muka isterinya.
"Kita dah ada anak tak boleh ke abang cintakan saya?" tanya Datin Aisha dengan muka yang sayu.
Dari kejauhan terlihat sepasang mata memerhatikan pergaduhan kedua orang tuanya. Sakit dihatinya tiada siapa yang nampak.
"papa, mama... janganlah gaduh lagi," tangis Cempaka. Dia menghampiri kedua ibu bapanya.
"Diam!! kau tu budak lagi." Datuk Rafhan membentak cempaka sambil tangannya menolak tubuh Cempaka. kepala Cempaka terhantuk buncu meja menyebab kepalanya berdarah.
"Abang apa abang dah buat ni? Cempaka bangun nak!!" jerit Datin Aisha mengoyangkan tubuh anaknya yang sudah tidak bergerak.
Datuk Rafhan menghampiri anak dan isteri. sungguh dia tidak sengaja untuk membuat anaknya begitu. Dia lantas mencapai telefon bimbitnya.
"Assalamualaikum, Dafran tolong datang rumah aku. Anak aku sakit ni."
Dafran merupakan doktor peribadi pada keluarga Datuk Raflan dan dia juga kawan rapat kepada Rafhan. Mereka rapat semenjak dari kecil lagi. ibu bapa keduanya adalah sepupu.
"Okey... kau tunggu aku datang." Ujar suara di hujung talian. Rafhan mematikan panggilan tersebut. Dia menghayunkan kakinya ke arah isteri dan anaknya. Dia mengangkat tubuh anak dan membaringkan di atas katil.
"Kau jangan bimbang aku dah call Dafran dah." Datuk Raflan bersuara setelah lama berada dalam kesunyian yang hanya terdengar suara tangisan isterinya.
"Sampai hati abang buat anak kita,macam ni? Lebih baik abang lepaskan saya?" ujar Datin Aisha kepada suaminya.
Datuk Rafhan hanya mendiamkan diri setelah perkataan yang terpacul dibibir isterinya.Andai tiada sefahaman lagi, mengapa hendak diteruskan perkahwinan ini hanya akan menambah luka di hati.
Dia mengangkat tubuh anaknya dan diletakkan di atas katil king milik dia dan isterinya.
Datin Aisha masih menangis disamping tubuh Cempaka. wajah suaminya langsung tidak dipandang.
Datuk Rafhan turun ke tingkat bawah dia ingin ke dapur untuk mengambil air kerana ingin mendinginkan kepalanya.
YOU ARE READING
Cempaka
Short Story"Kau memang jantan tak guna.Kau tidur dengan perempuan lain. kau memang tak guna." Terdengar lagi suara raungan Datin Aisha ibu kepada Cempaka. "Suka hati akulah, kau tak berhak untuk campur tangan urusan aku. Aku tak pernah sukakan kau." Datuk Rafh...