part 7

68 1 0
                                    

‘kenapa aku call tak dapat-dapat ni. Manalah dia pergi...’

Jari-jemari Datuk Rafhan lancar menaip whatssap untuk Saila. Geram dia dengan perangai perempuan tu dah 45 kali dia membuat panggilan tapi tak diangkatnya. Kalau boleh diukur takat didih dalam dirinya confirm dah meletus sekarang ni.

Dear kat mana? Kenapa tak jawab call.. 
Mesej dihantar oleh Datuk Rafhan.

Dia akan tunggu sehingga lima minit kalau Saila tak balas. Memang dia akan cari di apartment perempuan tu.

Satu

Dua

Tiga

Empat

Lima

Dia sudah tak tahan untuk menunggu lagi. setelah lima minit berlalu terus dia bingkas bangun dan mengampai kunci kereta. Dia harus mencari Saila  sendiri.  Dia melangkah kan kaki keluar dari ruangan itu.

Di menuju ke kereta Aston Martinnya. Selalu dia akan suruh Pak Mohd yang menghantarnya tapi dia malas biarlah hari ni dia drive sendiri.

“Datuk nak pergi mana?” tegur Pak Mohd. Dia  hairan Datuk Rafhan berjalan tanpa menegurnya seperti selalu. Selalunya Datuk akan beritahunya kalau sudah siap dan ingin pergi ke pejabat. Datuk Rafhan jarang memandu sendiri.

“Saya nak keluar.. Pak Mohd tak payah hantar saya hari ni. Kalau isteri saya nak pergi mana-mana pak Mohd tolong hantar.”

“Baik Datuk.”

Mendengar persetujuan Pak Mohd dia terus memasuki keretanya. Dia menghidupkan enjin keretanya.

Pak Mohd hanya melihat majikannya kereta tuannya meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

@@@

“Kak Siti nampak Cempaka tak?” Datin Aisha menanyakan anaknya.  Dari tadi dia tidak melihat kelibat anaknya.

“Mungkin di dalam biliknya datin.” Kak Siti pun tidak melihat kelibat anak majikannya itu.

Datin Aisha tanpa banyak tanya terus menuju ke arah tangga untuk pergi melihat keadaan anak tunggalnya itu.

Dia meniti dari satu ke satu tangga untuk sampai ke bilik tidur anaknya yang berada di tingkat tiga. Setelah sampai ke depan pintu bilik anaknya dia mengetuk pintu tersebut. Namun tiada sahutan yang dia terima. Dia terus memulas tombol pintu itu.

“Ya Allah!!! Anak mama...” betapa terkejutnya dia melihat anaknya tergeletak di lantai dengan  darah yang masih keluar dari hidungnya.

Datin Aisha lantas memangku kepala anaknya sambil menjerit memanggil nama kak Siti. Menangis dia melihat anaknya tidak sedarkan diri...

“Kak Siti!!!” jerit Datin Aisha lagi kerana tidak melihat tanda-tanda Kak Siti datang. Dia bangkit untuk membunyikan alarm di bilik tidur Cempaka itu. Dirumah itu sudah dipasangkan alarm kecemasan sekiranya berlaku perkara yang tak diingini dirumah itu.

Kak Siti dan Pak Mohd bingkas berlari ke arah bunyi kecemasan itu. Mereka memasuki bilik tidur majikan kecil mereka. Mereka juga terkejut melihat Cempaka tergeletak tidak sadarkan diri.

“Pak Mohd cepat kita kena bawa Cempaka ke hospital,” ujar Datin Aisha Pak Mohd terus mengendong Cempaka untuk dibawa ke tingkat bawah. Dibelakangnya diekori Kak Siti dan Datin Aisha.

Datin Aisha cuba menghubungi suaminya tapi suaminya tidak angkat panggilannya.

“Datin duduk belakang dengan Cik Cempaka,” Kata Pak Mohd.

Datin Aisha terus memasuki dan memangku kepala anaknya. Dia mengusap sayang rambut anaknya. ‘Sayang jangan takutkan mama... mama sayang sangat kat Cempaka. Mama hanya ada Cempaka aje....’

Kereta yang di pandu oleh Pak Mohd meluncur laju. Kak Siti hanya dapat melihat Datin Aisha menangis di kerusi belakang.

‘Ya Allah kau lindungilah keluarga Datin Aisha..’ bisik hati kecil kak Siti. Dia sudah lama bekerja di situ semenjak Cempaka masih lagi dalam perut ibunya. Kak siti menyayangi keluarga majikannya.

@@@

“Iskh...iskh... siapalah yang call ni?’ kata hati Datuk Rafhan. Dia ingin mengambil telefon pintarnya tetapi telefon tu terjatuh ke bawah menyebabkan dia merendahkan sikit badan tanpa memandang cermin hadapan.

Seketika itu juga kereta Aston Martin itu bertembung dengan sebuah kereta wira.

Penglihatab Datuk Rafhan kini kabur.dia menahan rasa sakitnya. Sekarang yang berada di dalam fikirannya adalah wajah anak dan isterinya tiada lagi wajah Saila yang selama ni berada di depan mata.

Dia hanya dapat mendengar suara orang-orang yang ingin memberikan bantuan. Seorang lelaki pertengahan umur di situ membuat panggilan kecemasan. Sedikit demi sedikit matanya terpejam.

@@@@

Datin Aisha sudah berada di bahagian kecemasan. Cemas hatinya memikirkan anaknya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Tiba-tiba telefn pintarnya berbunyi bingkas dia menyambut panggilan. “Hello siapa ni?”

“Hello assalamualaikum ini saya bercakap dengan  Aisha ke?” tanya suara dihujung talian.

“Waalaikumussalam, ya saya. Kalau boleh saya tahu ni siapa?”

“Saya Rashid. Saya menyaksikan Suami puan kemalangan tadi. Suami puan akan di hantar ke hospital. Saya juga menjumpai telefon suami puan.”

Terkaku seketika Datin Aisha mendengar kata-kata itu. Panggilan itu telah termati sendiri. Lemah segala lututnya. Ya Allah bertimpa-timpa ujian yang kau berikan buatku.

“Datin kenapa ni?” tanya Kak Siti

“Kak Siti suami suami saya kemalangan... anak saya tak sedarkan diri. Bayak ujian Allah buat saya Kak Siti,” ujar Datin Aisha dengan air mata yang menitik deras dari mata bulatnya.

“Datin sabar Datin. Setiap ujian yang Allah berikan ini. Hanya untuk menguji keimanan Datin sahaja. Allah tahu Datin kuat untuk melalui semua ni.”

Datin aisha mendengar kata-kata Kak Siti. ‘Ya Allah kau kuatkan lah hatiku untuk menghadapi ujianmu ini..’

P/s Ujian itu nikmat bagi mereka yang ikhlas dengan segala masalah yang menimpa.

P/s Ujian itu nikmat bagi mereka yang ikhlas dengan segala masalah yang menimpa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Miss Cempaka

          Miss Cempaka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           Faiz

CempakaWhere stories live. Discover now